Friday 15 August 2014

Kaki Bengkak Ketika Hamil

Salam kepada semua pengunjung blog ni....

Sejak saya disahkan mengandung pada Januari 2014,saya tak pernah berkongsi cerita mengenai pengalaman saya sepanjang kehamilan di sini.Maklumlah saya dah terlalu lama tak menjenguk blog ni hampir setahun jugak.Di akhir-akhir kehamilan ni pulak tiba-tiba perasaan rindu untuk berblogging tu datang.

Alhamdulillah ketika di trimester pertama dan kedua saya langsung tak mengalami alahan.Workaholic macam saya ni memang sangat tak sesuai jika diserang alahan.Mujur baby memahami lumrah ibunya ni.Namun bila masuk trimester ketiga ni,sejak seminggu ni tiba-tiba saya rasa sangat malas.Rasa nak tidur je.Jadi bila kat tempat kerja memang saya memilih untuk duduk je kecuali untuk ke tandas,makan dan solat.Boleh katakan sehari dari pagi sampai petang memang duduk je.Berdiri dan berjalan hanya sejam.Tambah lagi saya memandu setiap hari.Jauh jugak perjalanan ke tempat kerja.Setengah jam perjalanan dengan kereta manual.Jadi sehari total masa saya memandu ialah sekurang-kurangnya sejam.Maka seminggu ni juga saya mula mengalami bengkak pada kaki.

Kaki yang kecik molek dulu,kini membesar bagai johan.Sila abaikan selipar tandas tu
Mengapa bengkak kaki?

Bengkak pada kaki ni dikenali sebagai Oedema ini terjadi masa hamil sebab badan kita menyimpan lebih banyak cecair dari biasa.

Oedema ketika hamil ni adalah perkara biasa lebih-lebih lagi pada trimester ketiga kehamilan.50-80% wanita hamil yang sihat akan mengalaminya.Jadi tak perlulah bimbang kan.

Tips Untuk Mengurangkan Bengkak

  • Naikkan kaki bila-bila anda boleh, untuk membantu melancarkan peredaran darah. Jika di tempat kerja, letakkan bangku kecil atau kotak di bawah meja anda. Di rumah pula, cubalah baring mengiring ke kiri, kerana ini boleh mengurangkan tekanan pada vena kava bawah.
  • Elakkan duduk atau berdiri terlalu lama tanpa berehat. Dan jangan cuba menyilang kaki semasa duduk.
  • Pakailah seluar stoking sokongan sebelum anda bangun dari katil pada waktu pagi supaya darah tidak berpeluang berkumpul di sekeliling buku lali. Jika ini tidak berjaya, tanyalah ahli farmasi atau doktor mengenai stoking tekanan.
  • Bersenam selalu, terutamanya berjalan,berenang atau dengan menggunakan basikal senaman.
  • Jika anda membuat perjalanan jauh, berhentilah dengan kerap untuk meregangkan kaki.
  • Jika kulit anda tidak terlalu tegang dan sakit, anda boleh minta seseorang untuk mengurut buku lali dan tapak kaki anda, hingga ke lutut. Ini boleh membantu mengalihkan cecair keluar daripada tapak kaki.
Ibu-ibu mengandung mesti tahu betapa sangatlah tak selesa bila mengalami bengkak kaki ni.Rasa kaki sangat hodoh.Suami saya pulak suka gelakkan kaki saya yang membengkak.Tapi dia jugak yang dapat natijahnya sebab jadi tukang urut tak rasmi isteri dia ni.Time ni saya pulak gelakkan dia okeh.Jangan bimbang dengan kaki bengkak ketika hamil ni sebab ia akan hilang sejurus ibu-ibu melahirkan anak.

nota kaki: bengkak pun bengkak lah demi anak tercinta


*** Kenyataan atau produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit..Hubungi saya di 019-9084549 (call/sms) 010-7632267 (call/sms/Whatsapp) atau email razfura@gmail.com untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut.***

No comments: