Friday 15 August 2014

Pengalaman Seorang TTC Untuk Mempunyai Zuriat Sendiri-Sesi Mengimbau Kenangan Part 2



Salam kepada semua pengunjung blog ni….

Entry ini adalah sambungan dari Part 1 


Isnin 30 April 2012,saya dan suami telah pergi ke Hospital Umra Shah Alam untuk menjalani semen analysis.Saya desak suami untuk melakukan semen analysis sebab saya dah letih dan penat buat rawatan sorang-sorang tanpa mengetahui suami saya ok atau tidak.Emosi saya memang tak stabil.Saya akan jadi sangat marah dan sedih bila period saya datang.Ditambah pula bila pergi berurut kat tempat A dikatakan peranakan saya terlalu tinggi kemudian diturunkan.Pergi pula ke tempat B dikatakan peranakan saya terlalu rendah kemudian dinaikkan.Pergi pula ke tempat C dikatakan saya terkena buatan orang.Aduhai...masih terasa hingga ke hari ini betapa bengangnya rasa mendengar komen-komen macam tu.Seolah-olah macam tiada kesudahan.

Atas rekemen seorang rakan yang dulu juga TTC dan membuat rawatan di Hospital Umra,maka kami berdua pun pergi ke Shah Alam walaupun kami belum pernah menjejak kaki di Shah Alam.Perjalanan mengambil masa 3 jam dan of course la kami berdua terpaksa mengambil cuti untuk ke sana.Dalam perjalanan saya tak henti-henti berdoa supaya suami tak mengalami masalah.Bimbang sebab suami seorang perokok tegar.

Hospital Umra Shah Alam
Dengan debaran dan agak malu-malu suami memberitahu doktor hasrat untuk melakukan semen analysis.Sebelum pergi ke Shah Alam,haruslah saya yang rajin ni buat research sikit mengenai semen analysis.Hasil menggoogle saya mendapat info supaya suami dan isteri menjauhi hubungan seks 3-5 hari sebelum hari pengumpulan air mani dibuat.Kami tidak melakukan hubungan seks dalam tempoh 3 hari sebelum ke Shah Alam.Pihak hospital menyediakan satu bilik untuk suami mengumpul air mani beliau dan dibekalkan satu botol kecik yang bertutup.Suami memilih untuk melakukan sendiri maka saya memilih untuk menunggu di dalam kereta.Proses pengambilan air mani suami hanya mengambil masa beberapa minit.Mungkin sebab suami dah bersedia jadi proses tu tak terlalu lama sampaikan saya terkejut.Tak abih pun satu majalah saya baca dia dah selesai.Hehehehe selepas air mani diambil kami berjalan-jalan untuk membuang masa.

Alhamdulillah...setelah result keluar,sperma suami saya tiada masalah.Sperm count beliau 155mil/ml,tiada sperma yang melekat,pergerakan sperma lurus....pendek kata semua ok.Lepas menerangkan keputusan ujian,doktor terus pandang saya (haruslah doktor ni syak saya yang bermasalah).Doktor menasihatkan saya supaya melakukan HSG.Jika tiada masalah kami akan teruskan dengan IUI.Doktor suruh kami buat HSG di hospital yang terdekat dengan rumah kami memandangkan di Umra mereka tiada lagi kemudahan untuk melakukan HSG.Malangnya kami bukan tinggal di KL atau Selangor atau bandar-bandar besar.Hospital terdekat kami ialah Hospital Tawakal iaitu 2 jam perjalanan dari rumah kami.Tak kisah lah buat di mana pun yang penting kami akan ikut step by step apa yang doktor suruh dan yang paling terutama saya tahu masalah saya.

Ketika hari pertama period saya datang,saya call Hospital Tawakal untuk buat appointment untuk HSG.Jadi saya diberi pilihan hari samada 14,15 atau 16 hb Mei iaitu hari ke-9,10 atau 11 dalam kitar haid.Saya memilih 14hb Mei.Saya dinasihatkan supaya jangan ada sexual intercourse dengan suami dalam tempoh sehingga hari tersebut.Nampaknya kami berdua kena apply cuti lagi untuk HSG pulak.

Satu perkara yang bermain dalam fikiran saya ketika itu.Sakit ke HSG?

Maka bermulalah episod saya membuat research sendiri tentang HSG.Saya bertanya kepada orang yang pernah membuat HSG dan juga melakukan research sendiri di internet.

1 comment:

CepatSihat said...

TTC..setiap pasangan yang sedang TTC, semoga Allah kurniakan kesabaran dan kekuatan.