Bagi ibu yang mengandung buat pertama kali, mereka akan mengalami beberapa kesukaran kerana masih tertanya-tanya apa yang patut dimakan dan apa yang tak boleh dimakan sepanjang kehamilan. Ketika mengandung ibu memerlukan semua khasiat sepenuhnya kerana bayi memerlukan makanan berkhasiat yang diberikan oleh ibu daripada sumber makanan yang diambil.
Perlu diingat bahawa makanan yang diambil sewaktu hamil membekalkan keperluan kepada anak dan ibu sekaligus. Berikut adalah antara zat yang diperlukan oleh ibu yang mengandung untuk mendapatkan anak yang sihat, cerdas dan pintar:
- Protein - Protein merupakan zat yang penting untuk membina tisu-tisu. Pertumbuhan janin, uri, rahim, tisu buah dada dan bekalan darah bergantung pada bekalan protein yang secukupnya. Sumber protein yang utama ialah susu, daging, ikan, telur dan kekacang. Sumber protein juga terdapat dalam ESP Shaklee
- Kalsium - Bayi dalam kandungan memerlukan kalsium untuk pertumbuhan gigi dan tulang. Ibu juga memerlukannya untuk pembentukan gigi, tulang, pengumpalan darah yang normal serta fungsi-fungsi otot dan saraf. Susu dan bahan tenusu ialah sumber diet yang terbaik bagi kalsium. Sekiranya penambahan kalsium yang diperlukan tidak dipenuhi dengan pengambilan makanan setiap hari untuk memenuhi keperluan bayi, kalsium akan diambil dari tulang ibu. Sumber kalsium boleh didapati dalam OsteMatrix Shaklee
- Zat Besi (Iron) - Penting untuk penghasilan darah. Ia bahagian terpenting dalam hemoglobin yang membawa oksigen di sekeliling tubuh. Bekalan darah akan bertambah semasa hamil menyebabkan ia memerlukan zat besi. Bayi juga memerlukan zat besi untuk pertumbuhan yang normal. Sekiranya diet ibu yang hamil kekurangan zat besi, kekurangan darah akan dialami. Sumber zat besi yang terbaik adalah hati, daging, ginjal, ayam dan ikan. Selain itu juga, ia boleh didapati daripada sayur-sayuran hijau, bijirin sempurna, kekacang dan kismis. Vita-Lea Shaklee juga membekalkan sumber zat besi kepada ibu hamil.
- Asid Folik - Asid folik sejenis Vitamin B amat diperlukan untuk pembentukan sel-sel darah merah tambahan. Bayi memerlukan pertumbuhan sel-sel. Kekurangan asid folik akan mengakibatkan anemia atau kekurangan darah. Asid folik terdapat dalam hati, ginjal, sayur-sayuran berdaun hijau, kekeras, bijirin sempurna dan oren. Selain itu, asid folik juga terdapat dalam Vita-Lea dan B-Complex Shaklee. Kecacatan tulang belakang bayi dapat diatasi dengan pengambilan asid folik.
- Vitamin C - Menggalakkan penyerapan zat besi. Buah-buahan segar terutamanya buah-buahan jenis limau dan jambu membekalkan keperluan vitamin C untuk ibu hamil. Sumber Vitamin C boleh didapati dari Sustained Release Vita C Shaklee.
- Asid Lemak Tepu - Amat penting kerana ia diperlukan untuk menghasilkan sel-sel baru. Boleh didapati dari OmegaGuard Shaklee
Set Vitamin Kehamilan Shaklee