Salam semua bakal ibu-ibu angkat dan ibu-ibu angkat yang
dihormati…
Kenapa saya bagi salam pembukaan ini khas untuk ibu-ibu
angkat dan bakal ibu-ibu angkat je?Hehehe sebabnya mesti yang search kat google
tentang penyusuan anak angkat ni ialah mereka yang berhasrat mahu menyusukan
anak angkat kan?
Ok entry kali ni saya nak share dengan pembaca sekalian
testimoni seorang ibu angkat yang dah berjaya menyusukan anak angkat beliau
ketika si anak sudah pun berusia 1 tahun 2 bulan baru dia dapat ilham
menyusukan anak angkat beliau.Jadi ibu ni sangat lah desperate untuk menyusukan
anak angkatnya sebab dia hanya ada masa lebih kurang 9 bulan sahaja untuk mencukupkan
5 kali kenyang sebelum budak tu mencapai umur 2 tahun.Wow!!Dapat rasa kan
betapa stress nya ibu ni.Hehehe
Alhamdulillah berkat yakin diri yang tinggi dan kesabaran
yang tahap super saiya (hehehe dah macam cerita dragon ball plak) dalam tempoh
3 bulan dia berjaya menyusukan anak angkat dia sebanyak 5 kali kenyang.Yang
seronoknya dia juga berfikiran macam saya..dah cukup 5 kali pun masih menyimpan hasrat untuk teruskan
beri anak susu badan sampai lah umur 2 tahun.
Menurut ibu tabah ni,dia beri anak dia susu tiap2 minggu
sampai dia sendiri pun dah tak tahu dah berapa kali si anak dapat menyusu
dengan susu badan dia.
Kemudian ibu ni cuba untuk beri anak angkat beliau susu
badan hingga umur anak dia 2 tahun dengan tujuan utk kuatkan antibodi si anak
(semua orang tahu kan kebaikan susu ibu ni) tetapi bila bekalan ESP dah abih
dia tukar pulak kepada susu Anmum (atas sebab nak jimat).Menurut beliau:bila
dia tak lagi minum esp tetapi digantikan dengan susu Anmum susu badan beliau
tak ada pulak.
Mesej Whatsapp yang dihantar kepada saya selepas menukar ESP kepada Anmum |
Komen saya tentang hal ini ialah bukan saya nak cakap susu
Anmum tu tak bagus.Tetapi kat sini boleh nampak kan yang ESP tu better.Namun
perlu diingatkan kepada ibu-ibu sekalian (ini yang saya selalu tekankan) yang
pengambilan supplemen untuk tujuan penyusuan bukan cara untuk membanyakkan susu
ibu.Tetapi pengambilan vitamin ini berfungsi untuk memastikan tubuh ibu
sentiasa sihat,bertenaga,ceria dan terus bersemangat.SECARA TAK LANGSUNG mampu
membekalkan susu ibu kepada bayi.Simpan dalam fikiran yang “Lebih kerap bayi
disusukan atau lebih kerap sesi perahan maka lebih banyak susu ibu dihasilkan”
*** Kenyataan atau produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau
mencegah sebarang jenis penyakit..Hubungi saya di 019-9084549
(call/sms) 010-7632267 (call/sms/Whatsapp) atau email razfura@gmail.com untuk sebarang pertanyaan dan
maklumat lanjut.***
No comments:
Post a Comment