Entry saya kali ni adalah mengenai sejenis bahan kimia yang bernama Paraben. Kalau ibu-ibu dan bapa-bapa di luar sana perasan kebanyakan produk penjagaan bayi especially losyen bayi mengandungi paraben. Dan saya yakin ramai pengguna di luar sana yang tak sedar mengenai kandungan paraben dalam produk penjagaan bayi mereka. Maklumlah produk tersebut glamer dan keluarga kita dah dari zaman berzaman menggunakannya. Hehehe
Saya terdetik untuk menulis entry ini apabila seorang rakan saya yang terkejut apabila saya bagitahu yang produk yang dia guna mengandungi paraben. Ramai ibu-ibu yang tak tahu mengenai bahan kimia ni. Entry ni pun istimewa saya tulis untuk rakan saya tu di samping berkongsi info ni dengan rakan-rakan maya lain yang kebetulan singgah kat blog saya ni.
APA ITU PARABEN?
Menurut Wikipedia, Paraben adalah bahan pengawet yang banyak digunakan dalam industri farmaseutikal dan kosmetik. (Maaf ye jika terjemahan dari English ke Bahasa Melayu saya agak tonggang langgang. Korang boleh selak Wikipedia di sini untuk baca sendiri versi Bahasa Inggeris mengenai paraben ni) Paraben boleh ditemui dalam syampu, gel mandian, pelembap dan lain-lain. Paraben memang membantu produk-produk ni tahan lama tetapi paraben ni juga mampu memasuki sistem badan kita melalui kulit ketika kita menggunakan produk-produk ni.
KESAN PARABEN PADA BAYI?
Macamana saya boleh tahu mengenai Paraben ni? Hihihi saya adalah seorang ibu yang sedikit paranoid kot. Sejak Umar dilahirkan, hati saya sering berasa was-was dengan produk-produk penjagaan bayi yang berlambak di pasaran. Tambah lagi, bila saudara mara dan rakan-rakan melawat Umar sewaktu dia baru lahir, macam-macam hamper Umar dapat. Dan ibu dia nilah yang paling seronok sebab boleh jimat kan. Boleh dikatakan lengkap semua dari penjagaan rambut sampailah kaki. Jenama pulak memang jenama yang terkenal dan ramai yang pakai.
Kemudian entah dari mana perasaan was-was tu datang. Dah nama pun produk yang dah dibotolkan of course lah bahan kimia. Sebab saya dulu bukan belajar dalam bidang kimia atau perubatan jadi memang saya tak tahu apa-apa tentang bahan kimia dalam produk bayi ni. Jadi terpaksalah blogwalking untuk menambah pengetahuan dan membuang rasa was-was ni demi untuk anak yang tersayang. So terjumpa lah blog ni, safiyyah osman yang memberitahu saya tentang paraben ni.
Baligh Lebih Awal. (Early Puberty)
Kebolehan paraben meniru hormon lain menyukarkan sistem endokrin berfungsi sempurna.
Maka akan menyebabkan kanak-kanak perempuan boleh baligh lebih awal contohnya seawal lapan tahun. Para
pengkaji paraben mendapati bahawa, pembesaran buah zakar dan buah dada
kepada kanak-kanak lelaki juga boleh berpunca daripada paraben.
Sebelum beli apa-apa produk samada untuk diri sendiri atau untuk bayi anda pastikan adakah ia selamat? |
Setelah saya tahu tentang paraben ni alangkah susahnya nak cari produk penjagaan bayi yang betul-betul bebas paraben. Sebelum beli apa-apa produk jangan lupa tau pastikan hanya produk penjagaan yang selamat sahaja diberi pada anak-anak korang. Lebih baik cuci botol dengan air je dari cuci menggunakan bahan kimia betul tak?
Pastikan produk penjagaan bayi anda paraben free |
*** Kenyataan atau produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit..Hubungi saya di 019-9084549 (call/sms) atau email razfura@gmail.com untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut.***
No comments:
Post a Comment