Monday 15 February 2016

Welcome Back Fura!!!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua....

Dah lama sangat saya tak update blog saya kerana kesibukan yang teramat sangat...Saya taklah terlalu bersemangat nak update blog memandangkan sangkaan saya tiada pembaca yang sudi singgah kat blog ni.....Apa yang membuatkan saya kembali meng'update' blog apabila ramai ibu-ibu yang email dan whatsapp saya bertanyakan mengenai penyusuan anak angkat.Mula2 saya sangka cuma seorang berdua je dan mereka dilayan di whatsapp tetapi semakin hari bilangan ibu2 yang bertanyakan mengenai penyusuan anak angkat semakin banyak.Ini membuktikan bahawa dah semakin ramai yang mengambil anak angkat dan semakin ramai juga ibu2 angkat yang mempunyai kesedaran untuk menyusukan anak angkat mereka dengan susu ibu.Alhamdulillah....

Banyak persoalan dan perbincangan antara saya dan ibu2 angkat yang menghubungi saya ini yang saya rasakan agak menarik dan perlu saya kongsikan dengan lebih ramai melalui blog ini.In sha Allah saya akan kongsikan dan saya mengalu-alukan sebarang pandangan atau perbincangan dari ibu2 sekalian sebagai tambahan kepada pengetahuan saya yang tak seberapa ini.

Saya bukan sahaja mendapat maklumbalas dari ibu2 yang berminat untuk menyusukan anak angkat mereka malah saya juga mendapat email jemputan ke program dari tv Alhijrah oleh saudari Nora Zainal bagi membincangkan topik penyusuan anak angkat ini.Namun kerana kekangan masa di samping tempat tinggal saya yang jauh saya tak dapat memenuhi jemputan beliau.Terima kasih saya ucapkan kerana sudi singgah di blog yang saya sangkakan sunyi tanpa pengunjung ini.

Email daripada saudari Nora Zainal menjemput saya ke program TV beliau
Walaupun saya tiada membuat entry baru agak lama namun saya cuba untuk menjawab email yang dihantar kepada saya berkenaan penyusuan anak angkat.Maaf jika email ibu2 lambat saya balas kerana saya seringkali terlepas pandang email yang masuk.Tetapi jika ibu2 memilih untuk menghubungi saya melalui Whatsapp alhamdulillah rasanya semua saya jawab sesegera yang mungkin kerana ianya lebih mudah.

Memandangkan agak ramai yang membaca perkongsian saya mengenai penyusuan anak angkat di blog ini,perlu saya TEKAN kan bahawa saya bukan doktor atau pakar laktasi atau pakar pemakanan.saya hanyalah seorang ibu yang BERKONGSI pengalaman saya dalam penyusuan anak angkat.Tujuan saya berkongsi hanyalah untuk berkongsi dengan ibu2 bagaimana saya yang sebelum ini tak pernah mengandung telah mengambil anak angkat dan menyusukan dia.Point nya ialah perkara ini TAK MUSTAHIL.

Cukuplah membebel tu Fura!!!hehehehe jom layan gambar anak2 syurga saya.Si abang adalah anak angkat saya yang telah pun berumur 4 tahun manakala si adik adalah anak kandung saya yang berusia 2 tahun.Si adik 'hadir' tanpa diduga dimana saya langsung tak terfikir kan bahawa saya mampu mengandung tanpa apa2 rawatan kesuburan.Alhamdulillah rezeki Allah datang tanpa kita duga.

Umar Yusuf, 4 tahun...zuriat dari Allah yang lahir bukan dari rahim ibu tetapi lahirnya dari hati ibu dan ayah

Ammar Zharif lahir pada 19/09/2014

Abang dan adik...buah hati ibu ayah

Mainan kat belakang diabaikan...Bakul juga yang jadi pilihan dua beradik ni

Kedua-duanya amat rapat berkongsi segala2 yang ada

Apabila dua hero berkungfu di tempat tidur hahahaha

Abang rela di'kuda'kan oleh adik
Ini lah anak2 saya.Jangan ditanya mana yang lebih saya sayang.Jangan ditanya apa beza rasa kasih sayang antara anak angkat dan anak sendiri.Kerana kedua2nya saya sayang sepenuh hati.Tiada beza.Malah jika soalan ini ditanya,hati saya akan terguris teruk dan rasa seolah dihina oleh si penanya soalan.

Cukuplah dulu entry saya buat hari ini.Wassalam......

Wednesday 20 August 2014

Kenapa Milk Booster Memberikan Hasil Yang Mengecewakan

Salam kepada semua pengunjung blog ni...

Bila sebut je milk booster mesti ramai yang fikir asal telan je supplemen milk booster tu maka susu akan meriah.Inilah kekeliruan yang sering dipersoalkan oleh ibu-ibu setelah mendapatkan milk booster tak kiralah apa pun jenama milk booster tersebut.Kekeliruan ini berlaku kerana penyampaian maklumat yang tidak tepat serta kurangnya pemahaman mengenai ilmu penyusuan.
Jadi,sebelum ibu-ibu membuat keputusan untuk mengambil supplemen milk booster,ibu-ibu perlu mempersiapkan diri sendiri dengan ilmu yang cukup mengenai penyusuan susu badan.Tak dinafikan kat luar sana terdapat lambakan milk booster pelbagai jenama dan cara pengambilan yang berbagai-bagai dijual secara online mahupun offline.Tu tak termasuk lagi petua petui orang-orang tua.Persoalannya,adakah milk booster ini mampu membuatkan susu badan kita mencurah-curah dengan hanya memakannya?Bagi ibu-ibu angkat yang memilih untuk mengambil pil motilium atau pun secara suntikan untuk mengeluarkan susu badan walau tidak pernah mengandung memang saya akui keberkesanannya dalam mencetuskan susu badan.Namun ia tetap bersyarat.Sama juga dengan ibu-ibu yang melahirkan anak,pengambilan pil atau suntikan hormon bagi si ibu angkat juga amat memerlukan rangsangan luar seperti memberi bayi menghisap puting payudara ataupun mengepam payudara secara konsisten dan berdisplin.

Jangan salahkan milk booster yang diambil jika hasilnya tidak seperti diharapkan.Contohnya bagaimana susu mahu bertambah jika si ibu malas mengepam atau malas memberi bayi menyusu terus ke payudara tetapi mengharapkan milk booster semata-mata?Kat sini lah konsep 'demand & supply' harus difahami.Jika kurang permintaan maka kuranglah pengeluaran.Lebih kerap bayi disusukan atau lebih kerap sesi perahan maka lebih banyak susu ibu akan dihasilkan.Mudah untuk difahami bukan?Jika malas 'mengosongkan' payudara maka amat mustahil bagi si ibu untuk menghasilkan susu yang banyak walaupun menelan berbotol-botol milk booster.
Jadi,apa gunanya lambakan pelbagai supplemen penyusuan susu ibu yang terdapat di pasaran?Jika sudah memahami konsep demand & supply,kita berbalik pula pada set penyusuan susu ibu atau kebanyakan orang mengenalinya dengan nama milk booster.Supplemen milk booster ini sebenarnya bukan untuk membanyakkan susu ibu bila diambil.Bukan menjanjikan sebaik mengambilnya susu badan akan mencurah-curah keluar macam air paip.Tetapi supplemen atau vitamin atau makanan menambah susu badan ini berfungsi untuk memastikan badan ibu sentiasa sihat,bertenaga,ceria dan terus bersemangat yang secara tak langsung mampu membantu ibu membekalkan susu ibu kepada bayi.

Vitamin-vitamin yang diperlukan oleh ibu-ibu yang menyusukan bayi mereka:
B Complex : Dikenali sebagai vitamin antistress yang membantu mengatasi rasa stress ibu-ibu.Bila stress atau tekanan tiada maka pengeluaran susu ibu akan menjadi lebih lancar.Semua ibu-ibu sedia maklum bahawa stress mampu merencatkan pengeluaran susu badan.
Vitalea : Mengandungi 28 nutrien lengkap yang akan memberi tenaga dan kecergasan kepada ibu-ibu.Keletihan dan kelesuan juga merupakan faktor penyumbang pengeluaran susu yang kurang memberangsangkan.
Vitamin C : Mencantikkan kulit ibu kerana vitamin C kaya dengan kolagen yang akan membuatkan kulit si ibu tampak lebih sihat dan segar semulajadi.Tidaklah pucat semacam.Satu biji vitamin C ni bersamaan dengan 7 1/2 biji oren.Bagus kan?
Alfalfa Complex : Alfalfa seringkali dikenali dengan 1001 khasiat yang tidak ternilai.Yang penting sekali ia berfungsi sebagai galagtague iaitu penggalak susu.Ia berperanan sebagai penggalak susu malah telah diakui ramai akan keberkesanannya.Selain itu,ia berperanan membantu dalam pelawasan yang sempurna kerana ia kaya dengan fiber.
Ostematrik : Ostematrik adalah pil kalsium.Namun ianya lebih dari kalsium biasa.Kerana ia juga mengandungi vitamin D dan magnesium yang bila digabungkan bersama akan menghasilkan penyerapan kalsium yang lebih baik.Ia juga boleh membantu masalah sembelit ibu-ibu.

Energizing Soy Protein : Inilah produk yang paling hot!!Protein soya memang tidak boleh disangkal lagi.Ia menepati 7 kriteria soya yang selamat diambil dan paling penting ianya organik.Ditanam dengan kawalan ketat tanpa pencemaran yang boleh merosakkan kualitinya.Rendah lemak dan bebas laktosa dan kolesterol.ESP juga membantu menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar.

Jadi faham kan fungsi setiap supplemen dalam set penyusuan Shaklee ni?Apa yang terkandung dalam set yang dikenali sebagai milk booster ni bukan berfungsi membanyakkan susu badan si ibu tetapi lebih kepada membekalkan vitamin yang akan membuatkan tubuh ibu sentiasa sihat,bertenaga,ceria dan terus bersemangat yang secara tak langsung membantu si ibu membekalkan susu kepada bayi mereka.

Maka,bagi ibu-ibu yang mahukan yang terbaik dalam menyusukan bayi mereka bolehlah mendapatkan set penyusuan susu badan ini daripada saya.Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi penyusuan susu ibu jika membuat belian dari saya.


*** Kenyataan atau produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit..Hubungi saya di 010-7632267 (sms/Whatsapp) atau email razfura@gmail.com untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut.***

Monday 18 August 2014

Cabaran Menyusukan Anak Angkat

Salam kepada pengunjung blog ni...

Antara syarat untuk menjadikan seseorang bayi itu sebagai anak susuan kita adalah dengan memberinya susu badan bakal si ibu susu sebanyak lima kali kenyang dan sebelum si bayi berusia 2 tahun tepat.Saya tahu amat berat syarat ini bagi orang-orang yang tak pernah mengeluarkan susu badan secara semulajadi.Sebab saya sendiri pernah mengalaminya.Nak keluarkan setitik pun susah yang amat,inikan nak keluarkan sebanyak 5 kali kenyang.Kita pulak rushing nak lengkapkan penyusuan sebelum anak berusia 2 tahun.
Sekadar gambar hiasan:suka sangat tengok poster ni
Tujuan apa kita nak keluarkan susu ni kalau tidak untuk menghalalkan sentuhan kita dengan anak yang kita anggap sebagai anak sendiri (jika bayi lelaki) dan dengan suami (jika bayi perempuan).Selain itu persoalan aurat juga penting jika si anak telah mencapai usia baligh.Namun jika anak angkat lelaki dan si ibu angkat mempunyai adik beradik perempuan yang mempunyai susu badan,bolehlah meminta tolong untuk menyusukan si anak dengan lima kali kenyang.Jika si anak perempuan,mintak lah tolong dengan adik beradik perempuan suami.Tetapi macamana pula dengan situasi macam saya?Anak angkat saya lelaki dan saya tak mempunyai adik beradik perempuan yang mempunyai susu badan.Takde arah memang kena diri sendiri yang keluarkan susu.

Sebelum membuat keputusan untuk mengeluarkan susu badan,ibu-ibu angkat kena melengkapkan diri dengan ilmu mengenai penyusuan badan.Faham betul-betul konsep penyusuan badan.Yang paling penting mesti faham tentang konsep 'demand & supply'.Kalau dah faham konsep ada permintaan maka adalah pengeluaran,barulah ibu-ibu tahu betapa perlunya untuk kerap mengosongkan breast.Di sinilah kepentingan untuk rajin mengepam secara konsisten dan berdisplin.Memang banyak ubat yang boleh dibeli untuk memeriahkan susu badan setelah susu tercetus,boleh dibeli secara online,farmasi atau pun klinik.Malah kalau ditanya kepada orang-orang tua,berdozen tips akan diberi untuk membanyakkan susu badan.

Di samping keletihan setelah penat seharian bekerja,rasa malas,rasa putus asa apabila hasil tidak seperti yang diharapkan,dan macam-macam lagi,kita juga terpaksa berhadapan dengan orang sekeliling yang tak jemu-jemu mengkritik.Itulah yang terpaksa saya hadapi dulu.Semua faktor ini menyumbang kepada rasa stress yang memecahkan otak yang secara langsung menyumbang kepada pengeluaran susu badan yang semakin merundum.Sebab tu saya suka untuk ingatkan kepada ibu-ibu angkat ni supaya sediakan diri dari segi fizikal dan mental sebelum membuat keputusan untuk mengeluarkan susu badan sebab cabarannya sangat dahsyat.

"Kau giler nak keluarkan susu badan?Sok kalau kena breast cancer macamana?Berdosa rosakkan badan sediri."
"Tak sah kalau susukan anak angkat melalui susu badan yang dipaksa keluar.Kena yang semulajadi dari rahim kita."
"Betul ke orang yang tak pernah mengandung boleh keluarkan susu badan?Aku tak percaya lah"

Ni antara kritikan orang-orang sekeliling ketika mengetahui saya menyusukan anak angkat saya.Sebenarnya banyak lagi.Hasrat hati memang taknak berkongsi dengan orang sebarangan tetapi kritikan ni terjadi sebabnya apabila saya mengambil anak angkat,mereka terus keluarkan hukum aurat dan sentuhan antara saya dan anak saya.Bila dijawab saya susukan anak,ini pula kritikan mereka.Kesimpulannya,memang kita tak dapat lari dari faktor kritikan sebegini.Dahlah badan derita keletihan,otak pula stress,rasa malas dan give up ditambah pula dengan kritikan yang tak membina sebegini memang boleh gila dibuatnya.
Stress bila kita dikritik dan dijadikan bahan gosip orang sekeliling
Di sini bukanlah saya berniat untuk takut-takutkan para ibu angkat sekalian.Tidak sama sekali.Malah saya amat menggalakkan ibu-ibu angkat untuk mengeluarkan susu badan mereka demi anak yang dicintai.Biar pun anak itu tidak lahir dari rahim kita tetapi dia lahir dari hati kita.Jadi memang berbaloi berkorban sikit demi anak yang tercinta.

Cara saya menangani masalah ini mudah je.Selain sokongan dari suami serta membayangkan wajah anak ketika aktiviti pengepaman,saya mengambil langkah menjadikan kritikan demi kritikan itu sebagai 'lawak jenaka'.Kadang kala kritikan yang saya dapat memberi saya persoalan baru yang memaksa saya untuk membuat kajian sikit untuk mencari jawapan.Haaa kan dah dapat ilmu baru.Hehehe yang penting jangan mudah marah.Penat kalau asyik nak marah-marah.

Letih?Tipu kalau saya katakan tak letih bila setiap hari buat rutin yang sama.Siapkan diri untuk menghadapi keletihan ni.Mandi dengan air suam,ambil supplemen,berurut satu badan (atau sekurang-kurangnya tapak kaki),tidur sekejap,menonton rancangan kesukaan atau bermain dengan anak memang amat membantu mengurangkan keletihan bagi diri saya.Kita kenal siapa diri kita.Kita tahu apa yang boleh melegakan keletihan kita.Bagi saya rasa letih ni berkaitan dengan minda semata-mata.Badan kita dijadikan Allah sebagai satu jentera yang sangat hebat yang digerakkan oleh minda.Minda merupakan pusat kawalan untuk badan kita.Sebab tu penting untuk positifkan minda.Carilah faktor pendorong yang boleh membantu kita untuk tidak mudah mengalah.Macam saya,wajah anak memang satu-satunya faktor pendorong yang sangat kuat.

Akhir kata,saya ucapkan selamat berjaya kepada ibu-ibu angkat di luar sana untuk menyusui anak angkat masing-masing.Wassalam...


Saturday 16 August 2014

Pengalaman Seorang TTC Untuk Mempunyai Zuriat Sendiri-Sesi Mengimbau Kenangan Part Akhir

Salam kepada pengunjung blog ni...

Entry ini adalah sambungan dari Part 4

Setelah saya tidak berjaya meneruskan prosedur IUI dan tidak berjaya mengandung secara semulajadi,semangat agak down sikit.Tapi kami suami isteri memang bertekad akan meneruskan rawatan next cycle kitar haid saya.

Entah dari mana rezeki saya datang,(saya dah tak ingat tarikhnya) tiba-tiba saya ditawarkan seseorang untuk mengambil anak angkat yang bakal lahir pada bulan Julai 2012.Setelah berbincang dengan suami,kami setuju untuk mengambil bayi tersebut sebagai anak angkat kami.Keluarga saya dan keluarga suami memang tak berapa setuju kami mengambil anak angkat dengan alasan usia perkahwinan kami yang masih muda.Tetapi diorang takde lah menentang habis-habisan.Cuma menasihati kami supaya bersabar memandangkan kami pun tengah dalam perjalanan untuk buat IUI.Namun kami tetap dengan pendirian kami akan mengambil bayi tersebut sebagai anak kami.Yelah...rezeki Allah kan.Jika ditolak tak tahu bila lagi rezeki macamni akan datang lagi.

Satu hari 24 Jun 2012 tiba-tiba saya dihubungi oleh keluarga bakal anak angkat kami.Berita yang kami dapat ialah bakal anak kami telah lahir!!Awal dia keluar.Saya memang seronok sangat.Jadi kami berjanji akan berjumpa untuk urusan pengangkatan pada 3 Julai 2012 di Ipoh,Perak.

Penghujung bulan Jun 2012,period saya datang (menandakan saya tak berjaya mengandung dengan sebiji telur yang besar dan cantik tu).Maka saya dan suami ke Hospital Umra untuk meneruskan dengan rawatan kami.Kali ini doktor membekalkan saya dengan Clomic dan Gonal F pulak.Saya tak sempat nak ambil gambar Gonal F yang doktor bekalkan masa tu sebab terlalu sibuk dengan persiapan untuk menimang anak angkat kami.

Macamni lah rupa Gonal F yang pernah saya ambil
Clomic diambil dengan cara menelan manakala Gonal F pulak dengan cara menyuntik pada perut.Gonal F ni mesti disejukkan tapi jangan pula dibekukan.Doktor membekalkan kami dengan ice box polisterin yang diletak ais supaya kami tak merosakkan Gonal F tu memandangkan perjalanan kami yang jauh dari Shah Alam ke Raub.Harga Gonal F ni pula sangat mahal mencecah hingga RM500 lebih.Itu harga pada tahun 2012.Mungkin tahun 2014 ni harganya dah naik.Saya ambil kedua-dua ubat ini ikut arahan doktor.Tugas suami ialah jadi tukang inject Gonal F tu.Walaupun jarumnya sangat pendek,namun bagi si penakut macam saya memang mustahil untuk saya inject sendiri.

2 Julai 2012,kami bertolak ke Ipoh,Perak untuk urusan pengangkatan bakal anak angkat kami.Kami terpaksa bawa Gonal F sekali sebab memang tak nak skip sehari pun.Selain barang-barang bayi dan barang-barang kami (memandangkan kami kena bermalam di Ipoh),kami juga bawak ice box yang berisi Gonal F (penuh kereta).Dalam perjalanan yang agak jauh tu,setiap sejam bila kami jumpa kedai atau Seven Eleven,kami akan beli ais dan tukar ais yang ada dalam ice box tu yang semakin mencair.Gigih kan?Sampai di Ipoh,misi kami mencari hotel yang ada peti ais di dalam bilik.Hehehe mujur lah sekarang kebanyakkan hotel memang menyediakan peti ais kecik jadi tak menjadi masalah besar untuk kami.

Dipendekkan cerita,keesokkannya kami selesai dengan urusan berkaitan membawa pulang anak angkat kami.Dan kami terus bergerak balik ke Raub.
Permata hati kami yang diberi nama Umar Yusuf
Hari ke-10 kitar haid saya selepas mengambil Clomic dan Gonal F sekali lagi kami ke Shah Alam untuk scan telur.Anak kami tinggalkan dengan ibu mertua saya.Doktor melakukan TVS untuk ukur telur saya.Di sebelah kiri ada 3 biji telur yang berukuran antara 11-12 mm manakala di sebelah kanan juga ada 3 biji telur yang berukuran antara 4-7 mm.Doktor bagitau yang sebelah kiri tu mungkin tak sesuai untuk IUI.Harapan hanya bersandarkan pada telur-telur yang berada di sebelah kiri.Hati saya berbunga-bunga.Ada harapan untuk buat IUI nampaknya.

Hari ke-12 kitar haid,kami sekali lagi ke Shah Alam.Kali ni anak kami tinggalkan dengan mak saya.Kali ni kami tak minta cuti.Kami bergerak dari Raub jam 5 petang sehabis waktu kerja suami.Sekali lagi TVS dilakukan untuk ukur telur sebelum buat IUI.

Namun malang bagi saya apabila doktor ukur kesemua telur saya membesar bagai johan termasuklah yang sebelah kanan.Ukuran keenam-enam telur tersebut berada dalam lingkungan yang amat sesuai untuk IUI.Doktor Karamjit bagitau saya yang IUI tidak boleh diteruskan bimbang kesemua telur tu menjadi.Dia nak sekurang-kurangnya 2 biji telur atau maksimum pun 3 biji sahaja sedangkan saya ada 6 biji telur yang sangat berpotensi untuk IUI.Masa tu saya hilang kewarasan berfikir.Tak fikir panjang saya pujuk doktor untuk teruskan IUI.Saya cakap,"Kalau jadi kembar 6,boleh kan doktor suntik embrio tu tinggalkan 3 atau 2 je" huhuhuhu (jangan lahar saya ye dengan statement bodoh saya masa tu).Doktor Karamjit ketawa je sambil geleng kepala.Dia tegur saya,"U orang Islam kan?Itu dah macam menggugurkan janin.Berdosa.U kena terima takdir tuhan.I takkan buat kalau U mintak macamtu" Zasssss....rasa macam kena tumbuk je kat muka ni.Malu bila ditegur non-muslim.Hehehe terima kasih doktor sebab menyedarkan saya.Hihihi

Itulah last saya pergi ke Hospital Umra.Bukan kerana saya tak suka dengan servisnya.Servis yang saya dapat dari Umra memang sangat terbaik.Saya sangat puas hati dengan layanan dari doktor dan kakitangan Umra.Saya tak lagi berulang ke Shah Alam untuk rawatan sebab terlalu sibuk dengan Umar.Dengan adanya Umar dalam rumahtangga kami,kami macam terlupa yang kami TTC.Namun saya dan suami pernah berbincang yang kami akan start semula rawatan kesuburan bila Umar berusia 2 tahun.Umur yang sesuai untuk menimang adik.Biarlah dalam tempoh sebelum Umar mencapai umur 2 tahun,kami fokus pada Umar je.

Ketika Umar berusia 3 bulan,saya mula mendapat idea untuk menyusukan dia dengan susu badan saya.Pengalaman menyusukan dia ada saya cerita di SINI  

Pengalaman Seorang TTC Untuk Mempunyai Zuriat Sendiri-Sesi Mengimbau Kenangan Part 4

Salam kepada pengunjung blog ni....

Entry ini adalah sambungan dari Part 3

02 Jun 2012 saya start ambil Clomic 2 biji sehari (100mg). Saya akan ambil Clomic sehingga hari ke 6 period iaitu selama 5 hari. Setelah berbincang dengan suami mengenai IUI, kami buat keputusan untuk buat IUI bulan Jun 2012. Sebelum ni kami bercadang buat IUI bulan 7 and bulan 6 kami akan cuba secara natural dengan mengambil Clomic. Masa ni kami tak sedar yang bulan 8 adalah bulan puasa. Saya takkan korbankan puasa saya demi untuk buat IUI jika IUI sebelumnya tidak berjaya. Jika buat pada bulan ni, jika tidak berjaya kami akan ulang rawatan pada bulan 7 dan pada bulan 8 kami akan berehat dari rawatan.


Malam tu kami call Dr Karamjit (Doktor di Hospital Umra) untuk memaklumkan mengenai keputusan terbaru kami.Beliau suruh saya datang ke hospital untuk ukur telur pada hari ke-10.Lepas je Dr. suruh datang dan ukur telur, saya terus mesej kawan-kawan baik saya untuk mintak doa. Risau jugak kalau telur tak cukup besar. Dr. Karamjit kata telur yang sesuai adalah yang berukuran antara 18-21 mm 



Appointment pukul 6.30 petang hingga 9.30 malam. Tapi seawal jam 8 pagi kami telah bergerak ke Shah Alam. Maklumlah perjalanan sahaja dah mengambil masa 3 jam.(Atau saya yang terlebih excited masa tu?) Alang-alang kami sampai awal maka kami pun ambil peluang untuk berdating sambil window shopping macam masa zaman bercinta dulu.Hehehe

Pukul 5.30 petang kami tiba di Shah Alam. Saya mendaftar awal konon-konon boleh jumpa doktor awal dan boleh balik awal. Maklumlah esok kami kena kerja. Kalau balik lewat sangat bimbang esok kami keletihan. Malang sikit sebab orang terlalu ramai dan semua pun nak jumpa Doktor Ummu. Saya menunggu sehingga 1 jam 30 minit. Walau penat menunggu tapi saya rasa sangat berbaloi sebab perjumpaan dengan Doktor Ummu sangat menyeronokkan. Tak hairanlah kalau semua orang pun nak jumpa dia.


Sebelum masuk, doktor suruh saya buang air kecil dulu. Kemudian saya berbaring dan macam biasa kena kangk*ng kan kaki untuk masukkan kamera bagi TVS. (Scan telur melalui vagina) Mula-mula doktor tengok rahim saya. Alhamdulillah ketebalan dinding rahim saya sesuai untuk melakukan IUI. Dia tunjukkan saya rahim sebelah kanan saya yang agak mengerutu. Dia cakap,"Sepatutnya saya mahu satu garisan lurus. Tapi ini ok sebab bentuk rahim ni variable. Contohnya hidung I lain, hidung U lain." Kemudian dia pergi ke rahim sebelah kiri. Alhamdulillah rahim sebelah kiri saya sangat cantik. Saya boleh nampak garisan lurus macam yang doktor nak. Ulasan doktor mengenai rahim saya,"Rahim awak sangat cantik." Saya dah berbunga-bunga dah masa ni. Cukup dengan rahim, tiba masa doktor nak tengok telur pulak.

TVS

Doktor gerakkan kamera ke dalam sikit. Tak sakit ok. Mula-mula tengok sebelah kanan. Doktor kata dia tak nampak sebarang telur kat situ. Kemudian pergi ke sebelah kiri and ada sebiji telur kat situ. Telur yang sangat cantik dan besar. Saiz telur itu juga sesuai untuk buat IUI. Alhamdulillah. Saya dengat doktor 'memuji-muji' rahim dan telur saya. Beberapa kali saya dengar perkataan sangat cantik. Tapi dalam doktor memuji-muji tu tiba-tiba je dia sebut satu perkataan beracun...."TAPI.." Aduhai bila keluar perkataan tapi ni saya dah agak mesti ada masalah. Kata doktor,"Rahim awak sangat cantik, telur pun sangat cantik tapi malangnya cuma ada sebiji." Doktor try cari lebih dalam kat sebelah kanan tapi dia masih tak jumpa sebarang telur kat situ.


Selesai TVS, saya dan suami duduk kat meja doktor untuk berbincang. Lama jugak kami berbincang (setengah jam kot). Doktor tanya adakah saya masih mahu teruskan IUI? Saya cakap terpulang pada doktor. Dia nasihatkan saya supaya kali ni tak perlu buat IUI sebab saya hanya ada sebiji telur. Dia mahu sekurang-kurangnya 2 atau 3 biji telur. Jika saya berdegil, dia boleh jugak buat IUI dengan hanya sebiji telur tu. Doktor tu sangat profesional. Dia cakap ni bukan kerana duit. Kalau teruskan dengan IUI dia dapat duit tapi peluang tu rendah. Saya memang akan ikut je nasihat doktor sebab dia pakar. Kalau ikutkan kepala saya ni, saya nak teruskan IUI tu sebab sebiji telur je yang diperlukan untuk dapatkan zuriat.

Doktor nasihatkan saya untuk kerap bersama dengan suami dalam minggu ni sekurang-kurangnya 4 kali. Siap bagi jadual lagi. Hehehehe nak bersama pun kena ikut jadual. Kalau boleh doktor nak kami bersama tiap-tiap hari. Lepas tu doktor inject saya dengan ubat untuk memecahkan telur. Katanya dalam masa 24 hingga 36 jam telur tu akan pecah. Dan saya akan rasa sedikit sakit kat pangkal ari-ari sebab telur tu boost keluar. Walaupun sakit doktor kata kena tetap bersama dengan suami. Banyak orang buat silap masa ni. Bila sakit mesti isteri tak mahu suami dia sentuh dia. Saya setuju sangat apa yang doktor ni cakap. Huhuhuu tentang injection tu pulak. Saya ingatkan nak inject kat lengan rupa-rupanya kat bontot. Huhuhu klakar pun ada sebab saya dah siap-siap selak lengan baju tiba-tiba je nurse suruh saya baring. Nurse bagitau nak cucuk kat bontot.



Saya ikut segala yang doktor cakapkan dengan harapan ada rezeki saya di Bulan Rejab pada tahun itu. Saya positifkan fikiran dengan fikir,untuk jadikan seorang bayi cukup dengan hanya sebiji telur yang sempurna dan seekor sperma yang sempurna yang mana kedua-dua ciri ini ada kat kami berdua suami isteri. Saya letak harapan setinggi gunung untuk saya mengandung pada cycle kali ni.Tetapi perancangan Allah tu siapa boleh sangkal.Pada bulan Jun 2012 juga saya tidak berjaya mengandung walaupun segala nasihat dan tunjuk ajar dari doktor saya ikut.