Monday 18 August 2014

Cabaran Menyusukan Anak Angkat

Salam kepada pengunjung blog ni...

Antara syarat untuk menjadikan seseorang bayi itu sebagai anak susuan kita adalah dengan memberinya susu badan bakal si ibu susu sebanyak lima kali kenyang dan sebelum si bayi berusia 2 tahun tepat.Saya tahu amat berat syarat ini bagi orang-orang yang tak pernah mengeluarkan susu badan secara semulajadi.Sebab saya sendiri pernah mengalaminya.Nak keluarkan setitik pun susah yang amat,inikan nak keluarkan sebanyak 5 kali kenyang.Kita pulak rushing nak lengkapkan penyusuan sebelum anak berusia 2 tahun.
Sekadar gambar hiasan:suka sangat tengok poster ni
Tujuan apa kita nak keluarkan susu ni kalau tidak untuk menghalalkan sentuhan kita dengan anak yang kita anggap sebagai anak sendiri (jika bayi lelaki) dan dengan suami (jika bayi perempuan).Selain itu persoalan aurat juga penting jika si anak telah mencapai usia baligh.Namun jika anak angkat lelaki dan si ibu angkat mempunyai adik beradik perempuan yang mempunyai susu badan,bolehlah meminta tolong untuk menyusukan si anak dengan lima kali kenyang.Jika si anak perempuan,mintak lah tolong dengan adik beradik perempuan suami.Tetapi macamana pula dengan situasi macam saya?Anak angkat saya lelaki dan saya tak mempunyai adik beradik perempuan yang mempunyai susu badan.Takde arah memang kena diri sendiri yang keluarkan susu.

Sebelum membuat keputusan untuk mengeluarkan susu badan,ibu-ibu angkat kena melengkapkan diri dengan ilmu mengenai penyusuan badan.Faham betul-betul konsep penyusuan badan.Yang paling penting mesti faham tentang konsep 'demand & supply'.Kalau dah faham konsep ada permintaan maka adalah pengeluaran,barulah ibu-ibu tahu betapa perlunya untuk kerap mengosongkan breast.Di sinilah kepentingan untuk rajin mengepam secara konsisten dan berdisplin.Memang banyak ubat yang boleh dibeli untuk memeriahkan susu badan setelah susu tercetus,boleh dibeli secara online,farmasi atau pun klinik.Malah kalau ditanya kepada orang-orang tua,berdozen tips akan diberi untuk membanyakkan susu badan.

Di samping keletihan setelah penat seharian bekerja,rasa malas,rasa putus asa apabila hasil tidak seperti yang diharapkan,dan macam-macam lagi,kita juga terpaksa berhadapan dengan orang sekeliling yang tak jemu-jemu mengkritik.Itulah yang terpaksa saya hadapi dulu.Semua faktor ini menyumbang kepada rasa stress yang memecahkan otak yang secara langsung menyumbang kepada pengeluaran susu badan yang semakin merundum.Sebab tu saya suka untuk ingatkan kepada ibu-ibu angkat ni supaya sediakan diri dari segi fizikal dan mental sebelum membuat keputusan untuk mengeluarkan susu badan sebab cabarannya sangat dahsyat.

"Kau giler nak keluarkan susu badan?Sok kalau kena breast cancer macamana?Berdosa rosakkan badan sediri."
"Tak sah kalau susukan anak angkat melalui susu badan yang dipaksa keluar.Kena yang semulajadi dari rahim kita."
"Betul ke orang yang tak pernah mengandung boleh keluarkan susu badan?Aku tak percaya lah"

Ni antara kritikan orang-orang sekeliling ketika mengetahui saya menyusukan anak angkat saya.Sebenarnya banyak lagi.Hasrat hati memang taknak berkongsi dengan orang sebarangan tetapi kritikan ni terjadi sebabnya apabila saya mengambil anak angkat,mereka terus keluarkan hukum aurat dan sentuhan antara saya dan anak saya.Bila dijawab saya susukan anak,ini pula kritikan mereka.Kesimpulannya,memang kita tak dapat lari dari faktor kritikan sebegini.Dahlah badan derita keletihan,otak pula stress,rasa malas dan give up ditambah pula dengan kritikan yang tak membina sebegini memang boleh gila dibuatnya.
Stress bila kita dikritik dan dijadikan bahan gosip orang sekeliling
Di sini bukanlah saya berniat untuk takut-takutkan para ibu angkat sekalian.Tidak sama sekali.Malah saya amat menggalakkan ibu-ibu angkat untuk mengeluarkan susu badan mereka demi anak yang dicintai.Biar pun anak itu tidak lahir dari rahim kita tetapi dia lahir dari hati kita.Jadi memang berbaloi berkorban sikit demi anak yang tercinta.

Cara saya menangani masalah ini mudah je.Selain sokongan dari suami serta membayangkan wajah anak ketika aktiviti pengepaman,saya mengambil langkah menjadikan kritikan demi kritikan itu sebagai 'lawak jenaka'.Kadang kala kritikan yang saya dapat memberi saya persoalan baru yang memaksa saya untuk membuat kajian sikit untuk mencari jawapan.Haaa kan dah dapat ilmu baru.Hehehe yang penting jangan mudah marah.Penat kalau asyik nak marah-marah.

Letih?Tipu kalau saya katakan tak letih bila setiap hari buat rutin yang sama.Siapkan diri untuk menghadapi keletihan ni.Mandi dengan air suam,ambil supplemen,berurut satu badan (atau sekurang-kurangnya tapak kaki),tidur sekejap,menonton rancangan kesukaan atau bermain dengan anak memang amat membantu mengurangkan keletihan bagi diri saya.Kita kenal siapa diri kita.Kita tahu apa yang boleh melegakan keletihan kita.Bagi saya rasa letih ni berkaitan dengan minda semata-mata.Badan kita dijadikan Allah sebagai satu jentera yang sangat hebat yang digerakkan oleh minda.Minda merupakan pusat kawalan untuk badan kita.Sebab tu penting untuk positifkan minda.Carilah faktor pendorong yang boleh membantu kita untuk tidak mudah mengalah.Macam saya,wajah anak memang satu-satunya faktor pendorong yang sangat kuat.

Akhir kata,saya ucapkan selamat berjaya kepada ibu-ibu angkat di luar sana untuk menyusui anak angkat masing-masing.Wassalam...


No comments: