Wednesday 13 August 2014

Pengalaman Seorang TTC Untuk Mempunyai Zuriat Sendiri-Sesi Mengimbau Kenangan Part 1



Salam kepada semua pengunjung blog ini…

Panjang betul tajuk entry kali ni siap mengimbau kenangan lagi,siap ada part 1 lagi.Kalau dah ada part 1 haruslah ada part 2,part 3 dan seterusnya kan.Terpaksa buat banyak part sebab memang panjang dan berliku-liku perjalanan saya untuk mendapat zuriat sendiri.Kalau tajuk pun panjang haruslah entry nya pun panjang kan.

Selama 4 tahun saya berkahwin sebelum dikurniakan rezeki untuk mengandung.Saya berkahwin pada tahun 2010 kemudian mengambil seorang anak angkat yang sangat comel pada 2012.Ditakdirkan Allah,saya mengandung pada tahun ni 2014.Semua catatan usaha saya untuk mengandung ada saya simpan.

16 Jan 2014: Detik saya menjadi seorang isteri kepada suami tercinta


Ketika usia perkahwinan kami setahun,saya mula diasak soalan cepu emas.Jadi saya lebih selesa untuk mengelak dari berjumpa orang-orang kampung samada kampung suami atau pun kampung saya sendiri.Malah saya akan cuba sedaya upaya mengelak untuk bertemu rakan-rakan sekolah dulu.

Awal tahun 2012,saya mula panas punggung.Saya mudah menangis bila ditanya soalan-soalan yang macamtu.Saya cuba bersabar.Mujur lah saya mampu untuk bersabar dengan sokongan suami.Mungkin keluarga mertua pun dah start ‘panas punggung’ bila satu-satunya anak diorang yang dah kahwin masih belum mampu memberi diorang cucu.

Bermula lah episod saya direkemen oleh orang-orang sekeliling untuk cuba itu cuba ini untuk mengandung.

1) Urut: Tak tahu dah berapa tempat dah saya pergi menyerah diri untuk diurut.Walaupun desperate saya hanya akan pergi berurut dengan tukang urut perempuan sahaja.Bila ada yang suggest tukang urut lelaki saya tak akan pergi.

2) Berubat cara kampung: Yang ni pun bukan satu tempat saya pergi.Walau melangkau beberapa negeri saya tetap gigih dengan suami pergi ke sana.Biasanya diorang beri air kosong yang dah dibaca ayat-ayat Quran.

3) Minum air akar kayu: Yuck!!Pahit giler!Namun tetap saya telan.

4) Buah Zuriat: Gigih mengetuk buah zuriat yang super keras.Mujur lah air nya tak pahit macam air akar kayu

5) Herba cina: Yang ni takde pun sape-sape rekemen.Saje g kedai seng sei dan tanya sengsei tu.Siap tanya kat sengsei tu herba ni halal ke tak?Hehehe kalau lah sengsei tipu?Desperate punya pasal

6) Home made ubat: Sebab desperate saya memberanikan diri beli ubat dari seorang makcik yang buat sendiri ubat untuk bantu kesuburan ni.Bayangkan 2 botol ubat tu (untuk suami dan isteri) boleh bertahan untuk 2 minggu je.Harganya pulak RM350.Dengan muka tak bersalah saya bawak balik ubat tu dan tunjuk kat suami.Suami saya seorang yang sangat tegas tentang ubat-ubatan ni.Terpaksa lah isteri tercinta dia ni menahan telinga kena bebel dengan suami.Suami saya pulak dengan muka tak bersalahnya mengtongsampahkan kedua-dua botol ubat tu.Aduh!Sedih tengok RM350 dibuang begitu je.Nak amik gambar ubat tu pun saya tak sempat.

Sekadar gambar hiasan:
Jangan terlalu desperate sampai sanggup berbomoh bagai.Syirik tau.


Akhirnya saya give up dengan segala cara tradisional ni.Punca saya give up ialah apabila terlalu banyak pergi ke tukang urut.Tukang urut A cakap peranakan terlalu tinggi,Tukang urut B cakap peranakan terlalu rendah.Maka berlakulah sesi menurun atau menaikkan peranakan.Ada tukang urut yang lagi extreme cakap saya terkena buatan orang!!Mau tak stress.

Saya desak suami sambil buat drama airmata saya dah tak mahu pergi mana-mana tukang urut dan taknak pergi berubat dan taknak dah paksa diri telan macam-macam.Saya suruh suami tolong cakap kat mertua saya sebab biasanya recommendation untuk pergi berurut atau berubat ni adalah dari mertua.Hehehe hanya 30% dari recommendation kawan-kawan.Mak ayah saya takde pun rekemen mana-mana.Tapi diorang takde pulak menghalang kami dari pergi mendapatkan rawatan-rawatan tu.Saya cakap pada suami sambil nangis-nangis yang saya stress bila diperlakukan macam-macam.Saya cakap pada suami lepas ni saya hanya akan buat rawatan secara moden.Tekad!!


Suami saya ni takdelah desperate sangat macam saya.Dia cool je tetapi dalam hati dia siapa tahu kan.Dia tak pernah bangkitkan soal anak dengan saya.Dia setuju je dengan apa yang saya cadangkan.Maka bermulalah episod kami suami isteri untuk mendapatkan rawatan perubatan moden di hospital.Kami memilih untuk mendapatkan rawatan di hospital swasta sebab kalau di hospital kerajaan agak memakan masa.Konon nak cepat-cepat dapat anak.Sangat tak sabar manusia yang bernama Safura ni. 

Story tentang saya buat rawatan di hospital akan saya tulis dalam part 2 pulak.Kira part 1 ni macam pendahuluan lah.Kalau dah pendahuluan pun panjang gini,macamana lah isi nya nanti ye?Hehehe

No comments: