Wednesday 13 August 2014

Set Kesuburan Shaklee-Basic

Salam kepada semua pengunjung blog ni...

Anak merupakan anugerah istimewa dari Allah S.W.T kepada pasangan suami isteri.Kehadiran cahaya mata adalah penyeri bagi sesebuah rumahtangga.Namun tak semua pasangan yang berkahwin tu akan dikurniakan zuriat.

Zuriat: Semua pasangan yang berkahwin menginginkan anak
Soalan femes bila seseorang tu kahwin ialah mengenai anak.Bagi yang dah mempunyai anak tu jangan lah suka sangat bertanya kat kawan-kawan atau saudara mara yang masih belum dikurniakan rezeki anak.Saya dah lali sangat dengan soalan macam ni contohnya "Bila nak dapat anak?" "Apa masalah korang ni dah 4 tahun kahwin masih takde anak?" Perghhh...rasa macam NAK BAGI PENAMPAR FREE kat si penanya soalan hehehehe.Mujur lah selama 4 tahun ni mampu lagi untuk bersabar dan terus tersenyum bila diajukan soalan macamtu.

Rezeki anak itu rahsia Allah S.W.T. dan hanya Dia yang tahu kenapa belum dikurniakan anak.Sebagai hambaNya kita hanya mampu redha dengan ketentuan Dia di samping berusaha.Mengambil Set Kesuburan Shaklee juga salah satu usaha kita untuk mendapatkan zuriat sendiri.Mana tahu kan dengan Set Kesuburan Shaklee ni kita boleh hamil.

Set Kesuburan Shaklee ni ada macam-macam.Tapi entry kali ni saya nak kenalkan Set Kesuburan Shaklee yang paling basic.Kiranya kalau bajet terhad boleh lah cuba set ni.

Isteri : GLA Complex
Suami : Zink


Set Kesuburan nilah yang paling jimat.Namun walaupun jimat khasiatnya memang tak dapat disangkal tau.

GLA Complex Shaklee ni kalau diambil sebanyak dua kali sehari dapat membantu mengawal imbangan hormon.Biasa nya masalah ketidaksuburan wanita ni berkait rapat dengan hormon yang tak seimbang.

Zinc Complex pula membantu menggalakkan penghasilan sperma yang baik.Selain itu,ia membantu juga mengelakkan masalah prostat bagi lelaki.

Saya tak pernah menjanjikan akan WAJIB mengandung jika amalkan set ni tetapi ramai yang mengambil set ni dan sangat berpuas hati dengan hasilnya.Kalau korang search kat Google banyak testimoni pasangan yang berjaya mengandung dengan hanya mengambil set basic ni.Namun sebagai hamba Allah kita wajib percaya bahawa rezeki untuk menimang cahaya mata tu datangnya dari Allah bukan semata-mata dengan pengambilan supplemen.Pengambilan Set Kesuburan Shaklee ni hanya lah salah satu dari usaha kita demi untuk menimang cahaya mata.Siapa tahu mungkin dengan usaha mengambil Set Kesuburan Shaklee ni boleh berjaya hamil.


*** Kenyataan atau produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit..Hubungi saya di 019-9084549 (call/sms) 010-7632267 (call/sms/Whatsapp) atau email razfura@gmail.com untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut.***

No comments: