Friday 8 August 2014

Sekadar Renungan

Rasanya belum terlambat lagi untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua umat muslimin dan muslimat.Raya ni merupakan raya pertama kami sekeluarga menyambutnya tanpa kehadiran arwah adik bongsu kami yang pergi menemui Allah 14 Syawal tahun lepas.Memang sangat terasa ketidakhadiran beliau lebih-lebih lagi kami semua adik beradik ada berkumpul beraya di rumah parents pada hari raya ni.Rasa macam janggal bila salah seorang tak ada.Cukup lah cerita tentang benda sedih ni.Al-Fatihah buat adindaku.Semoga ditempatkan di kalangan roh-roh orang yang beriman.Amin.

Harini rajin pulak dok check laptop ni.Sebabnya rasa macam 'berat' je.Jadi memang nak buang lah segala mende yang dirasakan tak berguna yang berkampung dalam laptop ni.Tengah rajin menyelak,men'delete' dan memilih mana file yang berguna,mana yang tak berguna tiba-tiba terjumpa file ni.Pelik jugak rasa sebab memang tak pernah ingat bila save file ni.Dan yang paling penting tak ingat langsung dari mana saya ambil file ni.Namun isi kandungan nya sangat menarik.Mungkin sebab tu saya simpan kot.


KITA BERTANYA :   KENAPA AKU DIUJI?

QURAN MENJAWAB
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA  : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

QURAN MENJAWAB
"Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA :   KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
- Surah Al-Baqarah ayat 286

 

Dalam hidup,terkadang kita lebih banyak mendapatkan apa yang tidak kita inginkan. Dan ketika kita mendapatkan apa yang kita inginkan, akhirnya kita tahu bahawa yang kita inginkan terkadang tidak dapat membuat hidup kita menjadi lebih bahagia

Mungkin ada sebab kenapa saya simpan file ni.Al maklumlah hidup kita ni sering sangat diuji oleh Allah dengan berbagai-bagai cara.Bohong jika ada manusia yang mengatakan mereka langsung tak pernah merasai susah,tidak pernah diuji atau pun apa yang dihajati semua tertunai.Bila saya renung-renungkan sememangnya selama 30 tahun hidup di dunia ni macam-macam dugaan dan ujian dah saya tempuhi.Bila susah memang ni lah 3 soalan yang berlegar-legar dalam kepala dan biasanya soalan-soalan tersebut tergantung tanpa jawapan.

No comments: