Monday 11 August 2014

Cara Menyimpan Susu Ibu Perahan

Salam kepada semua pengunjung blog ini....

Entry ni sepatutnya saya post semalam tapi disebabkan broadband buat hal maka hasrat hati tu terpaksa ditunda hingga sekarang.Mungkin ramai ibu-ibu yang dah tahu cara nak simpan susu ibu perahan kan.Tapi tak kurang juga yang tak tahu langsung.Ada ibu bekerja yang rajin memerah susu badan ketika di tempat kerja pastu bila balik baru bagi pada anak.Ada yang memang takut nak bagi direct pada anak sebab si anak yang tengah 'gatal gusi' memang suka mengigit (macam saya dulu,sekali kena gigit dengan Umar terus serik nak bagi direct sebab takut putus).Pendek kata macam-macam lah alasan kenapa ibu perlu memerah susu badan mereka.

Jika anak kita dilahirkan di hospital milik KKM mungkin kita tak ada masalah untuk mengetahui cara yang tepat untuk menyimpan susu ibu perahan ni kerana apabila bayi lahir pihak hospital akan membekalkan Buku Rekod Kesihatan Bayi Dan Kanak-Kanak (0-6 Tahun) secara percuma.Buku yang tebalnya 84 muka surat tu sangat berguna dan lengkap mengandungi panduan asas untuk ibubapa/penjaga.Di muka surat 17 ada terdapat jadual cara menyimpan susu ibu perahan.

Ni rupa muka depan buku tersebut.Untuk bayi lelaki-warna biru,bayi perempuan-warna pink
Jadual penyimpanan susu ibu perahan
Jadual penyimpanan susu ibu perahan di atas sangat berguna bagi ibu-ibu dan ibu-ibu angkat samada yang dikurniakan rezeki susu badan yang banyak mahu pun yang ditakdirkan mempunyai susu badan yang sangat sikit.

Khas untuk ibu-ibu angkat yang bermasalah mempunyai susu badan yang kurang,saya sarankan setiap titis susu badan yang dipam jangan dibuang walaupun hanya dapat mengutip 1 oz sehari.Simpan susu tersebut dalam satu bekas khas yang dilabel tarikh simpanan.Katakan anak hanya akan kenyang dengan 4 oz jadi bila cukup 5 oz atau 5 hari mengepam ambil semua susu badan yang dah dikumpul baru satukan kemudian cairkan (jangan cair terlalu panas kerana akan merosakkan khasiat susu ibu) lepas tu baru bagi kepada anak.Korang mesti tahu kan berapa oz yang perlu untuk anak sekali kenyang.Buat sampai cukup 5 kali kenyang.


*** Kenyataan atau produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit..Hubungi saya di 019-9084549 (call/sms) 010-7632267 (call/sms/Whatsapp) atau email razfura@gmail.com untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut.***

No comments: