Saturday, 9 August 2014

Menyusukan Anak Angkat-Perkongsian Berharga Pengalaman Sendiri

Sebenarnya dah lama sangat saya nak share pengalaman saya kat sini namun disebabkan terlalu sibuk maka pengalaman tu hanya dapat dikongsi dengan kawan-kawan dan saudara mara yang terdekat je.Rugi rasanya tak berkongsi pengalaman sendiri ni dengan lagi ramai ibu-ibu angkat yang berhasrat untuk menyusukan sendiri anak angkat mereka.

Saya dikurniakan rezeki oleh Allah SWT untuk menimang anak angkat ketika usia perkahwinan saya 2 tahun.Ramai yang mempersoalkan masih terlalu awal untuk saya mengambil anak angkat.Ada yang kata saya terburu-buru.Pedulikan apa orang kata.Rezeki Allah bukan kita tahu.Jika saya tolak rezeki ni mungkin saya tak berpeluang lagi.Sebagai seorang TTC, bila kita ambil anak angkat,dugaan lain pulak yang mendatang.Soalan cepu emas yang baru pulak yang kita terpaksa hadap.Buat masa ni saya malas nak bercerita tentang dugaan dari orang keliling ni sebab nanti entry ni akan jadi panjang berjela-jela.

Setelah Umar berusia 3 bulan baru saya terfikir untuk memberi dia susu badan saya.Saya berbincang dengan suami dan suami memang setuju.Maka bermula lah episod gigih saya meng'google' tentang penyusuan anak angkat termasuk bab hukum,syarat,cara dan segala-galanya.Tapi agak malang sebab tak banyak yang membantu.Saya ada terbaca tentang mengambil pil perancang.Huhuhu cara yang saya tak akan buat.Nama pil perancang pun menakutkan bagi saya,seorang TTC.(Kita lagi usaha nak dapat anak,disuruh makan pil perancang,dibuatnya terus tak leh mengandung macamana?Huhu ni yang saya fikir okeh) Saya ke klinik dan doktor tak menggalakkan.Mungkin sebab doktor tu bukan Islam jadi dia tak berapa membantu saya.Saya jumpa pula doktor Islam yang faham tentang hasrat saya.Dia rekemen cara injection tetapi dia tak jamin yang susu saya akan keluar.Saya ni sangat penakut pada jarum.Memandangkan saya masih ada tempoh selama setahun 9 bulan lagi untuk Umar berusia 2 tahun,maka saya tunda dulu hasrat untuk ambil injection.

Lepas jumpa doktor melayu tu saya gigih pulak masuk group dan forum ibu-ibu angkat.Kat situ kami berkongsi macam-macam tentang anak angkat.Alhamdulillah kat situ juga saya ditemukan dengan seorang ibu angkat yang mempunyai dua orang anak angkat dimana seorang anak angkat dia mempunyai masalah elergik dengan susu formula.Dan dia berjaya menyusukan kedua-dua anak angkatnya tanpa suntikan walaupun dia tak pernah mengandung.Hanya melalui permakanan.Satu berita gembira buat orang yang sangat takut jarum macam saya.Maka bermula lah episod saya mengeluarkan susu badan sendiri untuk anak yang tercinta.

Mula-mula,saya bertanya pada doktor tentang pengambilan pil motilium bagi tujuan mencetuskan susu badan.Bukan sorang doktor yang saya tanya tetapi 3 orang.Bimbang kesan sampingan pengambilan pil tu.Sebab bukan diambil melalui doktor tetapi sekadar beli je kat farmasi.Apa itu pil motilium?Kegunaan asal pil ni ialah sebagai ubat angin.Bila dah rasa selamat,saya pun mula mengambil pil motilium.Oleh kerana saya ni jenis manusia yang mempunyai tahap kesabaran yang rendah,saya terus order pil fenugreek melalui online.Kononnya nak makan motilium bersama fenugreek.Yang ni memang tak consult doktor.Huhuhu sekadar consult dari kawan-kawan senasib je.

Ni lah rupa pil motilium yang pernah saya ambil untuk mencetuskan susu badan
Hari pertama saya ambil pil motilium,saya dah start pam breast saya.Haaa yang bab pam ni lah kebanyakan ibu angkat terpaksa angkat bendera putih tanda menyerah kalah.Tambah lagi kalau si ibu tu bekerja macam saya.Nasihat dari kawan (dia surirumah) supaya kita start pam dari pagi sampi malam.Pening jugak memikir nak mengepam kat pejabat.Malu hihihi.Jadi saya buat keputusan untuk start pam hanya selepas waktu Maghrib.Kalau ibu-ibu angkat seorang suri rumah atau takde masalah mengepam breast di tempat kerja,rutin mengepam ialah,selepas mandi pagi (seeloknya mandi dengan air suam) pam setiap breast setiap 2 jam selama 5-10 minit bagi satu sesi. Maknanya breast kiri selama 5-10 minit & breast kanan selama 5-10 minit.Bagi ibu bekerja macam saya?Saya hanya pulang ke rumah pukul 6 petang setiap hari kecuali Ahad dan cuti umum.Saya betul-betul ada masa hanya selepas Maghrib dan makan malam Lebih kurang pukul 8.30 malam.Mandi pun sebelum Maghrib.Jadi antara waktu mandi dan mengepam tu ada gap (lebih elok kalau pam sejurus lepas mandi).Ni memang saya tak boleh elak sebab suami seorang yang sangat banyak pantang larang hehehe dia tak bagi isteri dia ni mandi malam.Tapi saya tak jadikan itu sebagai penghalang untuk mengeluarkan susu.Sebelum mengepam,saya rendam tuala muka dengan air suam kemudian tuam di breast.Tuam seluruh breast termasuk lah kawasan puting dan kawasan luar puting.Tuam je tak perlu tekan-tekan.Lepas tu baru lah start mengepam.Rutin saya,pam setiap breast selama 20 minit setiap 1 jam.Maknanya saya pam pukul 8.30 malam hingga 9.30 malam, 10.30-11.30 malam, 12.30-1.30pagi.Hanya tiga sesi sehari.Sanggup buat?Hehehe memang 'berat' tetapi kena jugak buat demi anak.Seeloknya pilih pam letrik sebab kalau yang manual boleh tercabut lengan.

Hari ketiga struggle,masa pam tiba-tiba keluar air jernih setitik dari nipple saya.Kalau ikutkan kawan saya yang consult tu untuk mencetuskan susu perlu at least seminggu-2 minggu baru susu tercetus keluar.Mungkin dah rezeki saya.Keluar air jernih atau keruh walaupun setitis dah berita gembira sangat buat ibu angkat.Masa ni boleh celebrate hehehehe.Bila dah nampak hasil makin berkobar-kobar diri ini.Masa ni fenugreek yang saya order pun sampai maka saya makan fenugreek bersama pil motilium.

Breast pump yang saya guna

Umar masuk umur 4 bulan,namun susu saya masih belum dapat mengenyangkan Umar.Setiap hari saya mengumpul susu menggunakan syringe.Tujuan saya supaya mudah saya mengukur berapa ml saya dapat kutip bagi setiap sesi mengepam dan akan saya catat dalam diari.Memang setiap hari ada pertambahan ml susu yang dapat saya kutip namun terlalu sikit.Bayangkan hari pertama mengutip susu guna syringe tu saya hanya dapat sebanyak 1.5 ml.Esoknya naik ke 2.0 ml dan seterusnya.Sedangkan anak saya sekali minum susu sebanyak 4oz iaitu sebanyak lebih kurang 118 ml (saya ambil 1 oz = 29.5 ml).Tertanya-tanya jugak dalam hati,bila nak cukup 5 kali kenyang?Sedangkan dah start rasa penat,stress,bosan dan give up.Fenugreek pun dah makin susut.Bekalan cuma boleh bertahan beberapa hari je.Saya juga makan lobak putih,kurma,longan kering dan macam-macam.Minum susu anmum.Tetapi pertambahan susu badan memang slow sangat.Susu yang saya kumpul hari-hari tu,saya simpan dalam peti sejuk bahagian freezer.Sepatutnya tak boleh campur susu yang dipam hari ini dengan susu yang dipam esoknya.Tetapi saya tiada pilihan sebab memang mustahil nak dapat 4 oz dalam sekali pam.Maka banyaklah syringe bersusu badan dalam freezer (saya letak syringe2 ni dalam bekas bertutup supaya tak tercemar).Akhirnya dapat juga saya bagi Umar sekali kenyang.(Masa nak bagi baru saya cairkan susu2 yang beku ni dan campur sekali).Kalau tak silap saya hampir dua bulan jugak baru dapat sekali kenyang.Huhuhu 4 more to go.

Mungkin fenugreek tak begitu membantu saya.Bekalan fenugreek pun dah habis jadi saya pilih untuk cari milk booster lain.Kebetulan seorang sahabat saya merupakan seorang Shaklee Independant Distributor.Saya terus pm dia dan dia sarankan saya untuk mengambil set breastfeeding Shaklee.Dah alang-alang nak beli tu saya pun terus masuk ahli memandangkan yuran keahlian takde lah mahal mana dan seumur hidup pulak.Sebelum tu dia ada nasihatkan saya:
Jika ambil suplemen untuk tujuan penyusuan,perlu difahami bahawa vitamin bukanlah cara untuk memperbanyakkan susu ibu.Vitamin ni berfungsi untuk memastikan tubuh ibu sentiasa sihat,bertenaga,ceria dan terus bersemangat.Secara tidak langsung mampu membekalkan susu ibu kepada bayi anda.Yang paling penting "Lebih kerap bayi disusukan atau lebih kerap sesi perahan maka lebih banyak susu ibu dihasilkan"
Bila dapat nasihat bernas beliau,saya termalu sendiri.Bila ambil fenugreek atau segala lobak putih,longan kering dan lain-lain tu saya simpan harapan untuk susu mengalir deras macam air paip.Sebab tu saya stress bila hasil yang dapat tak seperti yang dibayangkan.Badan pun letih kan dengan kerja lagi.Mujur suami sanggup ambil alih hal rumahtangga dan jaga Umar masa saya sibuk mengepam.

Maka bermula lah episod saya mengambil set breastfeeding Shaklee.Kat sini saya malas nak hurai satu persatu tentang set breastfeeding ni sebab nanti panjang pulak entry ni.Tengok je gambar kat bawah ni.Nilah set yang saya ambil.Ibu-ibu angkat juga boleh ambil set basic penyusuan susu ibu ini yang terdiri dari ESP dan Alfalfa Complex.Saya lebih galakkan ambil set lengkap macam yang saya ambil.Namun pilihan di tangan masing-masing.Terpulang pada diri sendiri.


Dengan mengambil suplemen baru untuk memperbanyakkan susu beserta pemikiran baru mengenai penyusuan susu ibu,saya meneruskan rutin pengepaman susu badan dan mengutip susu yang keluar menggunakan syringe.Masa ni bila dah faham fungsi suplemen milk booster ni rasa stress tu kurang.Badan pun lebih bertenaga.Rutin diteruskan hingga seminggu kemudian masa mengepam pertama kali susu saya memancut (biasa meleleh atau titis2 je).Saya pun malas dah nak kutip sikit-sikit sebab susu keluar dengan meriah.Susu yang keluar masa pam tu saya terus bagi Umar.Tak simpan dah dalam peti.Kalau time tu Umar taknak saya buang je.Hehehe sampailah saya berjaya pam 5 oz sekali pam. Saya bagi Umar dan dapatlah dia kenyang buat kali kedua.

Kali ketiga kenyang,saya susukan Umar direct terus pada nipple.Seronoknya bila anak menyusu direct.Rasa macam menyusukan anak kandung.Lagi dua kali kenyang maka lengkaplah 5 kali penyusuan Umar.Lepas kali ketiga menyusukan dia saya jadi seronok nak bagi direct tanpa pam.Rutin mengepam saya teruskan jugak sebab bimbang sangat susu berkurang kalau rutin tu terganggu.Susu yang saya pam samada saya buang atau simpan dalam freezer.(buang sebab peti tak muat dan bekas nak simpan tak banyak) Saya cuba untuk bagi direct kali untuk penyusuan kenyang yang ke4.Yang ni part tak best.Bila Umar yang tengah syok menyusu tiba-tiba gigit nipple saya.Sebab takde pengalaman saya terus tarik Umar dari breast maka berdarahlah nipple ku.Sakit tau walaupun darahnya bukan banyak.Mujur tak putus.Hahaha mungkin Umar gatal gusi sebab tu dia gigit.Saya ceritakan pada mak.Mak cakap,kalau baby gigit jangan tarik tetapi tekapkan muka anak pada breast kita.Bila dia lemas,dia akan lepaskan gigitan tu.Kalau tarik memang lagi sakit lah.Mujur tul tak putus.Yang kali ke4 ni saya tak kira sebagai satu kali kenyang sebab saya tak tahu dia kenyang atau tak.

Mengepam dengan breast sakit memang sangat mencabar.Mujur sebelah je.Sementara menunggu yang satu tu sembuh,saya pam sebelah je.Dan saya serik untuk bagi dia menyusu direct.Sebelum Umar berumur setahun saya berjaya susukan dia dengan 5 kali kenyang.Disebabkan kesedaran tentang kebaikan susu ibu saya menyimpan azam untuk teruskan beri dia susu badan hingga umurnya 2 tahun.Tetapi saya hanya mampu beri dia susu badan hingga dia berusia setahun 6 bulan sahaja.Kenapa?Hehehe saya mendapat bonus yang tak disangka apabila saya disahkan MENGANDUNG ketika Umar berusia setahun 6 bulan!!!Pengalaman tentang cerita mengandung ni akan saya kongsikan dalam entry lain ye kawan-kawan.



*** Kenyataan atau produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit..Hubungi saya di 019-9084549 (call/sms) 010-7632267 (call/sms/Whatsapp) atau email razfura@gmail.com untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut.***

7 comments:

laila said...

assalamualaikum.. sangat teruja baca kisah puan ni.. tahniah sebab berjaya bagi susu ibu pada anak...
saya sedang mencari anak angkat juga sekarang ni.. dan bercita-cita juga untuk memberikn susu ibu pada ank angkat sy nnt..
doakan sy cepat-cepat dapat anak angkat ye..
kalau puan ada mana info untuk mendapatkan baby angkat boleh maklumkan pada saya ye..
email: manis14780@gmail.com
terima kasih.

suhailah hamid said...

seronoknya baca pengalaman awak menyusukan anak angkat, alhamdulillah dan tahniah kerana disahkan mengandung pula selepas itu..

Anonymous said...

Tahniah. Seronok dan gembira dengar sis mengandung setelah ambil anak angkat. Alhamdulillah

Anonymous said...

Tq atas penergan...sy ade ambk ank agkt..umur now setahun 8buln...lg 4buln lg nk du2 thun...skrg tgh ambk domperine...smggu ambk..dh ade kuar susu sblh breast kann...tp stitk 2 je...3hari lg bru start ambk milk booster shaklee...mga sy bjya susukn anak smpi 5 x knyg....amin

Siti Munirah said...

salam puan, taniah puan berjaya susukan anak angkat..saya pun baru ambik anak angkat dah nak masuk 4 bulan...saya belum ambik domperidone yang doktor sarankan ini kerana saya telah mendapat tahu amaran bahaya ambik domperidone yang dikuarkan oleh BPKF dan US FDA juga kuarkan amaran pengambilan..sejauh mana efek dia tu taktaula..sb dia cuma ubat angin so far orang yang ambik tuk susukan bayi tak da masalah..cuma saya ja la risau lebih..namun saya nak tahu adakah orgn mcm saya belum mengandung perlu ambil pil perancang yasmin sebulan baru ambik domperidone...puan ambik tak pil perancang??? atau puan dah pernah preggy

Safura Makmim said...

assalamualaikum pada semua ibu-ibu yang tinggalkan komen di sini.maaf sebab dah lama saya update blog saya kerana sangkakan tiada yang membaca...

utk pengetahuan ibu-ibu sekalian sebelum ni saya TAK PERNAH MENGANDUNG tapi saya mampu susukan anak angkat saya.pernah dalam fikiran ni terfikir bahawa mengandung tu mustahil bagi (sebab dah give up)sebab tu saya susukan anak angkat saya.

rezeki Allah tiada sape yang duga kan.ketika umur anak angkat saya setahun 6 bulan saya disahkan mengandung.Alhamdulillah.ada orang kata sebab menyusukan wallahualam..kalau dah rezeki

mengenai pil perancang atau kaedah suntikan pula...maaf sebab saya tak pasti keberkesanannya.saya TAK PERNAH ambil pil perancang atau pun suntikan hormon.harap saya dapat menjawab persoalan ibu-ibu.terima kasih

Siti Munirah said...

terima kasih atas jawapan puan..taniah puan..saya dah mula ambik domperidone..tapi masih belum kuar susu.hanya cetus..tapi saya tak ambik pil fenugereek boleh saya tahu puan ambik pil domperidone berapa biji sehari..dan selepas ambik shaklee puan masih ambik pil domperidone ke atau mcm mana..saya harap puan dapat kongsikan detail pengambilan puan..moga perkongsian puan dapat membantu dan memberi sokongan pada saya dan ibu2 lain..terima kasih atas reply puan...