Wednesday 11 December 2013

Lagi-lagi Produk Penjagaan Bayi Mengandungi Bahan Merbahaya-Johnson & Johnson

Dah lama tak blogwalking. Tengok blog ni pun dah bersawang haruslah sebagai bukti yang saya ni dah terlalu amat jarang mengadap laptop setia saya ni. Jangan tak tahu ye laptop ni dah terlalu tua tapi sangat berjasa hehehehe. (peneman setia sejak tahun 2006 lagi dan masih berfungsi dengan baik). Dengan tujuan untuk mengupdate blog sendiri maka saya pun berblogwalking lah. Dan hasil jalan-jalan tu maka terjumpa lah Blog ni dan alamak!!!terkejut okeh!!
Macam kenal je!!Macam ada je kat rumah!!Macam guna je!!



Blog tu mengenai produk yang terhangat di pasaran dan amat terkenal serata dunia. Siapa tak tahu produk yang bernama Johnson & Johnson kan? Nenek saya pun ada guna produk ni. Agak berderau darah saya bila dapat tahu yang pihak syarikat sendiri yang mengaku bahawa produk diorang mengandungi bahan yang boleh mengakibatkan kanser iaitu formaldehyde. Apa benda ntah formaldehyde tu. Kalau saya baca dulu ingredient kat belakang botol/plastik produk sebelum beli memang saya tak tahu pun ingredient mana yang bahaya mana yang tak bahaya. Dulu sekolah mana ada belajar kan. Kalau tulis kat situ bahan penyebab kanser haruslah tak hingin saya nak beli. Tambah pulak bahan yang namanya formaldehyde ni plak tak ditulis atau pun hidden dari list ingredient produk ni.
Baby tu nangis sebab tahu kot dia guna produk yang ada bahan penyebab kanser?
Today, the personal care giant announced that it would voluntarily (after consistent pressure from the public and groups like EWG) remove hidden formaldehyde from their baby products like baby shampoo and baby washes.  Don’t see formaldehyde listed on the back of your bottle of “no more tears” shampoo?  Formaldehyde is “hidden” in these products in ingredient names like “DMDM hydantoin“, and “1,4 dioxane” (which is “hidden” in listed ingredients like “fragrance”.  It’s all a big fun game, you see.).
Apa itu formaldehyde? Macam biasa lah saya ni bila nak tahu je istilah pelik-pelik ni tak lain tak bukan jenguk Wikipedia. Menurut Wikipedia, formaldehyde ni merupakan organic compound. Huhuhu tak kisah lah apa itu sebenarnya formaldehyde (yang sebetulnya saya tak minat nak tahu detail formaldehyde ni sebab lebih berminat untuk tahu kebahayaan nya saje). So scroll lagi bawah tang formaldehyde ni maka terjumpa lah ni:
Formaldehyde is highly toxic to all animals, regardless of method of intake. Ingestion of as little as 30 mL (1 oz.) of a solution containing 37% formaldehyde has been reported to cause death in an adult human.[27] Water solution of formaldehyde is very corrosive and its ingestion can cause severe injury to the upper gastrointestinal tract.
Seram sejuk tak bila terbaca petikan mengenai formaldehyde kat atas ni? Bukan lah saya nak suruh atau hasut rakan-rakan boikot produk Johnson & Johnson ni. Terpulang lah pada setiap orang. Bagi diri saya sendiri buat sementara waktu ni segala produk Johnson & Johnson ni akan di banned dari senarai beli belah saya. Terasa susah betul nak cari produk penjagaan diri especially produk penjagaan untuk bayi yang betul-betul selamat sekarang ni. Patut lah zaman ni bermacam-macam penyakit pelik timbul. 

Nota kaki : Rasa bersalah pun ada sebab selama ni bagi anak kesayangan guna produk ni. Maafkan ibu wahai anakku

*** Kenyataan atau produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit..Hubungi saya di 019-9084549 (call/sms) atau email razfura@gmail.com untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut.***

Tuesday 10 December 2013

Menyusukan Anak Angkat - Soalan Dan Jawapan

Sejak saya meletak entry mengenai menyusukan anak angkat, ramai juga yang menghubungi saya untuk menanyakan berbagai-bagai soalan mengenai penyusuan anak angkat. Tak sangka rupanya ramai orang memilih untuk mengambil anak angkat dengan bermacam-macam sebab dan sebab yang paling banyak ialah kerana belum diberikan rezeki oleh Allah S.W.T untuk menimang anak sendiri.

Saya nak share kat sini soalan-soalan yang ditanya kepada saya untuk rujukan rakan-rakan dan diri sendiri di masa hadapan. Jawapan bagi semua persoalan ini adalah datangnya dari diri saya sendiri bukannya jawapan dari pakar namun sebelum memberikan jawapan saya terlebih dahulu melakukan sedikit research saya sendiri melalui internet atau pun bertanya kepada doktor.

1) Saya merancang untuk mengambil anak angkat dan bercita-cita untuk menyusukannya sendiri. Saya tidak pernah melahirkan anak dan tidak pernah mengandung. Boleh ke saya mengeluarkan susu badan?
Jawapan saya : Tidak pernah mengandung atau melahirkan anak bukan masalah untuk mengeluarkan susu badan. Semua wanita mampu mengeluarkan susu badan dengan bantuan perubatan. Namun jika korang ada masalah PCOS, Fibroid ataupun endometriosis, adalah agak mustahil untuk mengeluarkan susu. Jadi sebelum mengambil langkah mengeluarkan susu badan sila pastikan diri bebas dari semua ni.

2) Saya bakal menerima anak angkat pada bulan januari tahun 2014. Saya cuma ada masa kurang dari 2 bulan. Macamana saya nak keluarkan susu dengan cepat?
Jawapan saya : Jangan risau. Pertama sekali positifkan fikiran. Jangan terlalu terburu-buru nak cepat keluarkan susu sebab nanti jadi stress. Kalau stress susu memang susah nak keluar. Kalau ada masa 2 bulan tu anda kira bertuah sebab ada masa untuk keluarkan susu sebelum baby keluar. Selagi baby belum berusia 2 tahun masih sempat untuk keluarkan susu.

3) Anak saya dah berusia setahun lebih. Sempat tak saya nak keluarkan susu?
Jawapan saya : (Lebih kurang macam kat atas juga) Selagi baby belum berusia 2 tahun, ibu angkat masih ada masa untuk keluarkan susu badan dan menyusukan anak. Positifkan fikiran. Jangan bebankan fikiran dengan fikir tak ada masa. Tanamkan tekad untuk menyusukan anak angkat at least dapat 5 kali kenyang sebelum dia berusia 2 tahun.

4) Adakah kaedah suntikan hormon lagi cepat bantu saya untuk keluarkan susu badan?
Jawapan saya : Melalui kaedah suntikan hormon ni bergantung kepada individu tersebut. Ada yang mendapat hasil positif dan ada yang langsung tak keluar susu walaupun terdapat tanda-tanda breast bengkak. Saya tak galakkan ibu-ibu sekalian mengambil suntikan hormon. Sebab salah seorang kenalan saya mengalami bengkak di pangkal rahim akibat suntikan tersebut. Ini disahkan sediri oleh doktor yang dia temui selepas dia mengalami period teruk (dalam sebulan cuma kering 2,3 hari sahaja). Dia mendapatkan rawatan dari hospital sebab menyangka dia mengalami fibroid. Malah dia dimarahi oleh doktor yang merawat dia kerana mengambil suntikan mengeluarkan susu badan. Jadi sebelum buat keputusan untuk mengambil suntikan, fikir elok-elok dan dapatkan nasihat dari doktor dari hospital kerajaan. (saya tak galakkan tanya doktor dari klinik swasta sebab mungkin ada doktor yang hanya mementingkan perniagaan)

5) Apakah cara selamat untuk mengeluarkan susu?
Jawapan saya : Memadai dengan pemakanan.

6) Betul ke ada orang cakap kalau saya keluarkan susu badan, saya mampu untuk mengandung?
Jawapan saya : Yang ni saya tak berani jamin. Hehehe Bergantung pada rezeki masing-masing. Ikhlas lah dalam menyusukan anak angkat bukan semata-mata untuk mengandung. Sebab tujuan kita nak menjadikan anak angkat kita sebagai mahram, tak batal air sembahyang dan yang paling penting mengenai persoalan aurat. Jangan tersasar dari tujuan.

7) Saya merancang untuk mengambil anak angkat. Bila waktu yang paling sesuai untuk saya mula mengeluarkan susu badan sebab saya merancang untuk menyusukan dia sebaik sahaja dia  lahir.
Jawapan saya : Bagus kalau merancang macamni. Boleh rujuk pada entry yang pernah saya pos DI SINI. Kat situ ada panduan lengkap mengeluarkan susu badan jika ibu mempunyai banyak masa sebelum bayi lahir. Namun pendapat peribadi saya, saya tak galakkan keluarkan susu sebelum bayi lahir. Sebab sebelum bayi lahir macam-macam boleh berlaku. Antaranya bila bayi lahir si bio mum berubah fikiran tak jadi nak bagi anak kepada bakal ibu angkat dan macam-macam lagi. So lebih selamat jika keluarkan susu badan setelah segala urusan dokumen pengangkatan selesai. Ini hanyalah pendapat peribadi saya. Terpulang pada korang jika nak keluarkan susu badan lebih awal yakni sebelum baby lahir.

8) Saya telah mengambil pil hormon dari klinik dan susu saya dah keluar tapi terlalu sikit. Ada setitik dua je. Puas saya pam sampai berdarah tetapi susu masih sikit. Apa milk booster yang bagus untuk dapatkan susu yang banyak?
Jawapan saya : Pil atau suntikan hormon dari klinik memang hanya membantu kita mencetuskan susu. Alhamdulillah jika berjaya cetuskan susu. Walaupun hanya setitik pada permulaan itu adalah petanda yang sangat baik. Apabila susu dah keluar start ambil milk booster. Bagi saya, milk booster terbaik adalah dari Shaklee. Set yang paling basic saya rekemen pada rakan-rakan ialah ESP Shaklee dan Alfalfa Complex. Namun jika korang mahukan hasil yang lagi meletop boleh tambah Vita Lea dan B Complex. Jika korang membeli set menyusu ni dari saya, saya akan bantu korang mengeluarkan susu badan untuk menyusukan anak angkat korang.

Ini antara soalan-soalan yang ditanya kepada saya. Jika terdapat ibu-ibu angkat yang memerlukan bimbingan untuk mengeluarkan susu badan boleh lah menghubungi saya. Saya tak jamin 100% korang akan berjaya susukan anak angkat korang tetapi saya boleh berkongsi pengalaman saya sendiri menyusukan anak angkat saya. Saya juga berbesar hati untuk berkongsi langkah demi langkah, petua-petua, amalan-amalan dan lain-lain dengan ibu-ibu angkat di luar sana. Syarat untuk mengeluarkan susu ni mudah. Macam yang saya beritahu pada semua yang menghubungi saya iaitu korang mesti berdisplin dan mempunyai azam yang kuat. Tak boleh hangat-hangat tahi ayam. Tak boleh berputus asa. 

Sebaik sahaja korang memutuskan untuk menyusukan anak angkat, samada bayi tersebut masih dalam kandungan atau sudah lahir, jangan malu-malu untuk menghubungi saya. Saya akan bantu korang dari segi konsultasi untuk mengeluarkan susu badan. Hubungi saya untuk mendapatkan tawaran istimewa set penyusuan anak angkat.

*** Kenyataan atau produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit..Hubungi saya di 019-9084549 (call/sms) atau email razfura@gmail.com untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut.***

Saturday 7 December 2013

Kenali Paraben dan Bahaya Paraben pada Bayi





Entry saya kali ni adalah mengenai sejenis bahan kimia yang bernama Paraben. Kalau ibu-ibu dan bapa-bapa di luar sana perasan kebanyakan produk penjagaan bayi especially losyen bayi mengandungi paraben. Dan saya yakin ramai pengguna di luar sana yang tak sedar mengenai kandungan paraben dalam produk penjagaan bayi mereka. Maklumlah produk tersebut glamer dan keluarga kita dah dari zaman berzaman menggunakannya. Hehehe

Saya terdetik untuk menulis entry ini apabila seorang rakan saya yang terkejut apabila saya bagitahu yang produk yang dia guna mengandungi paraben. Ramai ibu-ibu yang tak tahu mengenai bahan kimia ni. Entry ni pun istimewa saya tulis untuk rakan saya tu di samping berkongsi info ni dengan rakan-rakan maya lain yang kebetulan singgah kat blog saya ni.

APA ITU PARABEN?

Menurut Wikipedia, Paraben adalah bahan pengawet yang banyak digunakan dalam industri farmaseutikal dan kosmetik. (Maaf ye jika terjemahan dari English ke Bahasa Melayu saya agak tonggang langgang. Korang boleh selak Wikipedia di sini untuk baca sendiri versi Bahasa Inggeris mengenai paraben ni) Paraben boleh ditemui dalam syampu, gel mandian, pelembap dan lain-lain. Paraben memang membantu produk-produk ni tahan lama tetapi paraben ni juga mampu memasuki sistem badan kita melalui kulit ketika kita menggunakan produk-produk ni.

KESAN PARABEN PADA BAYI?

Macamana saya boleh tahu mengenai Paraben ni? Hihihi saya adalah seorang ibu yang sedikit paranoid kot. Sejak Umar dilahirkan, hati saya sering berasa was-was dengan produk-produk penjagaan bayi yang berlambak di pasaran. Tambah lagi, bila saudara mara dan rakan-rakan melawat Umar sewaktu dia baru lahir, macam-macam hamper Umar dapat. Dan ibu dia nilah yang paling seronok sebab boleh jimat kan. Boleh dikatakan lengkap semua dari penjagaan rambut sampailah kaki. Jenama pulak memang jenama yang terkenal dan ramai yang pakai.

Kemudian entah dari mana perasaan was-was tu datang. Dah nama pun produk yang dah dibotolkan of course lah bahan kimia. Sebab saya dulu bukan belajar dalam bidang kimia atau perubatan jadi memang saya tak tahu apa-apa tentang bahan kimia dalam produk bayi ni. Jadi terpaksalah blogwalking untuk menambah pengetahuan dan membuang rasa was-was ni demi untuk anak yang tersayang. So terjumpa lah blog ni, safiyyah osman yang memberitahu saya tentang paraben ni.


Baligh Lebih Awal. (Early Puberty)
Kebolehan paraben meniru hormon lain menyukarkan sistem endokrin berfungsi sempurna.


Maka akan menyebabkan kanak-kanak perempuan boleh baligh lebih awal contohnya seawal lapan tahun. Para pengkaji paraben mendapati bahawa, pembesaran buah zakar dan buah dada kepada kanak-kanak lelaki juga boleh berpunca daripada paraben.


Sebelum beli apa-apa produk samada untuk diri sendiri atau untuk bayi anda pastikan adakah ia selamat?
Jadi, saya minta pada ibu-ibu dan bapa-bapa sekalian, lepas baca entry ni terus tengok pada botol produk penjagaan bayi korang. Baca pada ruangan bahan (ingredient) ada tak tertulis Butylparaben, Ethylparaben, Heptylparaben, Methylparaben atau pun Propylparaben? Produk penjagaan bayi ni termasuklah pencuci botol bayi tau. Sebab saya dah terjumpa satu pencuci botol bayi jenama terkenal ni yang mengandungi paraben.

Setelah saya tahu tentang paraben ni alangkah susahnya nak cari produk penjagaan bayi yang betul-betul bebas paraben. Sebelum beli apa-apa produk jangan lupa tau pastikan hanya produk penjagaan yang selamat sahaja diberi pada anak-anak korang. Lebih baik cuci botol dengan air je dari cuci menggunakan bahan kimia betul tak?

Pastikan produk penjagaan bayi anda paraben free









*** Kenyataan atau produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit..Hubungi saya di 019-9084549 (call/sms) atau email razfura@gmail.com untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut.***

Thursday 5 December 2013

Menyusukan Anak Angkat-Pengalaman Seorang Ibu Angkat

Saya Menyusukan Anak Angkat Saya:
Bunyinya kedengaran pelik, tetapi sebenarnya tidak.
Selepas dua tahun mengalami keguguran dan gagal mengandung melalui kaedah persenyawaan tabung uji, sedangkan anak perempuan saya tidak sabar untuk mempunyai seorang adik dan kami sendiri inginkan seorang lagi anak, kami memulakan proses pengambilan anak angkat.

Memandangkan pengajian kami hampir tamat, kami pun mula mencari seorang bayi di Ontario, melalui Internet dan di Amerika Syarikat. Seminggu sebelum kami sepatutnya mendaftar, kakak ipar saya berjumpa dengan doktornya. Walaupun sedang mengandung, perutnya tidak kelihatan, dan dia bertanya kepada doktor bagaimana perkara itu boleh berlaku. Doktor memberitahu bahawa itu adalah perkara biasa. Dia sendiri mempunyai seorang pesakit yang sedang mengandung 36 minggu tetapi tiada siapa yang perasan. Doktor ini seterusnya memberitahu bahawa wanita muda ini sedang mencari seseorang untuk mengambil bayinya sebagai anak angkat.

Kakak ipar saya menghubungi saya dan kami berdua menangis di telefon. Selepas mengalami keguguran selama beberapa tahun, saya merasakan bahawa hidup saya yang malap dan sunyi akan ceria kembali. Saya berjumpa dengan doktor tersebut dan memberikannya “surat kelahiran” kami, iaitu surat kepada ibu-ibu kandung menyatakan siapa kami dan mengapa keluarga kami sesuai menjadi keluarga angkat kepada bayi mereka. Doktor tersebut mengemukakan beberapa pucuk surat kelahiran kepada wanita itu. Dia memilih kami dan kami mengaturkan satu pertemuan. Kami berjumpa di pejabat peguam dan berbual-bual panjang dengan mesra. Kami bercerita mengenai impian masing-masing – dia dengan pengajiannya di universiti dan kami dengan impian untuk mempunyai seorang lagi anak. Kami berterus terang mengenai keinginan kami untuk mengambil anak angkat.

Kami semua menunggu kelahiran bayi itu. Penantian selama 2 minggu menjadi 4 minggu. Tempoh 4 minggu ini ialah apa yang saya perlu untuk merangsang pengeluaran susu. Sebaik sahaja mendapat tahu bahawa kami boleh mengambil bayi ini, saya telah menghubungi pakar laktasi, Dr. Jack Newman. Dia menasihatkan saya supaya mengepam buah dada saya setiap 3 jam dengan pam elektrik. Ia adalah kaedah yang baik untuk melambatkan pergerakan saya dan merangsang naluri keibuan seperti seorang yang mengandung 9 bulan. Dr. Newman memberikan ubat yang dipanggil domperidone, iaitu sejenis ubat yang mempunyai kesan sampingan yang boleh menyebabkan kebocoran buah dada. Selepas 10 hari, saya dapat merasa beberapa titik cecair keluar dan selama beberapa hari dapat melihat cecair yang berharga itu. Saya menghasilkan satu sudu susu dari kedua-dua belah buah dada sebelum bayi itu lahir.

Ibu kandung bayi itu tegar dengan keputusannya untuk memberikan anaknya. Memandangkan dia tidak mahu bayi itu berada di bilik kanak-kanak seorang diri selepas dilahirkan, dia mahu kami berada di hospital sebaik sahaja bayi itu dilahirkan. Saya dan suami menunggu dengan bapa wanita itu di bilik menunggu, sementara ibunya berulang-alik ke bilik bersalin. Apabila bayi itu dilahirkan, kami dipanggil ke bilik bersalin. Nenek kandung bayi itu meletakkan anak kecil itu di pangkuan saya dan doktor membawa kami ke bilik kami di hospital tersebut. Saya lantas menyuakan buah dada saya kepada bayi itu dan dia menyusu sepanjang malam. Kegembiraan saya tidak tergambar pada waktu itu.

Keesokan harinya, kami semua meluangkan masa bersama – bayi itu, ibu kandungnya, neneknya, anak perempuan saya, suami dan saya sendiri. Kemudian ibu kandung bayi itu membenarkan kami pulang untuk memulakan proses ikatan.

Pada mulanya, kadar pertambahan berat badan bayi itu agak perlahan. Dr. Newman dan jururawatnya menggalakkan saya untuk mengkompres (mengepam menggunakan tangan) buah dada saya semasa menyusukan. Ini membolehkan susu keluar dengan lebih cepat. Kami mencuba 6 jenis teh herba yang dikatakan boleh membantu pengeluaran susu dan susu saya bertambah dua kali ganda. Pada lawatan seterusnya, mereka menyuruh saya mencuba kapsul biji benih Fenugreek yang mana seperti domperidone juga menambah pengeluaran susu. Susu saya bertambah dua kali ganda lagi, dan berat badan bayi saya bertambah dengan cepat dan dia terus membesar.

Saya berharap saya boleh menyusukan bayi saya tanpa bantuan susu tepung, tetapi saya tidak boleh membiarkan dia kelaparan demi memuaskan hati saya. Dr. Newman dan pembantu-pembantunya yang baik hati menunjukkan kepada saya bagaimana mendapatkan lebih susu melalui cara perubatan, penggunaan herba dan secara manual. Mereka benar-benar memberikan sokongan terhadap penyusuan bayi secara amnya serta penyusuan anak angkat.

Kaedah yang dikenali sebagai “penyusuan basah” ini mempunyai sejarahnya tersendiri. Ia dianggap suatu pekerjaan yang mulia bagi seorang wanita hingga pertengahan abad yang lepas. Ibu susu ialah wanita yang menyusukan anak orang lain. Menyusukan anak angkat tidak sama dengan penyusuan basah kerana wanita seperti saya menyusukan bayi yang merupakan anak kami sendiri dari segi perundangan dan juga emosi, dan bukannya sekadar suatu tugas. Walaupun penyusuan basah tidak banyak dipraktikkan di Amerika Utara pada hari ini, ia memainkan peranan yang penting bagi wanita dan kanak-kanak di negara-negara yang dilanda bencana alam dan peperangan.

Terdapat ramai wanita yang tidak boleh atau memilih untuk tidak menyusukan, dan bayi mereka masih membesar dengan sihat. Penyusuan bukanlah satu-satunya cara untuk membentuk ikatan, tetapi ia merupakan satu cara untuk saya membentuk keakraban dari segi fizikal dengan anak angkat saya.
Selepas 12 bulan, saya masih lagi menyusukan anak saya, dan ia akan berterusan selama beberapa waktu, walaupun saya terpaksa kerap mengambil pil dan teh herba.

Penyusuan tidak dapat mengubah hakikat bahawa anak saya telah kehilangan keluarga kandungnya. Tetapi kami percaya bahawa dengan bersikap terbuka dan dengan memberikan kasih sayang dan kebahagiaan kepadanya, anak angkat kami akan berjaya melalui suka duka kehidupannya.

RAWATAN PERMULAAN DAN RAWATAN HARIAN: Inilah cara rawatan sebenar yang saya ikuti. Ianya bukan untuk mereka yang lemah semangat dan tiada jaminan bahawa ianya berkesan bagi setiap orang. Saya benar-benar berharap saya mempunyai panduan untuk diikuti semasa saya mula-mula menjalaninya supaya saya tidak berasa begitu khuatir. Sila hantarkan maklumbalas mengenai pengalaman dan pendapat anda berhubung perkara berikut:

PENGEPAMAN: Selama 4 minggu saya menggunakan pam elektrik setiap 3 jam selama 20 minit setiap kali. Saya bahagikan setiap sesi kepada 6-7 minit pusingan dengan pengepaman rendah, sederhana dan kemudian tinggi. Saya tidak mengepam pada waktu malam, tetapi saya melakukannya hingga pukul 11.00 malam, iaitu ia bermakna saya mengepam sebanyak 5-6 kali sehari.

UBAT: Saya mulakan dengan mengambil ubat yang dipanggil “domperidone maleate” yang ditentukan oleh pakar kesuburan pada 30mg/hari. Pakar laktasi pula menaikkan dos kepada 80mg/hari. Ubat ini adalah dalam bentuk pil 10mg.

TEH HERBA: Komfrei, rasberi, jelatang, klover merah, daun alfalfa dan adas. Saya masih lagi mengambil 6 cawan teh setiap hari, setiap jenis herba, ditambah dengan satu uncang teh fenugreek.

KAPSUL HERBA: Kapsul Blessed Thistle dan Fenugreek. Fenugreek,  seperti juga domperidone, mudah dihadam dan ia juga menambah penghasilan susu.

RAWATAN HARIAN: Saya mengambil pil/herba berikut empat kali sehari dengan secawan teh dan kemudian secawan lagi teh pada masa di antaranya (jumlah teh 6-7/hari)
Rawatan pil 4 x sehari pada pukul 7:30 pagi /11:30 pagi / 3:00 petang / 7:30 petang

1) 2 x Domperidone - (jumlah 20 mg)
2) 2 x Kapsul Fenugreek - (jumlah 1410 mg)
3) 2 x Blessed Thistle - (jumlah 870 mg)
4) 1 cawan teh dengan 2 uncang, Fenugreek campur salah satu daripada 6 herba di atas
5) dan secawan teh lagi seperti di atas selang di antara pil
6) Saya sering mengepam menggunakan tangan semasa menyusukan (terutamanya dalam masa 6 minggu yang pertama).

Saya mempunyai cukup susu walaupun tidak sebanyak seperti semasa anak perempuan saya dilahirkan. Sewaktu menyusukannya, saya sering mengalami percikan dan kebocoran. Sekarang, kadang kala saya mengalami kebocoran, tetapi tiada lagi percikan. Kadang kala apabila bayi saya terlalu lapar, saya merasakan saya tidak punya susu yang cukup, tetapi itu ialah perkara biasa bagi ibu-ibu yang menyusukan.
Yang tersebut di atas adalah jadual dan cara rawatan saya sekarang. Saya tidak tahu berapa ramai wanita yag berminat dengan kaedah yang memenatkan ini kerana anda terpaksa kerap memeriksa diri dan terpaksa mengambil pelbagai jenis makanan, pil dan teh. Kadang kala hingga sekarang pun jika susu saya berkurangan, saya terpaksa menambah pengambilan teh sebanyakk tiga kali ganda atau menambah jumlah kapsul fenugreek. Saya faham dan selesa deengan keadaan badan saya, jadi ianya tidaklah terlalu sukar, tetapi bagi sesetengah wanita, ia mungkin  terlalu membebankan.

Badan kita memang menakjubkan kerana ia sangat responsif terhadap persekitarannya. Saya merasakan bahawa kami memang ditakdirkan untuk mengambil anak angkat. Kami sungguh  bertuah kerana mendapat seeorang anak sepertinya.

Nota kaki : Artikel di atas merupakan pengalaman sebenar seorang ibu angkat. Artikel yang saya ambil dari internet. Pengalaman di atas sangat berguna untuk diamalkan oleh ibu-ibu angkat yang berhasrat untuk menyusukan anak angkat mereka. Namun untuk pendapat peribadi saya, cara di atas agak susah dilakukan sebab terdapat supplemen dan ubatan yang tidak terdapat di Malaysia atau pun susah dicari di Malaysia. Tapi jangan down sebab masih ada banyak cara lain untuk mengeluarkan susu badan oleh ibu angkat. Jika korang berhasrat untuk menyusukan anak angkat korang, jangan malu-malu untuk bertanya. In Shaa Allah, saya boleh bantu korang merealisasikan hasrat korang tu. Hubungi saya untuk maklumat lanjut mengenai penyusuan anak angkat. Dapatkan juga tawaran istimewa dari saya khas untuk bakal serta ibu-ibu angkat yang berhasrat untuk menyusukan anak angkat.


*** Kenyataan atau produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit..Hubungi saya di 019-9084549 (call/sms) atau email razfura@gmail.com untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut.***

PCOS (Polycystic Ovary Syndrome)

Pernah tak dengar tentang PCOS ni? Mungkin ramai yang tak tahu apa itu PCOS ni. PCOS ni singkatan untuk Polycystic Ovary Syndrome. Menurut wikipedia, PCOS ni merupakan gangguan endokrin yang menjejaskan 5-10% wanita daripada semua bangsa.

Keadaan ovari penghidap PCOS
Wanita yang mengalami masalah PCOS biasanya mengalami:

1)  Mempunyai kelebihan melampau hormon androgen. Hormon ini biasanya dikenali sebagai hormon lelaki walaupun wanita juga menghasilkan hormon androgen ini.
2) Haid yang tidak tetap atau tiada langsung haid
3) Mempunyai banyak cyst (sista) kecil di dalam ovari

Apa penyebab PCOS?

Punca atau penyebab PCOS ini masih belum diketahui. Tetapi kebanyakan pakar berpendapat bahawa PCOS ini disebabkan oleh beberapa faktor, termasuk faktor genetik. Wanita yang mengalami PCOS biasanya mempunyai ibu atau adik beradik perempuan yang juga mengalami PCOS.

Namun, punca yang paling utama sebagai penyebab PCOS ini adalah hormon yang tidak stabil. Bagi wanita yang mengalami PCOS, ovari mereka menghasilkan endrogen melebihi dari normal. Androgen adalah hormon lelaki yang juga dihasilkan oleh wanita. Peningkatan hormon tersebut akan menyebabkan gangguan ketika penghasilan telur ketika ovulasi.

Pakar juga mengaitkan bahawa PCOS berkait rapat dengan insulin. Insulin adalah hormon yang bertanggungjawab mengubah gula, kanji dan makanan lain kepada tenaga untuk tubuh badan samada digunakan atau disimpan. Kebanyakan wanita yang mengalami PCOS mempunyai terlalu banyak insulin di dalam tubuh mereka. Kadar insulin yang keterlaluan ini mengakibatkan meningkatnya penghasilan hormon endrogen. Ini akan mengakibatkan
1) Akne
2) Pertumbuhan rerambut yang melampau
3) Peningkatan berat badan
4) Masalah ovulasi

Simptom PCOS

Simptom PCOS ini adalah berlainan bagi setiap wanita yang mengalaminya. Namun, antara simptom PCOS ialah
a) Ketaksuburan - tidak mampu mengandung kerana ovulasi tidak berlaku. PCOS adalah masalah utama ketaksuburan di kalangan wanita
b) Haid yang tidak teratur atau langsung tidak didatangi haid
c) Hirsutism - Pertumbuhan rambut di muka, dada, perut, belakang, ibu jari kaki atau ibu jari tangan
d) Cyst di ovari
e) Jerawat, kulit berminyak dan kelumumur
f) Peningkatan berat badan atau obesiti. Biasanya peningkatan berat di bahagian pinggang
g) Alopesia - kebotakan corak lelaki
h) Akantosis nigrikans - tompok-tompok kulit yang gelap dan yang bewarna sawo matang dan perang atau hitam
i) Akrokordon - kulit yang tersiat
j) Tempoh berpanjangan gejala seakan PMS (sindrom tekanan pra haid) - kembung, angin tidak tetap, sakit pelvis, sakit belakang
k) Apnea tidur - keadaan di mana pesakit berhenti bernafas seketika ketika sedang tidur

Risiko Penghidap PCOS

Wanita yang mengalami PCOS menghadapi risiko berikut:
  • Hiperplasia endometrium dan kanser endometrium (kanser lapisan uterus) adalah mungkin, akibat penumpukan lapisan uterus yang berketerlaluan, serta juga kekurangan progesteron yang diakibatkan oleh perangsangan sel-sel uterus yang berpanjangan oleh estrogen
  • Kerintangan insulin/Diabetes Type 2 yang umumnya dianggap sebagai akibat hiperinsulinemia
  • Dislipidemia (gangguan metabolisme lipid iaitu kolesterol dan trigliserida)
  • Penambahan berat badan
  • Tekanan darah tinggi
  • Penyakit kardiovaskular
Sesetengah data membayangkan bahawa wanita-wanita dengan PCOS mempunyai risiko keguguran yang lebih tinggi. Wanita-wanita tersebut juga mengalami kesusahan untuk mengandung, akibat kitaran-kitaran haid yang tidak tetap serta kekurangan pengovuman. Bagaimanapun, wanita-wanita dengan PCOS boleh mengandung dengan bantuan ubat, khususnya Metformin serta diet.

*** Kenyataan atau produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit..Hubungi saya di 019-9084549 (call/sms) atau email razfura@gmail.com untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut.***

Friday 19 July 2013

Set Kurus Shaklee


Kurus Secara Sihat Tanpa Berlapar

Ramai yang cuba untuk kurus mengamalkan diet yang salah malah ada yang sanggup berlapar semata-mata untuk kurus. Ada juga yang membuang pengambilan kumpulan makanan tertentu seperti karbohidrat dan lemak dalam pemakanan mereka untuk kurus. Diorang ni tak sedar yang cara diorang ni salah dan tak sihat.

Untuk kurus tanpa berlapar ni sebenarnya bukan mustahil. Set kurus Shaklee boleh membantu anda mengurangkan berat badan secara sihat. Tindakan Set Kurus Shaklee ni ada 3 cara:

  1. Membakar lemak - Lecithin,/ Omega Guard
  2. Membuang lemak atau mendetox - Herb Lax / Alfalfa
  3. Membina otot dan meningkatkan metabolisma - Cinch / ESP
Kalau anda klik pada link yang terdapat pada nama-nama produk di atas, anda akan dapati yang produk-produk dalam set kurus ni juga mempunyai khasiat lain contohnya Lecithin yang juga membantu mencantikkan kulit, Omega Guard yang membantu meningkatkan sistem imun dan banyak lagi. Korang bacalah sendiri ye hehehehe. Jom tengok fungsi produk-produk ni untuk tujuan kurus ni.
  • Lecithin - Membantu proses pemecahan lemak
  • Omega Guard - Membantu proses memecahkan lemak dan mengawal selera makan
  • Herb Lax - Membantu membersihkan usus. Segala toksin, lemak dan lendir yang terdapat pada dinding usus akan dibuang melalui pembuangan air besar. Bila dinding usus dah bersih, barulah tubuh kita boleh menyerap nutrien secara optimum.
  • Alfalfa - Bertindak sebagai fiber yang mengangkut keluar lemak-lemak yang dah dipecahkan 
  • Cinch - Terdapat dalam tiga perisa iaitu coklat, vanilla dan cafe latte. Membantu mengekalkan otot masa proses kurus jadi takde lah badan anda menggeleber bila dah kurus nanti.
  • ESP - Sumber protein. Indeks Glisemik yang rendah membantu proses mengurangkan berat badan

Kalau nak kurus tapi bajet kurang, jangan risau sebab saya boleh bantu anda untuk memilih produk yang sesuai dengan bajet anda tu. Bukan kena ambil semua produk ni baru boleh kurus. Hubungi saya untuk cara konsultasi percuma menurunkan berat badan.


*** Kenyataan atau produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit..Hubungi saya di 019-9084549 (call/sms) atau email razfura@gmail.com untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut.***

Kesilapan Ketika Mengurangkan Berat Badan

Dah berbulan-bulan anda mencuba menurunkan berat badan. Berbagai-bagai cara telah anda cuba tetapi berat badan masih kekal. Makan pun dah dikawal. Bersenam setiap hari. Bila timbang berat masih tak turun. Kalau turun pun terlalu sikit, mungkin hanya 100gram. Mula lah rasa tak berbaloi berkorban macam-macam demi untuk menurunkan berat badan. Kenapa ye?





Makanan

Kebanyakan daripada anda yang sedang berdiet pandai memilih makanan namun begitu cara hidangannya yang selalunya salah. Pilihan anda untuk makan salad itu sememangnya bagus. Tetapi janganlah terlalu banyak campuran thousand island atau minyak zaitun. Cara masakan juga penting. Sememangnya bagus untuk mengambil lebih protein tetapi sekiranya anda memilih ikan yang digoreng daripada ikan yang dipanggang, diet anda akan menjadi kurang berkesan.

Senaman

Pada awalnya, anda akan bersungguh-sungguh bersenam sehingga satu jam tetapi ini hanya bertahan selama seminggu. Jangan biarkan ini berlaku. Senaman yang konsisten membantu anda mengurangkan berat badan. Mulakan dengan berjalan selama 20 minit dan lakukannya sebanyak 3 kali seminggu. Setelah metabolisme badan sudah dapat menerima senaman mingguan anda, tambahkanlah masa senaman kepada 30 minit. Jangan terlalu ekstrem. Sekiranya badan anda terkejut, anda akan merasa cepat letih dan kurang motivasi untuk teruskan matlamat anda untuk mengurangkan berat badan.

Percaya Dengan Pil Kurus

Memang banyak pil kurus terjual di pasaran dan melihat daripada testimoni penggunanya, anda akan terus membeli tanpa usul periksa. Pil kurus mungkin mampu membuat anda kurus dalam masa yang pantas tetapi ia juga membuatkan berat anda naik dengan lebih mendadak. Kajian turut menunjukkan pil kurus boleh menghakis tali perut anda dan membahayakan kesihatan. Sekiranya anda mahu hasil yang sementara, mungkin pil kurus adalah pilihan yang tepat.

Minum Air Berkalori

Ramai yang berpendapat sekiranya kurangkan makan dan minum minuman coklat akan membuatkan anda merasa kenyang dan kurang makan. Anda salah. Satu kajian di Amerika menunjukkan 21 peratus rakyat Amerika naik berat badan kerana air yang diminum. Sekiranya anda minum, ia hanya akan melegakan rasa dahaga dan sekiranya anda merasa dahaga kembali, perasaan lapar itu akan timbul juga.

Credit

*** Kenyataan atau produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit..Hubungi saya di 019-9084549 (call/sms) atau email razfura@gmail.com untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut.***

Tambah Berat Badan

Ramai yang inginkan tubuh yang kurus..Tapi kalau terlalu kurus macamni??

Banyak produk yang dijual di pasaran untuk menurunkan berat badan.Supplemen untuk menambah berat badan jarang terdapat di pasaran.Mungkin orang ramai anggap yang menaikkan berat badan ni semudah ABC je tapi sebenarnya menaikkan berat badan kepada berat badan yang ideal ni sama susahnya dengan menurunkan berat badan.

Kalau anda berhasrat untuk menaikkan berat badan boleh lah cuba Set Weight Gain Shaklee ni yang terdiri daripada Meal Shake, Vita Lea dan B Complex.Boleh lah bergaya dengan baju bermacam-macam fesyen Raya ni.Hehehe maklumlah kalau terlalu kurus pakai kebaya nampak straight je.Kalau berisi sikit barulah nampak cantik je baju yang dipakai.

Set Tambah Berat Badan Shaklee


Dalam Set Tambah Berat Badan Shaklee ini terkandung Meal Shakes, B Complex dan Vita Lea :
  • Meal Shakes - Membekalkan 35% atau lebih nilai harian bagi 19 vitamin dan mineral yang penting. Kaya dengan kalsium, fiber dan protein. Rasanya pun sedap macam milk shake kat McD. Protein amat penting dalam penambahan berat badan ni kerana pengambilan protein boleh mengisi keperluan tubuh sebab protein adalah asas kepada pemakanan tubuh badan sama ada nak tambah berat ke, nak kurus ke, nak cantik ke....semua ni perlukan protein. Protein juga membantu penyerapan yang lebih baik ke atas supplemen yang kita ambil
  • B Complex - Mengandungi 8 jenis vitamin B yang penting untuk badan, mengawal atur kadar metabolisma dalam badan, menggalakkan kesihatan sistem kardiovaskular, mengurangkan rasa letih, tekanan perasaan dan meningkatkan sistem pertahanan badan. B Complex ini juga meningkatkan selera makan.
  • Vita Lea - Dilengkapi dengan 28 jenis vitamin dan juga mineral yang diperlukan oleh tubuh badan kita. 
In shaa Allah kalau amalkan set tambah berat badan Shaklee ni, masalah tubuh badan yang terlalu kurus boleh dipulihkan. Kepada sesiapa yang dikurniakan tubuh badan yang kurus atau sekeping ni jangan rasa rendah diri sampai mengundang stress. Boleh cuba set tambah berat badan ni yang membantu anda menambah berat badan dan memiliki tubuh badan yang sihat.

*** Kenyataan atau produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit..Hubungi saya di 019-9084549 (call/sms) atau email razfura@gmail.com untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut.***

Teknik Marmet Yang Ibu Menyusu Perlu Tahu

Apa Itu Teknik Marmet?
Teknik Marmet adalah satu cara pengeluaran susu ibu menggunakan tangan semata-mata tanpa menggunakan sebarang alatan lain terutamanya pam.




Sekiranya teknik ini diamalkan dengan cara yang betul, kadar pengosongan kilang susu adalah jauh lebih baik daripada menggunakan pam. Ini kerana, kita lebih mengenali tubuh badan kita sendiri dan tahu di mana kunci atau pun aliran khusus yang perlu diperah.

Di samping itu, Teknik Marmet ini juga sebenarnya mampu menghasilkan lebih banyak pengeluaran susu berbanding menggunakan bantuan pam. Mengapa ini berlaku? Ini kerana, apabila kita menggunakan tangan, maka berlakulah 'sentuhan kulit ke kulit' yang mana mampu merangsang penghasilan susu. Seterusnya membantu kita mendapat lebih banyak bilangan 'let down reflex' iaitu situasi di mana susu memancut keluar dengan kadar yang banyak dan laju tanpa perlu usaha yang banyak. Pada waktu ini, payudara kita akan mengalami rasa yang agak berdenyut dan membengkak.

Berbanding dengan pam yang semestinya berunsurkan plastik ataupun getah, menyebabkan tubuh badan kita tidak bertindak balas dengan sewajarnya bagi menghasilkan susu. Paling penting, Teknik Marmet tidak cerewet dan mudah diuruskan kerana ia hanya memerlukan tangan untuk memerah ;)


Bahaya Amalan Teknik Yang Salah
Apa jua yang kita lakukan, pasti bakal mengundang padah jika tidak dilakukan dengan betul. Begitu juga dengan Teknik Marmet.

Teknik Marmet yang tidak dipraktiskan dengan baik bakal merosakkan jaringan ataupun aliran-aliran susu pada payudara. Ia juga boleh membuatkan payudara kita menjadi melecet, merah mahupun bengkak. Selain itu, kita sendiri pasti serik untuk memerah menggunakan tangan pada masa akan datang dek rasa sakit dan perit yang kita alami.


Cara Memerah
1. Teknik Marmet hanya memerlukan 3 jari iaitu ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah.

2. Jari-jari ini perlu diletakkan di atas kawasan aerola (sedikit atas, lebih kurang 1cm dari kawasan aerola).
3. Letakkan ibu jari di bahagian atas aerola (kita panggil situasi pukul 12). Letakkan jari telunjuk dan jari tengah di bahagian bawah aerola (pukul 6).


Dapat dilihat, jari telunjuk dan jari tengah perlu berada setentang dengan ibu jari. Apabila jari telunjuk dan jari tengah berada pada kawasan 'pukul 5' sedangkan ibu jari di kawasan 'pukul 12', ia adalah salah. Begitu juga apabila jari bawah itu berbentuk melingkari payudara ia juga salah. Pastikan dengan teliti kedudukan ketiga-tiga jari ini.

4. Tanpa meregangkan jari, dorong jari-jari tadi ke arah dada. Individu yang mempunyai payudara yang bersaiz agak besar, perlu angkat payudara dahulu sebelum mendorong ke arah dada. Lakukan dalam gerakan memutar dan lembut seperti sedang menggeletek. Lakukan dari kawasan atas menuju sehingga ke aerola. Payudara juga boleh digoncang dengan lembut secara memutar.

5. Sewaktu jari-jari berada jauh dari kawasan aerola, gerakan ini dipanggil PUSH dan apabila jari-jari berada di kawasan aerola, ia dipanggil ROLL. Tekan kilang-kilang susu menggunakan jari dengan lembut sehingga kosong. Teknik yang betul tidak akan mendatangkan rasa sakit kepada anda. Pastikan anda menggunakan TIGA JARI yang dinyatakan tadi, bukan jari-jari lain mahupun tapak tangan.

6. Ulangi langkah secara berentak seragam, mengikut rythm. Push, roll, posisi jari yang tepat, push dan roll semula. Ulang sehingga kilang susu kosong.

7. Putar gerakan mengikut arah jam atau berlawanan. Pastikan kedudukan jari di dalam kedudukan 12-6, 11-5, 10-4 dan seterusnya. Jalani setiap putaran sehingga kilang susu kosong.

8. Gunakan tiga jari utama itu pada tangan bersamaan setiap payudara. Contohnya payudara kanan, gunakan tiga jari tangan kanan. Bagi payudara kiri, gunakan tiga jari daripada tangan kiri.



Elakkan!
1. Menekan sambil mendorong/mengheret jari jemari anda. Tindakan ini boleh membuatkan payudara melecet.

2. Menarik-narik puting payudara. Tindakan ini boleh merosakkan lapisan-lapisan lemak pada aerola.

3. Meramas-ramas payudara (squeeze). Tindakan ini akan melukai payudara anda dan memberi kesan kepada kilang susu anda. Payudara juga cenderung bengkak apabila anda melakukannya.

Credit to kak anum

*** Kenyataan atau produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit..Hubungi saya di 019-9084549 (call/sms) atau email razfura@gmail.com untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut.***

Monday 15 July 2013

Menyusukan Anak Angkat-Kaedah (Bahagian 1)

Menyusukan anak angkat bukan mustahil dilakukan walaupun si ibu angkat tidak pernah mengandung

Kalau sebelum ini saya pernah menulis mengenai penyusuan anak angkat dari segi hukum dan syarat dalam Islam, hari ini saya nak berkongsi ilmu mengenai cara-cara mengeluarkan susu bagi ibu-ibu angkat yang tak pernah mengandung atau tak pernah mempunyai susu badan. Boleh baca hukum dan syarat penyusuan anak angkat DI SINI. Menyusukan anak angkat ini memang penting lebih-lebih lagi bagi keluarga Islam.

Bila seorang ibu angkat boleh start mengeluarkan susu badannya untuk menyusukan bayi? Kalau tanya saya soalan macamni...jawapan saya cuma satu...bila-bila sahaja si ibu bersedia untuk menyusukan anak angkatnya dan sebaik-baiknya sebelum si anak berusia dua tahun sepertimana syarat yang ditetapkan oleh hukum syarak supaya si anak menjadi mahram kepada ibu bapa angkatnya. Namun kat sini, saya nak kongsi persediaan yang boleh dilakukan oleh si ibu angkat dalam mengeluarkan susu ibu jika si ibu mempunyai masa 6 bulan, kurang dari 6 bulan dan sekiranya bayi telah pun dalam pelukan si ibu. Kalau saya rasa penat menaip sekaligus hari ni saya mungkin akan sambung entry ni secara berepisod. Hehehe dah macam drama samarinda ada episod-episod pulak.

Panduan Mengeluarkan Susu Badan Bagi Ibu Angkat Yang Mempunyai Masa 6 Bulan

Biasanya, seorang ibu angkat membuat keputusan untuk mengambil anak angkat adalah sebelum bayi tersebut lahir. Jika mengambil anak angkat dari jabatan kebajikan masyarakat atau NGO-NGO yang menguruskan pengambilan anak angkat, biasanya mereka meminta ibu angkat memberitahu mereka tarikh si ibu angkat bersedia menimang anak angkat sebelum 'menjodohkan' ibu angkat dengan bayi yang bakal lahir. Jadi, ini memberi kelebihan kepada seorang ibu angkat untuk menyediakan diri mengeluarkan susu badan 6 bulan sebelum bayi lahir.

  1. Bagi ibu yang mempunyai tempoh masa 6 bulan sebelum kelahiran bayi, beliau boleh memakan pil perancang (Yasmin atau Microgestin) setiap hari bersama 10mg Domperidone 4 kali sehari selama 1 minggu. Penggunaan pil perancang pada peringkat awal ini adalah bertujuan merencat penghasilan susu ibu sebagaimana proses yang berlaku di awal kehamilan.
  2. Selepas seminggu, tingkatkan dos Domperidone kepada 20mg 4 kali sehari. Payudara akan mengalami sedikit perubahan saiz dan ini adalah normal.
  3. Terus kekalkan dos yang sama sehingga 6 minggu sebelum tarikh jangkaan bayi lahir.
  4. 6 minggu sebelum bayi lahir, hentikan pengambilan pil perancang tetapi teruskan dos 20mg Domperidone 4 kali sehari. Menghentikan pil perancang pada peringkat ini akan mengurangkan aras progesteron dan meningkatkan penghasilan prolaktin pula sebagai persediaan untuk mencetuskan susu ibu.
  5. 2 minggu kemudian, ibu boleh mula mengepam setiap 3 jam. Sebaiknya gunakan pam elektrik (double pumping hospital grade breastpump) untuk mendapatkan hasil yang baik. Apabila ibu mula mengepam ibu-ibu boleh menambah makanan penggalak susu ibu dalam nutrisi mereka seperti Fenugreek (halba) dan oat. Ibu juga harus meminum banyak air tetapi kurangkan pengambilan kopi (minuman berkafein) kerana kafein boleh mengurangkan kandungan air dalam badan.
  6. Pada peringkat ini susu ibu sepatutnya sudah hadir tetapi dalam kuantiti yang sedikit dan warna putih yang jernih sebelum mendapat susu yang sebenar selepas beberapa hari/minggu.
  7. Sebaik bayi lahir (jika boleh) ibu boleh terus cuba menyusukan bayi pada payudara ibu. Alternatif lain yang lebih baik, ibu kandung boleh menyusukan bayinya kerana kehadiran kolostrum daripada ibu adalah makanan paling baik untuk bayi baru lahir.
Panduan Mengeluarkan Susu Badan Bagi Ibu Angkat Yang Mempunyai Masa Kurang Daripada 6 Bulan

Bukan semua ibu angkat mempunyai masa selama 6 bulan sebelum tarikh bayi dijangka lahir. Maklumlah anugerah anak angkat adalah rezeki dari Allah S.W.T yang datang kepada kita kadang-kadang tanpa diduga.
  1. Makan pil perancang (Yasmin atau Microgestin) setiap hari selama 30-60 hari bersama 20mg Domperidone 4 kali sehari. 
  2. Selepas 30 hari, jika berlaku perubahan pada payudara (saiz bertambah, rasa tegang dan penuh) hentikan pengambilan pil perancang tetapi kekalkan dos Domperidone 20mg 4 kali sehari.
  3. Ibu juga boleh mula mengepam seperti panduan di atas.
  4. Ibu angkat boleh terus menyusukan bayi sebaik sahaja bayi lahir.
Artikel di atas saya ambil dari Sini

Panduan Mengeluarkan Susu Badan Bagi Ibu Angkat Yang Telah Menerima Anak Angkat

Ada juga ibu angkat yang mendapat short notice apabila menerima anak angkat. Samada dia hanya mempunyai tempoh kurang dari sebulan dari tarikh jangkaan bayi dilahirkan atau pun bayi telah pun lahir ketika ditawarkan anak angkat. Ada juga ibu angkat yang risau mengeluarkan susu terlalu awal sedangkan bayi tersebut belum tentu lagi menjadi miliknya. Macam-macam kemungkinan boleh berlaku dalam urusan pengambilan anak angkat. Tetapi ibu angkat jangan putus asa, tak kira bila atau bagaimana anda membawa pulang anak angkat peluang untuk menyusukan anak angkat dan menjadikan dia mahram tetap terbentang luas selagi bayi belum berusia 2 tahun.

Saya akan share panduan mengeluarkan susu badan bagi ibu angkat yang telah menerima anak angkat ini dalam entry selepas ni sebab saya dah penat menaip hehehehe.

*** Kenyataan atau produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit..Hubungi saya di 019-9084549 (call/sms) atau email razfura@gmail.com untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut.***


Wednesday 3 July 2013

Menyusukan Anak Angkat - Syarat dan Hukum

Masalah infertility merupakan salah satu penyebab seseorang itu mengambil anak angkat

Pada zaman sekarang, ramai pasangan yang mengambil anak angkat malah trend mengambil anak angkat juga berlaku pada mereka yang masih bujang tak kira lah lelaki atau perempuan. Kat Malaysia, pengambilan anak angkat berjantina lelaki dan perempuan hanya dibolehkan kepada wanita bujang manakala bagi lelaki bujang hanya anak angkat lelaki sahaja dibenarkan.

Bila mengambil anak angkat ni timbul masalah iaitu hubungan antara anak dan ibu bapa angkatnya. Hanya ada satu jalan supaya hubungan antara anak dan ibu bapa angkatnya boleh menjadi mahram. Iaitu dengan cara menyusui anak tersebut dengan susu badan. Syarat-syarat penyusuan yang ditetapkan oleh syarak ialah:
  1. Bilangan penyusuan hendaklah dengan lima kali penyusuan
  2. Susu yang dihisap mestilah sampai ke perut bayi
  3. Umur bayi tidak melebihi dua tahun mengikut pengiraan bulan qamariah
Untuk syarat pertama, penyusuan hendaklah lima kali penyusuan yang berasingan. Setiap kali penyusuan mestilah mengenyangkan bayi (maksud untuk syarat kedua iaitu susu yang dihisap sampai ke perut bayi). Cara nak tahu bayi tersebut kenyang biasanya apabila bayi itu kelihatan puas dengan penyusuan atau berhenti dengan sendiri akibat kekenyangan. Biasanya apabila bayi sendawa dan tertidur menandakan dia kekenyangan. Tetapi jika bayi berhenti menyusu untuk sendawa mengeluarkan angin kemudian menyambung semula penyusuan itu tidak dikira sebagai dua kali penyusuan kenyang. Sama juga jika menukar payudara ketika penyusuan, ini juga dikira sebagai sekali penyusuan.

Tiada Susu Ibu Untuk Menyusukan Bayi

Pada masa kini ibu bapa angkat sudah ramai yang sedar akan kepentingan menyusukan bayi angkat mereka dengan susu ibu supaya bayi menjadi mahram mereka. Namun timbul masalah apabila si ibu angkat tidak mempunyai susu ibu untuk menyusui bayi.

Firman Allah “Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut dan bertakwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan.”- al-Baqarah:233
“…kemudian jika mereka menyusukan (anak-anak)mu untukmu maka berikanlah kepada mereka upahnya, dan musyawarahkanlah di antara kamu (segala sesuatu) dengan baik; dan jika kamu menemui kesulitan maka perempuan lain boleh menyusukan (anak itu) untuknya” ( At-Thalaaq : 6 )

 Ibubapa angkat boleh melakukan inisiatif seperti di bawah jika timbul permasalahan ini:
  1.  Jika bayi itu adalah lelaki, si isteri boleh mengupah adik beradik perempuannya menyusukan bayi tersebut. Maka bayi itu akan menjadi anak susuan kepada adik perempuan atau kakak si isteri. Semua anak kepada adik beradik si isteri adalah mahramnya. Tetapi tidak menjadi mahram kepada suami dan adik beradiknya. Penjagaan hanya kepada batasan aurat lelaki(bayi itu) dengan lelaki(suaminya) sahaja.
  2. Jika bayi itu adalah perempuan, si isteri boleh mengupah adik beradik perempuan suaminya menyusukan bayi tersebut. Maka bayi tersebut akan menjadi anak susuan kepada adik perempuan suami atau kakak si suami. Semua anak kepada adik beradik si suami adalah mahramnya. Tetapi tidak menjadi mahram kepada si isteri. Penjagaan hanya kepada batasan aurat perempuan(bayi itu) dengan perempuan(si isteri) sahaja.
  3. Oleh yang demikian untuk memudahkan menjaga hubungan kekeluargaan(mahram) ialah dengan bayi lelaki atau perempuan itu disusukan oleh salah seorang dari adik beradik perempuan si isteri dan juga disusukan oleh salah seorang adik beradik perempuan si suami. Maka bayi itu boleh menjadi mahram kepada si isteri dan juga kepada si suami serta adik beradik mereka berdua.
Tujuan Menyusui Anak Angkat

Apabila bayi disusui oleh seorang wanita maka wanita itu akan menjadi mahram bayi tersebut. Hubungan anak itu dengan keluarga ibu susuan adalah sebagaimana hadith Nabi saw;
“Diharamkan kerana penyusuan sama seperti orang-orang yang diharamkan kerana nasab” – HR Imam al-Bukhari dan Muslim dari Ibnu ‘Abbas r.a

Ini bermakna anak itu menjadi mahram kepada ahli keluaga si ibu. Suami si ibu adalah bapanya, Ibu suami adalah neneknya, kakak/abang suami si ibu adalah ibu saudaranya/bapa saudaranya. Anak perempuan/anak lelaki suami si ibu adalah saudara perempuannya/saudara lelakinya. Yakni mahram kerana penyusuan. Harus dia berduaan dengan mereka jika aman fitnah dan haram ke atasnya mengahwini mereka. Aurat mereka di hadapannya sama seperti aurat mereka di hadapan mahram-mahram yang lain.

Namun tidaklah ia boleh mewarisi harta dari mereka kerana hak perwarisan dalam Islam hanya sabit dengan tiga faktor sahaja iaitu;
  1.  Kerana nasab; iaitu hubungan keturunan dan kekeluargaan.
  2. Kerana perkahwinan; iaitu hubungan antara suami dan isteri.
  3. Kerana wala'; iaitu hubungan antara hamba dan bekas tuannya.
Suami dan anak kandung ibu susuan tidak boleh manjadi wali kepada anak susuan kerana ia tidak termasuk dalam golongan wali nasab. Anak susuan itu juga tidak boleh dibinkan dengan bapa susuannya.

Hukum Menggunakan Ubat Atau Suntikan Untuk Mengeluarkan Susu Badan

Islam membenarkan wanita yang tidak melahirkan anak tetapi mengambil anak angkat, untuk menyusukan sendiri anak tersebut dengan bantuan rawatan perubatan.

Penegasan ini adalah berdasarkan pandangan Jumhur fuqaha’ yang tidak mensyaratkan seseorang wanita itu mesti hamil terlebih dahulu untuk menyusukan anak sepertimana pandangan Mazhab Hanbali, Syafie dan Hanafi yang menyatakan bahawa seorang perempuan yang hendak menyusukan seorang anak, tidak disyaratkan mempunyai suami yang menyetubuhinya.

Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa menggunakan ubat atau suntikan untuk merangsang pengeluaran susu badan adalah harus dengan syarat
  1. Wanita yang telah mencapai umur baligh sama ada telah berkahwin ataupun sebaliknya 
  2. Ubat atau hormon yang digunakan tersebut tidak mengandungi sebarang unsur-unsur najis atau mudharat. 
  3. Namun, keharusan ini tidak tertakluk bagi seorang lelaki yang berubah menjadi wanita melalui pertukaran jantina.
 Detail mengenai hukum penyusuan anak angkat ini boleh dibaca DI SINI

Oleh itu kepada ibubapa angkat atau pun mereka yang bakal mengambil anak angkat, jangan risau mengenai hubungan antara anak angkat dengan keluarga kita. Asalkan semua syarat di atas dipatuhi, maka si anak akan menjadi mahram kepada ibu dan bapa angkatnya. 

*** Kenyataan atau produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit..Hubungi saya di 019-9084549 (call/sms) atau email razfura@gmail.com untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut.***

Tuesday 2 July 2013

Siapa Aku Di Depan Tuhanku


Subuhnya
di mana aku berada
masih enak dalam kelambu rindu
sambil berpoya-poya dengan waktu
masa bagaikan menderu
langkah tiada arah tuju
fikiran terus bercelaru
terlupa aku semakin di hujung waktu
siapa aku di depan Tuhanku

Zohornya
aku lebih memikirkan kelaparan
kehausan dan rehatku
aku lebih mementingkan tuntutan jawatanku
aku bertolak ansur dengan waktu
aku gembira membilang keuntungan
aku terlupa betapa besarnya kerugian
jika aku menggadaikan sebuah ketaatan
siapa aku di depan Tuhanku

Asarnya
aku lupa warna masa
cepat berubah bagaikan ditolak-tolak
aku masih dengan secawan kopiku
terlupa panas tidak di hujung kepala
aku masih bercerita
tentang si Tuah yang setia dan si Jebat yang derhaka
siapa aku di depan Tuhanku

Maghribnya
aku melihat warna malam
tetapi aku masih berlegar di sebalik tabirnya
mencari sisa-sisa keseronokan
tidak terasa ruang masa yang singkat
jalan yang bertongkat-tongkat
ruginya bertingkat-tingkat
siapa aku di depan Tuhanku

Isyaknya
kerana masa yang panjang
aku membiarkan penat menghimpit dadaku
aku membiarkan kelesuan menggangguku
aku rela terlena sambil menarik selimut biru
bercumbu-cumbu dengan waktuku
siapa aku di depan Tuhanku

Kini aku tertanya-tanya
sampai bila aku akan melambatkan sujudku
apabila azan berkumandang lagi
aku tidak akan membiarkan Masjid menjadi sepi
kerana di hujung hidup ada mati
bagaimana jenazah akan dibawa sembahyang di sini
jika ruangku dibiarkan kosong
jika wajahku menjadi asing
pada mentari dan juga bintang-bintang

(Dipetik dari Diari Muslimin 2006 tahun hijrah 1426/1427)

*** Kenyataan atau produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit..Hubungi saya di 019-9084549 (call/sms) atau email razfura@gmail.com untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut.***

Bahayakah Anak Yang Mempunyai Imaginary Friend?

Umar in pink
Tu kawan Umar nama 'Pipi' tapi Umar dah tak main dengan Pipi, ibu sorok

Perkara ni baru je terjadi sebentar tadi. Ketika saya sedang memasak untuk makan malam, telinga saya menangkap suara Umar bermain dan ketawa. Bunyinya macam dia sedang mengagah,"Cak!cak!" kemudian ketawa. Saya intai dari dapur dan saya lihat dia seolah-olah sedang bermain agah-agah dengan seseorang yang tak kelihatan. Saya terus dapatkan Umar dan panggil nama nya. Saya tanya dia bermain dengan siapa walaupun saya tahu Umar belum pandai bercakap dan soalan saya tak akan dijawab kecuali dengan senyuman. Saya panggil suami yang sedang sibuk mengunci kereta. Bila saya ceritakan kepada suami, kami mengambil keputusan untuk tidak membiarkan Umar bermain sendiri.

Walaupun saya tahu tentang kewujudan kawan khayalan atau orang putih panggil imaginary friend ni, namun saya tak pernah terfikir yang fenomena kawan khayalan ini akan terjadi pada bayi seusia Umar. Biasa tu bila saya blogwalking atau pun forum walking, biasanya kawan khayalan ni terjadi pada kanak-kanak yang lebih besar, yang dah pandai bercakap.

Saya dan suami pernah berbincang mengenai imaginary friend dan kami memutuskan bahawa hanya kanak-kanak yang kesunyian sahaja yang akan mempunyai kawan khayalan. Ini kerana kami berdua tidak pernah mempunyai kawan khayalan ketika kecil kerana kami dikurniakan adik ketika kami masih kecil. Oleh sebab ada kawan untuk bermain, berbual dan bergaduh jadi kami tidak memerlukan kawan khayalan untuk menemani kami. Namun, Umar tidak mempunyai adik-beradik atau teman untuk dia berkawan. Oleh itu kemungkinan Umar mempunyai kawan khayalan adalah tinggi.

Saya agak bimbang kerana saya percaya kewujudan kawan khayalan ini ada kaitan dengan psikologi kanak-kanak. Mungkin ada yang mengatakan kawan khayalan ini adalah gangguan makhluk halus. Tak kisah lah apa pun puncanya, saya kurang selesa jika anak saya mempunyai kawan khayalan. Jadi saya pun blogwalking untuk mencari kebenaran di sebalik fenomena kawan khayalan ini. Ini saya dapat dari sini mengenai kawan khayalan.

Saya Boleh Nampak Dia… Mama Tak Nampak?
Jangan bimbang, si manja bukan nampak hantu; itu hanya kawan khayalannya!
Oleh Profesor Madya Dr Alvin Ng Lai Oon, Pakar Psikologi Klinikal

“Mama tak boleh duduk sini! Nanti Mama duduk atas Lina!” Aida menegur ibunya Puan Rosnah yang hendak meletakkan punggung di atas sofa di sebelahnya. Si ibu melihat tempat duduk yang kosong dan bertanya, “Siapa Lina?” dengan kening terangkat dan dahi berkerut. - Terpijak "halimunan"

Kanak-kanak kecil kadang-kalanya gemar bercakap sendirian sewaktu bermain trak dan kereta api atau bermain dengan anak patung mereka, yang setiap satu diberi nama seperti manusia. Ada kalanya si manja berbual atau bermain dengan seseorang yang tidak dilihat. Kawan imaginasi atau khayalan anak anda mungkin seorang kanak-kanak lain yang sebaya dengannya, seorang watak ajaib atau fantasi, atau mungkin juga seekor binatang.

Seseorang kawan khayalan boleh berubah mengikut peredaran masa, apabila si manja melalui fasa tertentu dalam hidupnya. Bagi sesetengah kanak-kanak, ‘kawannya’ mungkin datang sesekali atau muncul selang beberapa hari, manakala bagi yang lain ‘kawan’ itu adalah teman sepanjang masa. Anak anda akan melayan ‘kawannya’ seperti melayan kawan sebenar, kawan yang dilihatnya setiap hari dan boleh bermain bersama. Jadi, jangan terperanjat jika si manja memberitahu anda bahawa anda mungkin terpijak ‘kawannya’, atau anda duduk di tempatnya, atau meminta anda menyediakan tempat untuk ‘kawannya’ di meja makan apabila tiba waktu makan.

Adakah si manja anda kesunyian?
Bermain dengan kawan khayalan tidak bermakna anak anda kesunyian. Ia mungkin hanya bermakna si manja seronok bermain dengan seseorang selain kawan SEBENAR yang biasa menjadi teman sepermainannya setiap hari. Kawan khayalan membantu si manja anda berfikir secara lebih kreatif, membolehkan mereka melakukan sesuatu dengan cara yang berlainan. Ini juga adalah satu cara yang membolehkan anak anda mempraktikkan kemahiran sosial, agar mereka berasa lebih selesa dan lebih yakin apabila bertemu dengan kawan betul yang sebaya dengan mereka. Ada kalanya, mereka berpura-pura mempunyai kawan khayalan sematamata kerana ingin mempunyai seseorang yang boleh dikuasai dan mengikut telunjuk mereka, lebih-lebih lagi jika semua orang di sekeliling mereka cuba mengawal tindakan mereka. Kawan khayalan mungkin juga bertindak sebagai teman yang boleh dipercayai – tempat mencurah rahsia dan isi hati, kerana anak-anak kecil juga mempunyai isu yang terlalu peribadi atau takut diketahui oleh orang dewasa. Sebahagian daripada proses membesar

Ramai pakar mengakui bahawa kawan khayalan adalah sebahagian daripada norma hidup dan perkembangan kanak-kanak. Kawan khayalan bukan menimbulkan masalah, sebaliknya mereka boleh membantu anak-anak anda menangani beberapa tekanan dalam hidup mereka, dan juga melenyapkan sesetengah daripada ketakutan mereka. Apabila si manja memujuk ‘kawannya’ yang takut gelap, ini mungkin bermakna bahawa anak anda sebenarnya yang takut berada di tempat gelap. Dengan memujuk ‘kawannya’, bermakna si manja juga cuba mengatasi ketakutannya sendiri. Ia juga mungkin bermakna anda terlalu mendesak anak-anak lebih daripada yang sepatutnya, atau mengenakan terlalu banyak peraturan untuk mereka, menyebabkan mereka menyalahkan kawan khayalan mereka apabila mereka berkelakuan buruk atau melakukan kesilapan.

Ambil perhatian!
Si manja mungkin cuba memanipulasi anda menggunakan kawan khayalannya. Ada kalanya, kanak-kanak menggunakan ‘kawan’ mereka untuk mengelakkan daripada melakukan sesuatu yang tidak diingini.

Kalau anda tak boleh kalahkan mereka, ikut rentak mereka!
Ikut rentak si manja jika anda tidak pasti bagaimana untuk memberi respons kepada kawan khayalannya:
  • Jika si manja tidak mahu berkongsi ‘kawannya’, jangan cuba untuk bermain dengan mereka melainkan anda diminta. Biasanya anda akan diminta menyediakan sesuatu, seperti tempat untuk kawannya makan bersama, atau diminta tidak duduk di kerusi tertentu.
  • Si manja mungkin menggunakan ‘kawannya’ untuk "dipersalahkan" bagi sesetengah daripada perbuatan yang dilakukan, seperti menumpahkan susu atau memecahkan pasu bunga. Anda boleh mengajarnya dengan memberitahu si manja bahawa kemalangan boleh berlaku dan dia bersama ‘kawannya’ boleh membantu anda membersihkan tumpahan atau memungut serpihan pasu.
  • Cuba beri peluang kepada anak anda untuk bertemu dan bermain dengan kanak-kanak lain yang sebaya dengannya. Jika permainan dan aktiviti bersama mereka cukup menyeronokkan, minatnya terhadap ‘kawan istimewa’ akan beransur-ansur hilang dan si manja lebih suka bercampur gaul dengan budak lain.
  • Jangan memperbodohkan anak anda sekiranya dia mempunyai kawan khayalan, tetapi galakkannya supaya lebih berkawan dengan rakan sebayanya. Menghukum anak kerana mempunyai kawan khayalan boleh membawa lebih keburukan daripada kebaikan.
Kawan khayalan biasanya tidak menimbulkan masalah, dan jika si manja seronok bermain dengan budak lain dan melakukan aktiviti yang menyeronokkan bersama anda dan mereka, tidak ada apa-apa yang perlu anda risaukan. Apabila mereka besar dan mempunyai lebih ramai kawan ‘sebenar’ dan dapat menangani ketakutan mereka dengan lebih baik lagi, kawan khayalan mereka akan hilang dengan sendiri. Seandainya si manja anda terus memilih kawan khayalan sebagai teman bermain daripada menghabiskan masa dengan rakan sebayanya, anda patut renungkan apa yang sebenarnya berlaku dalam hidupnya dan berusaha untuk membolehkan anak anda merasai keseronokan bermain dalam kehidupan sebenar.

Walaupun kawan khayalan ini tak membahayakan, namun sebagai seorang ibu saya harap Umar tidak mempunyai kawan khayalan. Mungkin salah saya kerana sejak jerebu melanda saya tidak lagi membawa dia bermain bersama kawan-kawan di taman, apatah lagi sekarang saya sedang mengganti puasa. Mungkin Umar rindu kawan-kawan dia. Maafkan ibu, nak. Nampaknya ibu kena lah bagi Umar adik baru Umar ada geng nak main sama-sama hehehehe.
Dina (baju biru) dan Siti (baju kuning) antara kawan sebenar Umar
Dah lama tak keluar main, Umar rindu kawan-kawan dia

*** Kenyataan atau produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit..Hubungi saya di 019-9084549 (call/sms) atau email razfura@gmail.com untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut.***

Hamil Dengan GLA Complex Shaklee

Usah dihuraikan lagi, GLA Complex Shaklee memang produk wajib cuba bagi mereka yang ada perancangan untuk mendapatkan cahayamata. Bukanlah kata produk ini adalah set penyubur wajib hamil jika amalkannya, yang tu jadi taksub terlebih pula. Kita hanya berusaha, usaha selagi tidak bertentangan dengan agama dan tidak memudaratkan diri sendiri.





Ramai customer saya sebenarnya ambil GLA Complex ini untuk bantu kehamilan. Ada yang ambil sebab period tidak teratur. Kalau period kucar kacir memang agak sukar meramal waktu subur, jadi GLA Complex membantu dari segi itu. Bila sudah lancar period maka plan untuk merancang kehamilan jadi lebih mudah. Itu satu point yang memang nyata dan jelas.

Bukan cakap kosong tapi ramai sangat yang sudah mencuba GLA complex dan dapat hasil yang positif. Saya cukup teruja dan gembira dapat bantu mereka-mereka yang sangat memerlukan. Yelah siapa yang tidak mahukan zuriat kan. Penyambung warisan di kemudian hari. Juga zuriat adalah saham akhirat kita juga.


sangat comel kan saya?


Kali ini saya mahu kongsikan lagi mereka-mereka yang telah berjaya hamil. Ramai sebenarnya. Dan ini adalah antara insan yang bertuah itu.


hamil dengan gla complex



"Saya nak berkongsi cerita dgn semua warga SGL.. saya ada masalah period tak teratur lps bersalinkan anak no. 3 thn 2011.. dh mcm2 ubt saya cuba mkn tapi period tetap gak teratur. disember 2012 saya cuba amalkn GLA utk betulkan balik kitaran haid.. alhamdulillah period saya kembali normal dan 3 hr lepas saya telah dikejutkan berita yg saya disahkan hamil 6++ minggu wlpn saya mkn jamu utk mrancang hamil.. dasat tul penangan shaklee nih.. alhamdulillah"


gla shaklee bantu hamil

Ambil dari kak anum (thanks akak)


Banyak lagi kelebihan GLA Shaklee ni. Bukan semata-mata untuk kesuburan sahaja. Boleh baca di sini dan secara ringkasnya seperti di bawah:

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut
019-9084549 (Puan Safura)



*** Kenyataan atau produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit..Hubungi saya di 019-9084549 (call/sms) atau email razfura@gmail.com untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut.***


Monday 1 July 2013

Kebaikan GLA Shaklee

Kebaikan GLA Shaklee ni memang tak dapat dinafikan lagi
GLA yang terdapat dalam GLA Shaklee ni 2 kali ganda EPO (Evening Primrose Oil)
GLA Shaklee 3 kali ganda lagi power dari EPO
Kat bawah ni ringkasan kebaikan GLA Shaklee 
Ada banyak lagi manfaat GLA Shaklee ni boleh baca kat sini


Yang paling best sekali....offer bulan Julai ni
Beli 1 dapat 1
Beli 2 dapat 2
Beli 6 dapat 7 
Siapa nak bagi GLA free?
Tak rugi kalau beli bulan ni
Sebab harga GLA ni jauh lebih rendah dari harga ahli
Hubungi saya untuk keterangan lanjut 
019-9084549 (Puan Safura)


*** Kenyataan atau produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit..Hubungi saya di 019-9084549 (call/sms) atau email razfura@gmail.com untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut.***