Apa Itu Teknik Marmet?
Teknik Marmet adalah satu cara pengeluaran susu ibu menggunakan tangan
semata-mata tanpa menggunakan sebarang alatan lain terutamanya pam.
Sekiranya teknik ini diamalkan dengan cara yang betul, kadar pengosongan
kilang susu adalah jauh lebih baik daripada menggunakan pam. Ini
kerana, kita lebih mengenali tubuh badan kita sendiri dan tahu di mana
kunci atau pun aliran khusus yang perlu diperah.
Di samping itu, Teknik Marmet ini juga sebenarnya mampu menghasilkan
lebih banyak pengeluaran susu berbanding menggunakan bantuan pam.
Mengapa ini berlaku? Ini kerana, apabila kita menggunakan tangan, maka
berlakulah 'sentuhan kulit ke kulit' yang mana mampu merangsang
penghasilan susu. Seterusnya membantu kita mendapat lebih banyak
bilangan 'let down reflex' iaitu situasi di mana susu memancut keluar
dengan kadar yang banyak dan laju tanpa perlu usaha yang banyak. Pada
waktu ini, payudara kita akan mengalami rasa yang agak berdenyut dan
membengkak.
Berbanding dengan pam yang semestinya berunsurkan plastik ataupun getah,
menyebabkan tubuh badan kita tidak bertindak balas dengan sewajarnya
bagi menghasilkan susu. Paling penting, Teknik Marmet tidak cerewet dan
mudah diuruskan kerana ia hanya memerlukan tangan untuk memerah ;)
Bahaya Amalan Teknik Yang Salah
Apa jua yang kita lakukan, pasti bakal mengundang padah jika tidak dilakukan dengan betul. Begitu juga dengan Teknik Marmet.
Teknik Marmet yang tidak dipraktiskan dengan baik bakal merosakkan
jaringan ataupun aliran-aliran susu pada payudara. Ia juga boleh
membuatkan payudara kita menjadi melecet, merah mahupun bengkak. Selain
itu, kita sendiri pasti serik untuk memerah menggunakan tangan pada masa
akan datang dek rasa sakit dan perit yang kita alami.
Cara Memerah
1. Teknik Marmet hanya memerlukan 3 jari iaitu ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah.
2. Jari-jari ini perlu diletakkan di atas kawasan aerola (sedikit atas, lebih kurang 1cm dari kawasan aerola).
3. Letakkan ibu jari di bahagian atas aerola (kita panggil situasi pukul
12). Letakkan jari telunjuk dan jari tengah di bahagian bawah aerola
(pukul 6).
Dapat dilihat, jari telunjuk dan jari tengah perlu berada setentang
dengan ibu jari. Apabila jari telunjuk dan jari tengah berada pada
kawasan 'pukul 5' sedangkan ibu jari di kawasan 'pukul 12', ia adalah
salah. Begitu juga apabila jari bawah itu berbentuk melingkari payudara
ia juga salah. Pastikan dengan teliti kedudukan ketiga-tiga jari ini.
4. Tanpa meregangkan jari, dorong jari-jari tadi ke arah dada. Individu
yang mempunyai payudara yang bersaiz agak besar, perlu angkat payudara
dahulu sebelum mendorong ke arah dada. Lakukan dalam gerakan memutar dan
lembut seperti sedang menggeletek. Lakukan dari kawasan atas menuju
sehingga ke aerola. Payudara juga boleh digoncang dengan lembut secara
memutar.
5. Sewaktu jari-jari berada jauh dari kawasan aerola, gerakan ini
dipanggil PUSH dan apabila jari-jari berada di kawasan aerola, ia
dipanggil ROLL. Tekan kilang-kilang susu menggunakan jari dengan lembut
sehingga kosong. Teknik yang betul tidak akan mendatangkan rasa sakit
kepada anda. Pastikan anda menggunakan TIGA JARI yang dinyatakan tadi,
bukan jari-jari lain mahupun tapak tangan.
6. Ulangi langkah secara berentak seragam, mengikut rythm. Push, roll,
posisi jari yang tepat, push dan roll semula. Ulang sehingga kilang susu
kosong.
7. Putar gerakan mengikut arah jam atau berlawanan. Pastikan kedudukan
jari di dalam kedudukan 12-6, 11-5, 10-4 dan seterusnya. Jalani setiap
putaran sehingga kilang susu kosong.
8. Gunakan tiga jari utama itu pada tangan bersamaan setiap payudara.
Contohnya payudara kanan, gunakan tiga jari tangan kanan. Bagi payudara
kiri, gunakan tiga jari daripada tangan kiri.
Elakkan!
1. Menekan sambil mendorong/mengheret jari jemari anda. Tindakan ini boleh membuatkan payudara melecet.
2. Menarik-narik puting payudara. Tindakan ini boleh merosakkan lapisan-lapisan lemak pada aerola.
3. Meramas-ramas payudara (squeeze). Tindakan ini akan melukai payudara
anda dan memberi kesan kepada kilang susu anda. Payudara juga cenderung
bengkak apabila anda melakukannya.
Credit to kak anum
*** Kenyataan atau produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau
mencegah sebarang jenis penyakit..Hubungi saya di 019-9084549
(call/sms) atau email razfura@gmail.com untuk sebarang pertanyaan dan
maklumat lanjut.***
No comments:
Post a Comment