Umar in pink
Tu kawan Umar nama 'Pipi' tapi Umar dah tak main dengan Pipi, ibu sorok
Perkara ni baru je terjadi sebentar tadi. Ketika saya sedang memasak untuk makan malam, telinga saya menangkap suara Umar bermain dan ketawa. Bunyinya macam dia sedang mengagah,"Cak!cak!" kemudian ketawa. Saya intai dari dapur dan saya lihat dia seolah-olah sedang bermain agah-agah dengan seseorang yang tak kelihatan. Saya terus dapatkan Umar dan panggil nama nya. Saya tanya dia bermain dengan siapa walaupun saya tahu Umar belum pandai bercakap dan soalan saya tak akan dijawab kecuali dengan senyuman. Saya panggil suami yang sedang sibuk mengunci kereta. Bila saya ceritakan kepada suami, kami mengambil keputusan untuk tidak membiarkan Umar bermain sendiri.
Walaupun saya tahu tentang kewujudan kawan khayalan atau orang putih panggil imaginary friend ni, namun saya tak pernah terfikir yang fenomena kawan khayalan ini akan terjadi pada bayi seusia Umar. Biasa tu bila saya blogwalking atau pun forum walking, biasanya kawan khayalan ni terjadi pada kanak-kanak yang lebih besar, yang dah pandai bercakap.
Saya dan suami pernah berbincang mengenai imaginary friend dan kami memutuskan bahawa hanya kanak-kanak yang kesunyian sahaja yang akan mempunyai kawan khayalan. Ini kerana kami berdua tidak pernah mempunyai kawan khayalan ketika kecil kerana kami dikurniakan adik ketika kami masih kecil. Oleh sebab ada kawan untuk bermain, berbual dan bergaduh jadi kami tidak memerlukan kawan khayalan untuk menemani kami. Namun, Umar tidak mempunyai adik-beradik atau teman untuk dia berkawan. Oleh itu kemungkinan Umar mempunyai kawan khayalan adalah tinggi.
Saya agak bimbang kerana saya percaya kewujudan kawan khayalan ini ada kaitan dengan psikologi kanak-kanak. Mungkin ada yang mengatakan kawan khayalan ini adalah gangguan makhluk halus. Tak kisah lah apa pun puncanya, saya kurang selesa jika anak saya mempunyai kawan khayalan. Jadi saya pun blogwalking untuk mencari kebenaran di sebalik fenomena kawan khayalan ini. Ini saya dapat dari sini mengenai kawan khayalan.
Saya Boleh Nampak Dia… Mama Tak Nampak?Jangan bimbang, si manja bukan nampak hantu; itu hanya kawan khayalannya!Oleh Profesor Madya Dr Alvin Ng Lai Oon, Pakar Psikologi Klinikal“Mama tak boleh duduk sini! Nanti Mama duduk atas Lina!” Aida menegur ibunya Puan Rosnah yang hendak meletakkan punggung di atas sofa di sebelahnya. Si ibu melihat tempat duduk yang kosong dan bertanya, “Siapa Lina?” dengan kening terangkat dan dahi berkerut. - Terpijak "halimunan"Kanak-kanak kecil kadang-kalanya gemar bercakap sendirian sewaktu bermain trak dan kereta api atau bermain dengan anak patung mereka, yang setiap satu diberi nama seperti manusia. Ada kalanya si manja berbual atau bermain dengan seseorang yang tidak dilihat. Kawan imaginasi atau khayalan anak anda mungkin seorang kanak-kanak lain yang sebaya dengannya, seorang watak ajaib atau fantasi, atau mungkin juga seekor binatang.Seseorang kawan khayalan boleh berubah mengikut peredaran masa, apabila si manja melalui fasa tertentu dalam hidupnya. Bagi sesetengah kanak-kanak, ‘kawannya’ mungkin datang sesekali atau muncul selang beberapa hari, manakala bagi yang lain ‘kawan’ itu adalah teman sepanjang masa. Anak anda akan melayan ‘kawannya’ seperti melayan kawan sebenar, kawan yang dilihatnya setiap hari dan boleh bermain bersama. Jadi, jangan terperanjat jika si manja memberitahu anda bahawa anda mungkin terpijak ‘kawannya’, atau anda duduk di tempatnya, atau meminta anda menyediakan tempat untuk ‘kawannya’ di meja makan apabila tiba waktu makan.Adakah si manja anda kesunyian?Bermain dengan kawan khayalan tidak bermakna anak anda kesunyian. Ia mungkin hanya bermakna si manja seronok bermain dengan seseorang selain kawan SEBENAR yang biasa menjadi teman sepermainannya setiap hari. Kawan khayalan membantu si manja anda berfikir secara lebih kreatif, membolehkan mereka melakukan sesuatu dengan cara yang berlainan. Ini juga adalah satu cara yang membolehkan anak anda mempraktikkan kemahiran sosial, agar mereka berasa lebih selesa dan lebih yakin apabila bertemu dengan kawan betul yang sebaya dengan mereka. Ada kalanya, mereka berpura-pura mempunyai kawan khayalan sematamata kerana ingin mempunyai seseorang yang boleh dikuasai dan mengikut telunjuk mereka, lebih-lebih lagi jika semua orang di sekeliling mereka cuba mengawal tindakan mereka. Kawan khayalan mungkin juga bertindak sebagai teman yang boleh dipercayai – tempat mencurah rahsia dan isi hati, kerana anak-anak kecil juga mempunyai isu yang terlalu peribadi atau takut diketahui oleh orang dewasa. Sebahagian daripada proses membesarRamai pakar mengakui bahawa kawan khayalan adalah sebahagian daripada norma hidup dan perkembangan kanak-kanak. Kawan khayalan bukan menimbulkan masalah, sebaliknya mereka boleh membantu anak-anak anda menangani beberapa tekanan dalam hidup mereka, dan juga melenyapkan sesetengah daripada ketakutan mereka. Apabila si manja memujuk ‘kawannya’ yang takut gelap, ini mungkin bermakna bahawa anak anda sebenarnya yang takut berada di tempat gelap. Dengan memujuk ‘kawannya’, bermakna si manja juga cuba mengatasi ketakutannya sendiri. Ia juga mungkin bermakna anda terlalu mendesak anak-anak lebih daripada yang sepatutnya, atau mengenakan terlalu banyak peraturan untuk mereka, menyebabkan mereka menyalahkan kawan khayalan mereka apabila mereka berkelakuan buruk atau melakukan kesilapan.Ambil perhatian!Si manja mungkin cuba memanipulasi anda menggunakan kawan khayalannya. Ada kalanya, kanak-kanak menggunakan ‘kawan’ mereka untuk mengelakkan daripada melakukan sesuatu yang tidak diingini.Kalau anda tak boleh kalahkan mereka, ikut rentak mereka!Ikut rentak si manja jika anda tidak pasti bagaimana untuk memberi respons kepada kawan khayalannya:
- Jika si manja tidak mahu berkongsi ‘kawannya’, jangan cuba untuk bermain dengan mereka melainkan anda diminta. Biasanya anda akan diminta menyediakan sesuatu, seperti tempat untuk kawannya makan bersama, atau diminta tidak duduk di kerusi tertentu.
- Si manja mungkin menggunakan ‘kawannya’ untuk "dipersalahkan" bagi sesetengah daripada perbuatan yang dilakukan, seperti menumpahkan susu atau memecahkan pasu bunga. Anda boleh mengajarnya dengan memberitahu si manja bahawa kemalangan boleh berlaku dan dia bersama ‘kawannya’ boleh membantu anda membersihkan tumpahan atau memungut serpihan pasu.
- Cuba beri peluang kepada anak anda untuk bertemu dan bermain dengan kanak-kanak lain yang sebaya dengannya. Jika permainan dan aktiviti bersama mereka cukup menyeronokkan, minatnya terhadap ‘kawan istimewa’ akan beransur-ansur hilang dan si manja lebih suka bercampur gaul dengan budak lain.
- Jangan memperbodohkan anak anda sekiranya dia mempunyai kawan khayalan, tetapi galakkannya supaya lebih berkawan dengan rakan sebayanya. Menghukum anak kerana mempunyai kawan khayalan boleh membawa lebih keburukan daripada kebaikan.
Kawan khayalan biasanya tidak menimbulkan masalah, dan jika si manja seronok bermain dengan budak lain dan melakukan aktiviti yang menyeronokkan bersama anda dan mereka, tidak ada apa-apa yang perlu anda risaukan. Apabila mereka besar dan mempunyai lebih ramai kawan ‘sebenar’ dan dapat menangani ketakutan mereka dengan lebih baik lagi, kawan khayalan mereka akan hilang dengan sendiri. Seandainya si manja anda terus memilih kawan khayalan sebagai teman bermain daripada menghabiskan masa dengan rakan sebayanya, anda patut renungkan apa yang sebenarnya berlaku dalam hidupnya dan berusaha untuk membolehkan anak anda merasai keseronokan bermain dalam kehidupan sebenar.
Walaupun kawan khayalan ini tak membahayakan, namun sebagai seorang ibu saya harap Umar tidak mempunyai kawan khayalan. Mungkin salah saya kerana sejak jerebu melanda saya tidak lagi membawa dia bermain bersama kawan-kawan di taman, apatah lagi sekarang saya sedang mengganti puasa. Mungkin Umar rindu kawan-kawan dia. Maafkan ibu, nak. Nampaknya ibu kena lah bagi Umar adik baru Umar ada geng nak main sama-sama hehehehe.
Dina (baju biru) dan Siti (baju kuning) antara kawan sebenar Umar
Dah lama tak keluar main, Umar rindu kawan-kawan dia
No comments:
Post a Comment