Monday 15 July 2013

Menyusukan Anak Angkat-Kaedah (Bahagian 1)

Menyusukan anak angkat bukan mustahil dilakukan walaupun si ibu angkat tidak pernah mengandung

Kalau sebelum ini saya pernah menulis mengenai penyusuan anak angkat dari segi hukum dan syarat dalam Islam, hari ini saya nak berkongsi ilmu mengenai cara-cara mengeluarkan susu bagi ibu-ibu angkat yang tak pernah mengandung atau tak pernah mempunyai susu badan. Boleh baca hukum dan syarat penyusuan anak angkat DI SINI. Menyusukan anak angkat ini memang penting lebih-lebih lagi bagi keluarga Islam.

Bila seorang ibu angkat boleh start mengeluarkan susu badannya untuk menyusukan bayi? Kalau tanya saya soalan macamni...jawapan saya cuma satu...bila-bila sahaja si ibu bersedia untuk menyusukan anak angkatnya dan sebaik-baiknya sebelum si anak berusia dua tahun sepertimana syarat yang ditetapkan oleh hukum syarak supaya si anak menjadi mahram kepada ibu bapa angkatnya. Namun kat sini, saya nak kongsi persediaan yang boleh dilakukan oleh si ibu angkat dalam mengeluarkan susu ibu jika si ibu mempunyai masa 6 bulan, kurang dari 6 bulan dan sekiranya bayi telah pun dalam pelukan si ibu. Kalau saya rasa penat menaip sekaligus hari ni saya mungkin akan sambung entry ni secara berepisod. Hehehe dah macam drama samarinda ada episod-episod pulak.

Panduan Mengeluarkan Susu Badan Bagi Ibu Angkat Yang Mempunyai Masa 6 Bulan

Biasanya, seorang ibu angkat membuat keputusan untuk mengambil anak angkat adalah sebelum bayi tersebut lahir. Jika mengambil anak angkat dari jabatan kebajikan masyarakat atau NGO-NGO yang menguruskan pengambilan anak angkat, biasanya mereka meminta ibu angkat memberitahu mereka tarikh si ibu angkat bersedia menimang anak angkat sebelum 'menjodohkan' ibu angkat dengan bayi yang bakal lahir. Jadi, ini memberi kelebihan kepada seorang ibu angkat untuk menyediakan diri mengeluarkan susu badan 6 bulan sebelum bayi lahir.

  1. Bagi ibu yang mempunyai tempoh masa 6 bulan sebelum kelahiran bayi, beliau boleh memakan pil perancang (Yasmin atau Microgestin) setiap hari bersama 10mg Domperidone 4 kali sehari selama 1 minggu. Penggunaan pil perancang pada peringkat awal ini adalah bertujuan merencat penghasilan susu ibu sebagaimana proses yang berlaku di awal kehamilan.
  2. Selepas seminggu, tingkatkan dos Domperidone kepada 20mg 4 kali sehari. Payudara akan mengalami sedikit perubahan saiz dan ini adalah normal.
  3. Terus kekalkan dos yang sama sehingga 6 minggu sebelum tarikh jangkaan bayi lahir.
  4. 6 minggu sebelum bayi lahir, hentikan pengambilan pil perancang tetapi teruskan dos 20mg Domperidone 4 kali sehari. Menghentikan pil perancang pada peringkat ini akan mengurangkan aras progesteron dan meningkatkan penghasilan prolaktin pula sebagai persediaan untuk mencetuskan susu ibu.
  5. 2 minggu kemudian, ibu boleh mula mengepam setiap 3 jam. Sebaiknya gunakan pam elektrik (double pumping hospital grade breastpump) untuk mendapatkan hasil yang baik. Apabila ibu mula mengepam ibu-ibu boleh menambah makanan penggalak susu ibu dalam nutrisi mereka seperti Fenugreek (halba) dan oat. Ibu juga harus meminum banyak air tetapi kurangkan pengambilan kopi (minuman berkafein) kerana kafein boleh mengurangkan kandungan air dalam badan.
  6. Pada peringkat ini susu ibu sepatutnya sudah hadir tetapi dalam kuantiti yang sedikit dan warna putih yang jernih sebelum mendapat susu yang sebenar selepas beberapa hari/minggu.
  7. Sebaik bayi lahir (jika boleh) ibu boleh terus cuba menyusukan bayi pada payudara ibu. Alternatif lain yang lebih baik, ibu kandung boleh menyusukan bayinya kerana kehadiran kolostrum daripada ibu adalah makanan paling baik untuk bayi baru lahir.
Panduan Mengeluarkan Susu Badan Bagi Ibu Angkat Yang Mempunyai Masa Kurang Daripada 6 Bulan

Bukan semua ibu angkat mempunyai masa selama 6 bulan sebelum tarikh bayi dijangka lahir. Maklumlah anugerah anak angkat adalah rezeki dari Allah S.W.T yang datang kepada kita kadang-kadang tanpa diduga.
  1. Makan pil perancang (Yasmin atau Microgestin) setiap hari selama 30-60 hari bersama 20mg Domperidone 4 kali sehari. 
  2. Selepas 30 hari, jika berlaku perubahan pada payudara (saiz bertambah, rasa tegang dan penuh) hentikan pengambilan pil perancang tetapi kekalkan dos Domperidone 20mg 4 kali sehari.
  3. Ibu juga boleh mula mengepam seperti panduan di atas.
  4. Ibu angkat boleh terus menyusukan bayi sebaik sahaja bayi lahir.
Artikel di atas saya ambil dari Sini

Panduan Mengeluarkan Susu Badan Bagi Ibu Angkat Yang Telah Menerima Anak Angkat

Ada juga ibu angkat yang mendapat short notice apabila menerima anak angkat. Samada dia hanya mempunyai tempoh kurang dari sebulan dari tarikh jangkaan bayi dilahirkan atau pun bayi telah pun lahir ketika ditawarkan anak angkat. Ada juga ibu angkat yang risau mengeluarkan susu terlalu awal sedangkan bayi tersebut belum tentu lagi menjadi miliknya. Macam-macam kemungkinan boleh berlaku dalam urusan pengambilan anak angkat. Tetapi ibu angkat jangan putus asa, tak kira bila atau bagaimana anda membawa pulang anak angkat peluang untuk menyusukan anak angkat dan menjadikan dia mahram tetap terbentang luas selagi bayi belum berusia 2 tahun.

Saya akan share panduan mengeluarkan susu badan bagi ibu angkat yang telah menerima anak angkat ini dalam entry selepas ni sebab saya dah penat menaip hehehehe.

*** Kenyataan atau produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit..Hubungi saya di 019-9084549 (call/sms) atau email razfura@gmail.com untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut.***


4 comments:

Anonymous said...

salam...puan safura saya nk bertanya...pengambilan domperidone perlu diteruskan ke apabila air susu da kluar sdikit...tq

Safura Makmim said...

wsalam...bila susu dah tercetus boleh start milk booster.teruskan amik domperidone tp kurangkan dos smpai la xperlu amik lagi

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

masa puan ambil shaklee puan dah stop ke ambik domperidone..saya dah stop domperidone...mcm mana saya perlu ambik ke sebab hanya keluar kuning2 yang melekit sahaja..sikit sangt bila pam..mohon pendapat puan..sebab cadang nk ambik supplement yang boleh boster susu seperti alfafa dan esp shaklee ni dah dan saya nak stop pil domperidone motidone..saya isau ambik motilium sebab jadi berdebar2 lak..