Friday 28 June 2013

Set Breastfeeding Untuk Ibu Menyusu

Apa yang paling diharapkan oleh seorang ibu yang menyusukan anak? Sudah tentu mengharapkan untuk berjaya menghabiskan 2 tahun penyusuan dengan jayanya. Apa jadi jika kita kecundang di tengah jalan? Kerana menyusukan bayi memerlukan komitmen yang bukan sikit. Ia perluakan banyak ilmu dan juga pengorbanan dari si ibu.

Jangan risau kerana sekarang pelbagai produk ada di pasaran. Tapi awas! Jangan hanya mengharapkan produk sahaja untuk membuatkan susu anda menjadi banyak. Kerana tiada bukti setakat ini susu bertambah dengan hanya makan vitamin atau ubat dan si ibu bersenang lenang tanpa berbuat apa-apa. maksudnya tidak mengepam langsung ataupun tidak direct feed bayi mengikut jadual. Salah sama sekali konsep penyusuan begitu kerana sememangnya susu ibu amatlah bergantung kepada berapa banyak permintaan dan begitu jugakla banyaknya pengeluaran. 

Tetapi ada berita baik buat anda, apa kata mencuba set menyusu yang terdiri dari produk-produk shaklee yang berkualit tinggi. Produk berkualiti biasanya hasilnya juga berkualiti. Kalau kurang yakin apa kata kita tengok sahajalah testimoni-testimoni mereka yang berjaya. Adakah anda tidak inginkan seperti mereka?


set menyusu shaklee



set menyusu shaklee

Banyak testimoni set menyusu shaklee ni. Kalau nak letak semua memang tak abih satu hari. Boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut atau dapatakan konsultasi sebelum membuat belian. Tak rugi cuba, ibu sihat anak ceria.  

Cedok dari permatacintaku blogspot (thank you kak anum)




*** Kenyataan atau produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit..Hubungi saya di 019-9084549 (call/sms) atau email razfura@gmail.com untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut.***

Alfalfa Complex

Alfalfa Complex Shaklee diperbuat daripada tanaman alfalfa (Medicago sativa) secara organik di California yang bebas dari pestisid, herbasid dan menggunakan bahan kompos/baja bebas kimia. Alfalfa juga dikenali sebagai "Raja Segala Tumbuhan". Medicago sativa memiliki gred yang paling tinggi di kalangan tumbuhan alfalfa. Tumbuhan ini mengambil masa sekurang-kurangnya 2 tahun untuk membesar dan akarnya boleh mencapai hingga 20 kaki  ke dalam tanah untuk menyerap pelbagai nutrisi. Daun alfalfa dari Shaklee hanya dituai apabila ia telah mencapai tahap kematangan mutlak. Daun alfalfa yang telah matang kaya dengan klorofil. Daun-daun ini dikeringkan dengan udara secara semulajadi bagi mengekalkan nutrisi yang terkandung di dalamnya. Manakala bahagian lain yang tidak penting dilupuskan.

Kemudian daun-daun yang telah kering akan dibiarkan menjadi serbuk sebelum dikompres menjadi tablet. Keseluruhan proses ini dijalankan di bawah pengawasan dan kawalan Shaklee yang sangat ketat dan teliti. Setiap tablet mengandungi 300 mg alfalfa.

Manfaat Utama 

Tumbuhan yang sangat kaya dengan pelbagai nutrisi - Alfalfa telah digunakan oleh manusia sejak lebih dari 2500 tahun dan telah dikenalpasti sebagai makanan yang paling kaya dengan pelbagai nutrisi dan zat galian. Ia membekalkan nutrisi yang mana kebanyakkannya tidak terdapat di dalam buah-buahan mahupun sayuran.
Ia kaya dengan protein, asid amino, klorofil, serat, 15 zat galian, 10 vitamin, 8 enzim dan fitokimia. 10 bji alfalfa menyediakan nutrisi yang menyamai segelas susu.
  • Mencuci hati, darah dan usus - Ini adalah makanan yang sangat beralkali yang boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit dan otot.
  • Melawan alahan - Memperbaiki keadaan kulit dan hidung sensitif, kurap, bau badan dan ulat air dengan berkesan.
  • Baik untuk perubahan patologi di dalam usus dan perut - Memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung, hyperacidity, ulser gastrik, hepatitis dan sembelit.
  • Menyingkirkan lemak dan kolesterol - Kajian klinikal terbukti bahawa penggunaan jangka panjang daripada alfalfa akan menghapuskan lemak, mengurangkan kolesterol, mencegah penyakit jantung, strok dan darah tinggi. Hanya alfalfa sahaja yang mengandungi saponin, seperti span yang bertindak sebagai serat yang menyerap kolesterol.
  • Melawan tumor - Memakan 30-50 tablet untuk mengalkalikan badan, dengan itu memperbaiki sel-sel kanser dan membuang tumor.
  • Melegakan keletihan - Melegakan keletihan dan sebagai rawatan kepada kebanyakkan penyakit.
  • Mencegah/merawat atritis - Melegakan sakit atritis dan kesakitan.



*** Kenyataan atau produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit..Hubungi saya di 019-9084549 (call/sms) atau email razfura@gmail.com untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut.***

Thursday 27 June 2013

Happy Birthday Umar Yusuf!

24 Jun 2013 genaplah anak saya, Umar Yusuf berusia setahun. Happy Birthday anak kesayangan ibu dan ayah. Walaupun birthday Umar pada 24hb, kami telah membuat majlis hari lahir Umar pada 15hb sebab pada hari itu juga berlangsung majlis perkahwinan adik saya. Sambil-sambil menyambut kedatangan ahli keluarga baru, sambil-sambil tu sambut birthday Umar jugak. Sambutan birthday ni juga serentak antara Umar dan sepupunya, Marissa yang lahir pada 23hb Mei 2012. Tapi gambar sekitar majlis birthday tu saya tak dapat nak share kat sini sebab gambar-gambar tu masih belum di copy dari kamera pengantin.

Walaupun begitu, saya mengucapkan terima kasih pada yang mendoakan Umar dan kami sekeluarga. Dan terima kasih juga pada yang memberi hadiah hari lahir pertama Umar. Jom tengok hadiah-hadiah yang Umar dapat. Seronok dia dapat hadiah.

Basikal pertama Umar, hadiah dari ayah

Sila abaikan muka budak baru bangun tidur itu hehehe
Yang ni hadiah dari ibu. Ibu suka something yang learn and play/play and learn

Hadiah yang paling ibu suka..
Main susun-susun blok

 Broommm brooommm

 Kasut dan set bekal tu diberi oleh orang yang berbeza

Lori bulldozer dan lori kontena

Selain daripada hadiah, ada juga yang memberikan Umar duit. Jadilah Umar birthday boy yang kaya untuk hari itu. Duit-duit tu ibu dan ayah simpan dalam akaun bank Umar untuk kegunaan Umar masa dah besar esok. Kepada yang memberi hadiah juga duit untuk Umar, saya ucapkan terima kasih. Juga yang sudi mendoakan yang baik-baik untuk Umar, terima kasih. Dan ibu harap, Umar membesar sebagai seorang insan yang berguna, anak yang soleh, budak yang cerdik dan yang paling penting anak ibu dianugerahkan kesihatan yang berpanjangan. Amin


*** Kenyataan atau produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit..Hubungi saya di 019-9084549 (call/sms) atau email razfura@gmail.com untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut.***

Subhanallah...Hebatnya Air Ajaib Yang Dipanggil Susu Ibu


Alangkah indahnya menjadi seorang ibu kepada zuriat suami yang tercinta. Lagi bertambah indah jika dapat menyusui bayi kita. Bukan semua wanita di dunia ini merasai nikmat yang diberi oleh Allah S.W.T. Hanya wanita terpilih saja yang berpeluang merasai nikmat menjadi ibu seterusnya menyusui bayi mereka.

Masa zaman saya kecil dulu sekitar tahun 80-an dan 90-an, senario ibu menyusui anak mereka bukan perkara yang luar biasa. Kalau saya mengikut ibu saya menghadiri kenduri kendara, rata-rata ibu-ibu ketika itu menyusui anak mereka. Lagipun saya membesar di kampung. Jadi suasana tu bukan perkara yang pelik. Namun zaman berubah, ibu-ibu ramai yang bekerjaya. Seperti saya, ketika saya bekerja dulu, walaupun mempunyai tekad yang tinggi untuk menyusui Umar namun disebabkan kekangan masa dan kecetekan ilmu mengenai penyusuan susu ibu ini, saya mengambil jalan mudah dengan memberikan Umar susu formula.

Banyak faedah yang terkandung dalam susu ibu samada kepada bayi mahupun ibu itu sendiri. Bila mengetahui faedah-faedah terbabit, saya mengaku saya rasa menyesal sebab terlalu awal memberikan Umar susu formula. Kesian anakku. Jadi setelah menukar profession dari wanita bekerja kepada suri rumah sepenuh masa dan apabila Umar telah pun berusia setahun, saya bertekad untuk memberi Umar susu badan semula. Biarlah jika orang cakap dah terlambat. Biarlah jika kini susu saya dah pun kering tak ada walau setitik pun. Huhuhu haru ni. Demi kebaikan untuk anak tersayang, nampaknya saya kena lah lebih rajin menimba ilmu mengenai penyusuan ni. Kat sini saya nak kongsi kebaikan susu ibu yang selama ini saya tak endahkan.

Kebaikan Susu Ibu Pada Bayi

Salah seorang bayi di Malaysia yang kurang mendapat susu ibu..Kesian dia

1) Susu ibu adalah makanan yang terbaik untuk pertumbuhan otak bayi
  • Dalam susu ibu terkandung AA dan DHA. AA dan DHA ini dapat merangsang otak bayi.
  • Protein, laktosa dan lemak yang secukupnya terdapat dalam susu ibu. Ini penting untuk pertumbuhan otak bayi.
  • Sudah terbukti bahawa IQ bayi yang diberi susu ibu lebih tinggi daripada bayi yang menyusu susu formula tak kira semahal mana pun susu formula tersebut. Ini kerana, nutrien yang terdapat dalam susu ibu memang terbaik untuk otak bayi.
2) Susu ibu merupakan sumber imunisasi bayi
  • Sejak kecil saya sering mengalami masalah Umar yang sering jatuh sakit. Ini adalah salah satu sebab kenapa saya membuat keputusan untuk berhenti kerja. Umar yang sakit dijaga oleh pengasuh. Demam, batuk dan selsema memang sering menyerang Umar. Dia juga mudah menjangkiti penyakit-penyakit seperti batuk dan selsema dari orang lain. Oleh itu, saya menghalang orang-orang yang sakit sebegini dari mendekati Umar termasuklah suami saya sendiri. Malah, saya akan mengenakan mask jika saya sendiri selsema atau batuk. Namun, anak saya tetap juga dijangkiti. 
  • Susu ibu dapat melindungi bayi dari serangan penyakit sistem pernafasan dan pencernaan. Umar juga sering mengalami masalah dengan sistem pernafasannya apabila diserang batuk atau selsema. Boleh dikatakan hampir setiap bulan saya terpaksa membawa Umar ke klinik untuk mendapatkan nebulizer. Menjerit-jerit lah anak teruna tu. Namun Umar tak dapat di diagnose sebagai penghidap lelah kerana menurut doktor sebelum bayi berusia 18 bulan reseptor lelah belum terbentuk. Jadi Umar tidak diketahui lagi menghidap lelah atau tidak. 
  • Susu ibu ini menyediakan persekitaran yang baik dan sempurna untuk bakteria baik dan membantu menghambat perkembangan bakteria, virus dan parasit yang berbahaya. Unsur-unsur yang terkandung dalam susu membantu meningkatkan kekebalan bayi. 
 
Kepada siapa-siapa yang tak tahu apa itu nebulizer, haa inilah dia

3) Susu ibu mudah dicernakan oleh bayi
  • Pernah tak bayi anda mengalami kembung seperti Umar? Sejak kecil dia memang mudah kembung hingga dia muntah. Saya dan suami terpaksa bereksperimen dengan menukar pelbagai jenis susu. Yang mahal atau yang murah, tapi keputusannya tetap sama. 
  • Antara penyebab bayi mengalami kembung ialah usus bayi yang masih belum matang menyebabkan pencernaan berlaku dengan tidak sempurna. Walaupun ada juga bayi yang menyusui susu ibu mengalami kembung namun kembungnya tidak seteruk bayi yang menyusui susu formula. Punca kembung ni banyak jadi dengan memberikan bayi eksklusif susu ibu sahaja, kita boleh mengurangkan satu punca kembung bayi. 
4) Mengurangkan masalah elergik seperti ekzema
  • Umar mengalami masalah kulit sensitif lebih-lebih lagi di bahagian punggung dan kemaluannya. Akan jadi lebih teruk jika terkena bedak, losyen atau sabun walaupun menggunakan bedak, losyen dan sabun bayi. 
  • Mungkin jika Umar diberi susu ibu secara eksklusif, dia bebas dari masalah ini.
 5) Susu ibu merupakan sumber nutrisi terbaik
  • Susu ibu merupakan sumber nutrisi terbaik kerana ia mengandungi sumber gizi yang ideal dan seimbang untuk setiap anak. Keperluan nutrisi dalam susu ibu akan berubah mengikut keperluan bayi yang sedang membesar. 
  • Sebab itu jika anda melahirkan bayi pramatang, doktor akan menyuruh anda menyusui bayi anda hanya dengan susu ibu.
Kebaikan Susu Ibu Pada Ibu

Selain memberikan pelbagai kebaikan kepada bayi, susu ibu juga memberi manfaat kepada ibu itu sendiri. Rugilah ibu yang tak menyusukan anak macam saya hehehehe.
  1. Penyusuan susu ibu boleh membantu mengecutkan rahim selepas bersalin dan mengurangkan pendarahan.
  2. Dapat membantu menjarakkan kehamilan secara semulajadi. Jadi tak perlu lah ibu-ibu bimbang si anak mendapat adik baru dalam masa terdekat. Ini juga akan memberi ketenangan sewaktu hubungan suami isteri berlaku. Suami dan isteri dapat menikmati aktiviti seks tanpa bimbang si isteri mengandung lagi. Hanya manyusui bayi tak perlu suntik atau makan ubat untuk menjarakkan kehamilan.
  3. Untuk ibu juga, aktiviti penyusuan susu ibu dapat mengurangkan risiko mendapat kanser seperti kanser payudara, kanser ovari dan kanser uterine.
  4. Selain itu dapat mengurangkan risiko osteoporosis.
  5. Penyusuan susu ibu dapat membantu ibu kembali ke berat badan asal seperti sebelum bersalin jika disertai dengan senaman. 
  6. Dan yang paling penting, penyusuan susu ibu mewujudkan 'bonding' kasih sayang antara ibu dan bayi.
Kelebihan Dan Fadhilat Menyusukan Anak
sumber dari hasnulhadiahmad

“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).” (Surah Luqman: ayat 14) 
  1. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
  2. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun) dan beramal soleh tidak melangar perintah Allah dan taat kepada suaminya, maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
  3. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
  4. Susu ibu menjadikan anak lebih sihat daripada terkena penyakit terutama selsema dan batuk, In Shaa Allah.
  5. Dengan memberi air susu ibu kepada anak, pengaruhnya sangat besar terhadap perkembangan dan kesihatan fizik dan jiwa anak.
  6. Jika semalaman ibunya tidak tidur kerana menjaga anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T memberi pahala seperti memerdekakan 70 hamba ke jalan Allah.
Begitulah sayangnya Allah pada wanita yang bergelar IBU. Senang-senang je nak kumpul pahala kan? Dahlah banyak kelebihan untuk kedua-dua ibu dan anak boleh kumpul pahala lagi. Dah lah free.


*** Kenyataan atau produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit..Hubungi saya di 019-9084549 (call/sms) atau email razfura@gmail.com untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut.***

Wednesday 26 June 2013

Saya Takut Nak Potong Kuku Bayi Saya!!!

Kuku 'pertama' Umar

Nak flashback kejap....Seronok masa baru jadi ibu. Baru beberapa minit Umar di dalam pelukan buat pertama kali, saya meneroka setiap inci wajahnya kemudian saya sentuh wajah comel tu dan mencium lembut pipi dan dahinya. Kemudian saya memegang tangannya buat pertama kali dan ALAMAK!! Panjangnya kuku. Hehehe kecik-kecik dah pandai simpan kuku ye.

Sebagai seorang ibu baru, soal memotong kuku bayi yang baru lahir tak pernah terlintas di fikiran saya hinggalah saya perasan kukunya yang panjang. Yang bermain di fikiran saya masa tu ialah saya takut nak potong kuku Umar. Jadi saya buat keputusan untuk menyerahkan tugas memotong kuku Umar pada ibu atau ibu mertua saya. Ok, problem solved! Tapi betul ke yang masalah saya tu dah selesai 100%?

Kuku bayi walaupun nampak lembut dan nipis tapi sebenarnya sangat tajam dan tumbuh dengan cepat. Mesti ibu-ibu yang ada newborn baby setuju dengan saya ni kan. Kadang-kadang harini saya potong kuku Umar, esok dah tajam semula.

Mula-mula memang saya berniat nak serahkan tugas memotong kuku Umar pada nenek dia tapi rupanya mak mertua dan mak saya tak berani atas alasan diorang rabun dekat. Dan diorang bukan tiap-tiap hari berada bersama kami sebab ketika Umar dalam pantang, kami tinggal di rumah sendiri jauh dari pengawasan mak. Hehehe saya tak sanggup nak ikut pantang larang orang-orang tua yang ketat. Kalau kat rumah sendiri boleh mengelat.

Tahukah anda, pakar menyarankan anda memotong kuku tangan bayi sekurang-kurangnya 2 hari sekali dan kuku kaki bayi seminggu sekali sebab pertumbuhan kuku kaki lagi lambat dari kuku tangan. Saya memang takut nak potong kuku Umar sebab saya bimbang saya akan mencederakan dia. Sebab tu saya lebih suka memakaikan sarung tangan pada Umar. Tujuan saya supaya kuku yang tajam tu tak mencederakan muka Umar. Tak hensem lah nanti anak ibu kalau muka calar-calar.

Kemudian saya terbaca satu artikel yang mengatakan, dari sudut kesihatan pemakaian sarung tangan pada bayi akan menghalang perkembangan motorik halus dan pancaindera sentuhnya. Pernah juga ketika saya membawa Umar ke Klinik Kesihatan Ibu dan Anak, untuk pemeriksaan rutin Umar, nurse yang bertugas menyuruh saya menanggalkan sarung tangan Umar atas alasan yang sama. Jadi, Umar hanya memakai sarung tangannya sehingga dia berusia 2 bulan.

Cara saya menjaga kuku Umar:
  1. Saya memotong kuku Umar ketika dia sedang tidur. Masa dia tidur, genggaman tangannya terbuka (biasanya hero ni suka mengepal tangan macam penumbuk). Kalau dia berjaga, memang kuat dia genggam penumbuk hingga saya tak mampu nak leraikan penumbuk kecik tu bimbang dia sakit jika dipaksa buka penumbuk comel tu. Untuk kaki, masa tengah tidur juga kaki dia tak menendang-nendang. Jadi tak menganggu proses memotong kuku.
  2. Saya memotong kuku Umar selepas dia mandi. (kuku saya juga saya potong selepas mandi) Sebab selepas mandi kuku jadi lebih lembut. Lagipun si Umar lebih mudah tertidur lepas mandi.
  3. Saya memotong kuku Umar pada waktu pagi disebabkan faktor cahaya. Cahaya matahari siang lebih baik dari cahaya lampu. Jadi pandangan mata saya jelas untuk memotong kuku kecik tu.
  4. Sebelum memotong kuku Umar, saya akan memastikan semua alatan memotong kuku seperti pemotong kuku, cotton bud dan alat mengukur kuku ada dekat dengan saya. Jangan lupa sediakan juga kapas yang dibasahi spirit. Letak je kat tepi kita. Senang nak dicapai tangan.
  5. Gunakan alat pemotong kuku khas untuk bayi. Jangan guna pemotong kuku kita plak. Ada dua jenis alat pemotong kuku bayi iaitu baby nail scissors (gunting khusus yang hujungnya berbentuk bulat tumpul) dan baby nail clipper (bentuk seperti pemotong kuku dewasa tetapi lebih kecil dan ada perlindung di kedua-dua sisinya). Umar menggunakan baby nail clipper sebab saya lebih yakin menggunakan pemotong kuku yang berbentuk sama dengan pemotong kuku dewasa.
  6. Sebelum memotong kuku bayi, bersihkan hujung pemotong kuku tersebut tak kiralah yang menggunakan baby nail scissors atau pun baby nail clipper. Bersihkan kotoran di sebalik kuku bayi menggunakan cotton bud yang dibasahkan dengan air suam. Jangan menggunakan benda tajam macam hujung gunting untuk membersihkan celahan kuku bayi.
  7. Disebabkan saya agak takut memotong kuku Umar, bimbang terluka, saya tak potong semua kuku tetapi saya tinggalkan lebih kurang 1 mm. Yang tertinggal sikit ni kemudian saya akan kikir dengan lembut menggunakan alat mengukur kuku. Bukan nak habiskan cuma nak tumpulkan kuku tu je.
  8. Pernah tak Umar terluka masa saya memotong kuku dia? Alhamdulillah tak pernah. Tapi anak saudara saya pernah terluka ketika ibunya memotong kukunya. Kalau bayi terluka, jangan panik. Masa nilah gunanya kapas yang dibasahi spirit yang saya bagitau kat no 4 tadi. Kapas ni yang macam nurse sapu pada kita bila nak inject kita tu. Kalau bayi terluka, tekan luka tersebut dengan kapas yang dibasahi spirit. Tekan hingga darah berhenti.
Dah tahu cara-cara nak menjaga kuku bayi, jadi lepas ni jangan takut dah nak memotong kuku bayi baru lahir anda. Ingat, bila bayi semakin besar, semakin cerdik dan semakin kurang tidur, proses memotong kuku dia akan jadi lebih mencabar. Macam Umar sekarang. Dia memang tak suka potong kuku dan dia lebih tertarik untuk memegang pemotong kuku tu. Lebih mudah memotong kuku bayi baru lahir dari memotong kuku bayi yang dah pandai macam-macam.


*** Kenyataan atau produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit..Hubungi saya di 019-9084549 (call/sms) atau email razfura@gmail.com untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut.***

Tuesday 25 June 2013

Batasan Seorang Isteri Bersahabat Dengan Lelaki


Ketika saya masih belum berkahwin saya mempunyai ramai kawan lelaki dan perempuan. Oleh sebab saya mengambil jurusan kejuruteraan ketika di universiti maka bilangan kawan lelaki saya adalah lebih ramai dari kawan perempuan. Namun yang menjadi sahabat baik saya sehingga kini adalah tiga perempuan dan seorang lelaki. Sehingga kini saya tidak mengalami masalah dengan suami disebabkan sahabat lelaki saya dan hubungan saya dengan sahabat saya juga tidak terjejas disebabkan suami.

Ramai yang tak percaya bahawa lelaki dan perempuan tidak boleh bersahabat. Malah ada yang menganggap hubungan sahabat antara lelaki dan perempuan takkan wujud. Takkanlah sekadar sahabat kan. Ada juga yang berpendapat sebaik sahaja status diri berubah dari bujang kepada isteri orang, maka hubungan persahabatan dengan lelaki harus ditamatkan. Kat sini saya bercakap mengenai sahabat lelaki bukannya kawan lelaki yang maksudnya memang berbeza.

Bagi seorang isteri banyak batas yang perlu dijaga jika mempunyai sahabat lelaki. Perkara ini harus diberi penekanan kerana ia mungkin akan menjadi punca keretakan rumah tangga. Bayangkan perasaan suami jika isterinya bebas keluar dengan sahabat lelakinya di malam hari. Jadi saya nak kongsi dengan isteri-isteri sekalian batas yang saya tetapkan dalam persahabatan saya dengan sahabat lelaki saya tanpa mengganggu keharmonian rumah tangga saya.

Jangan Bersahabat Dengan Bekas Teman Lelaki

Sebelum menemui suami saya memang mempunyai teman lelaki. Namun setelah berpisah saya memang tidak lagi berhubung dengan bekas teman lelaki saya. Bukanlah saya menjadikan bekas teman lelaki saya sebagai musuh. Jika bertembung kami tetap bertegur sapa dan bekas teman lelaki saya juga ada dalam friendlist laman facebook saya. Hubungan antara saya dan bekas teman lelaki hanya lah sampai di situ sahaja.

Saya amat mengenali suami. Saya tahu dia tidak kisah jika saya bersahabat dengan bekas teman lelaki saya memandangkan hubungan kami berlandaskan kepercayaan antara satu sama lain. Sebagai isteri, saya juga tak kisah jika dia bersahabat dengan bekas teman wanitanya. Walaupun begitu, sebagai seorang isteri saya harus menjaga hati suami saya. Mana tahu di mulut dia cakap tak kisah sedangkan sebenarnya jauh di sudut hati, dia menyimpan perasaan curiga. Tindakan berhubung rapat dengan bekas teman lelaki mungkin akan mengimbau kembali kenangan lama. Kenangan waktu bercinta lebih-lebih lagi cinta pertama memang menyeronokkan. Pada pendapat saya, membina semula hubungan rapat dengan bekas teman lelaki pasti akan menggalakkan cinta lama kembali bertaut samada secara sengaja atau tidak. Jadi lebih baik jauhkan diri dari bekas teman lelaki jika anda sayangkan rumah tangga anda.

Hindari Keluar Berdua

Walaupun sudah lama saya bersahabat dengan sahabat saya namun tidak pernah sekali pun saya keluar berdua-duaan dengannya. Selalunya kami akan keluar beramai-ramai dan setelah saya berkahwin saya akan membawa suami sekali dalam pertemuan kami. Meski pun kita berniat baik dan telah mendapat izin suami, keluar berdua dengan sahabat lelaki harus dihindari kerana ia akan mengundang curiga orang lain yang akan mengundang cakap-cakap kurang enak. Bayangkan perasaan suami jika cakap-cakap ni sampai ke telinganya?

Jangan Bercerita Rahsia 

Wanita memang diakui suka bercerita namun hati-hati kerana tidak semua benda boleh diceritakan. Rahsia rumah tangga lebih-lebih lagi hal urusan di kamar tidak boleh diceritakan bukan sahaja pada sahabat lelaki malah pada sesiapa sahaja. Sebagai seorang isteri kita juga tidak boleh mempunyai rahsia dengan sahabat lelaki kita yang tidak diketahui oleh suami. Saya sentiasa berpegang pada prinsip, jika saya berkongs sesuatu yang eksklusif dengan rakan lelaki bukannya suami saya, bermakna saya telah meletakkan suami saya bukan pada keutamaannya.

Sebenarnya ada banyak perkara lain lagi yang menjadi batasan persahabatan antara seorang isteri dengan sahabat lelakinya. Cuma buat masa ini hanya ini je perkara yang saya terfikir. Sebenarnya isu ini timbul sebab ketika ini sahabat lelaki saya sedang sangat sibuk dan sudah hampir seminggu kami tidak bertanya khabar. Mungkin disebabkan teringat kan dia lantas saya menulis entry ini di samping untuk berkongsi dengan para isteri di luar sana.

Nasihat saya, tak salah untuk kita bersahabat dengan seorang lelaki asalkan kita tahu menjaga batasan dan sempadan sebagai seorang isteri dan sebagai seorang Islam dalam bersahabat. Jangan sesekali mensia-siakan kepercayaan yang telah diberi oleh suami dan yang paling penting sekali dalam bersahabat dengan lelaki hati suami haruslah dijaga. Carilah sahabat lelaki yang faham situasi kita sebagai isteri orang dan menghormati status kita itu. Jika dia tak boleh memenuhi dua syarat mudah ini maka bye bye. Tak perlu bersahabat dengan orang macmni.



*** Kenyataan atau produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit..Hubungi saya di 019-9084549 (call/sms) atau email razfura@gmail.com untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut.***

Diet - Betul Dan Salah


Makan secara sihat. Gunakan piramid makanan sebagai panduan

Rutin seorang isteri seperti saya setiap hari adalah memasak untuk keluarga walaupun saya tak berapa pandai memasak. Sebagai isteri dan ibu, kitalah masterchef suami dan anak. Apa yang saya paling saya pentingkan dalam penyediaan hidangan makan untuk suami dan anak? Secara jujur, saya mementingkan rasa yang sedap yang akan membangkitkan selera suami dan anak. Seronok tengok suami makan bertambah-tambah. Diet yang sihat atau seimbang bukan menjadi keutamaan saya sebelum ini.Yang penting sedap hehehe. Sebab tulah suami semakin hari semakin gemuk.

Menyedari 'tumbesaran' suami yang semakin menggalakkan, saya kemudian terfikir inilah masanya untuk kami mengamalkan diet yang seimbang. Seperti yang kita semua sedia maklum, diet yang sihat adalah diet yang mengawal pemakanan secara seimbang tanpa menjejaskan kesihatan diri. Jika diet yang kita amalkan tu betul, maka ia mampu mengekalkan berat badan ideal. Namun, jika tidak betul, ia akan hanya membawa kemudaratan pada tubuh badan kita.

Diet Yang Betul

1) Cari Informasi Tepat
Sebelum mengamalkan sesuatu diet, penting untuk kita mencari informasi yang tepat mengenainya. Sebaik-baiknya dapatkan nasihat atau rujukan dari doktor mengenai tahap kesihatan kita. Minta doktor menerangkan kadar nutrien sebenar yang sesuai untuk kita.

2) Jangan Singkir Kumpulan Makanan Tertentu
Ketika saya masih belum berkahwin, seorang kenalan saya yang bertubuh gempal berdiet untuk menguruskan badannya. Jadi, dia hanya makan sayur-sayuran bersama sedikit nasi selama tempoh dia berdiet. Daging atau ayam memang dia haramkan dari masuk ke dalam pinggannya. Kebanyakan individu yang berdiet seperti kenalan saya ini gemar menyingkirkan makanan tertentu yang dianggap musuh contohnya lemak. Sebenarnya tubuh kita memerlukan keseimbangan nutrien daripada setiap makanan yang kita makan. Ini penting untuk sentiasa bertenaga dan sihat. Kita harus ingat bahawa tubuh kita juga memerlukan karbohidrat dan sedikit lemak.

3) Makan Mengikut Waktu
Penting untuk kita tidak meninggalkan waktu makan kita. Ini kerana, jika kita melewatkan waktu makan kita kemungkinan kita akan makan dalam kuantiti yang lebih banyak disebabkan lapar. Apabila sampai waktu makan, makanlah. Tetapi jangan makan terlalu kenyang, cukup sekadar mengalas perut. Kalau masih lapar selepas makan, jadikanlah buah-buahan sebagai pengganti.

4) Zat Protein Secukupnya
Protein adalah zat penting yang diperlukan oleh tubuh setiap hari. Sumber protein seperti daging, ikan, susu dan lain-lain mampu memberi tubuh mendapat tenaga yang secukupnya. Oleh sebab itu, pengambilan sumber makanan berasaskan protein mengikut kadar yang diperlukan oleh tubuh amatlah perlu. Teknik memasak seperti memanggang, merebus atau secara stim adalah antara teknik sihat memasak sumber makanan berasaskan protein ini. Suami saya amat suka kan ikan stim resepi istimewa isterinya ni hehehe.


Diet Yang Salah

1) Tidak Mengambil Sarapan Pagi
Ramai yang meninggalkan sarapan pagi kerana beranggapan bahawa ia sebagai punca kepada peningkatan berat badan. Saya tak nafikan perkara ni kalau kita sarapan pagi dengan nasi lemak, roti canai dan teh tarik setiap hari. Hehehehe memang sarapan yang padat dengan lemak. Tukarlah sarapan kepada makanan yang berupa bijirin, saya yakin berat badan kita boleh dikawal. Jangan tinggalkan sarapan pagi sebab kalau perut lapar kita akan makan lebih banyak masa makan tengahari.

2) Diet Yang Memaksa Diri
Apa maksud diet yang memaksa diri ni? Diet memaksa diri adalah diet yang menghalang kita dari makan kelompok makanan tertentu contohnya demi berdiet, kita tak makan nasi sedangkan nasi tu adalah sumber makanan yang berkarbohidrat. Demi berdiet kita hanya makan sayur dan buah sahaja. Jangan paksa diri mengamalkan diet macamni. Tak sihat.

3) Terlalu Obses Untuk Kurus
Disebabkan terlalu sangat nak kurus, kita mengamalkan diet yang terlalu ketat dan mengikut perasaan. Sesetengah individu mengamalkan bulimia (memuntahkan semula makanan yang dimakan). Saya baru tulis je perkataan ni dah terasa sakit perut. Apatah lagi orang yang mengamalkannya. Memang saya akui mengamalkan bulimia sangat berkesan mengawal berat badan tanpa perlu mengawal makan kita tapi tubuh badan kita akan menjadi tidak bermaya akibat kekurangan nutrien yang sepatutnya diperlukan oleh tubuh. Lebih dahsyat lagi jika amalan kita tu mengundang maut. Nak kurus punya pasal sampaikan mengancam nyawa sendiri.

 Bulimia

Jadi, jangan tergesa-gesa untuk segera kurus. Bersabar dan jalankan diet dengan betul.

Kalau kurus macamni cantik ke?


*** Kenyataan atau produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit..Hubungi saya di 019-9084549 (call/sms) atau email razfura@gmail.com untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut.***


Bermain Dengan Bayi Dalam Kandungan






Mengandung adalah saat yang paling manis dalam hidup seorang isteri. Tak kiralah berapa kali pun wanita itu menempuhi saat-saat kehamilan, perasaan gembira itu tidak boleh dinafikan. Saya suka tengok perempuan mengandung. Pada wajah mereka terpancar seri bahagia dan ibu mengandung ini kelihatan sangat cantik di mata saya.

Pada hari pertama disahkan mengandung pasti setiap ibu bagaikan tidak sabar menanti 9 bulan lagi untuk melihat wajah dan memeluk si kecil yang lahir dari rahim mereka. Tahukah ibu-ibu sekalian bahawa anda tak perlu menunggu anak yang dikandung lahir untuk bermain dengannya? Sejak bayi di dalam rahim sekalipun anda dan suami sudah boleh bermain dengannya. Malah mungkin anda berdua akan terkejut dengan respon yang diberikan olehnya. Jika anda mempunyai anak yang lebih besar anda boleh juga menjadikan aktiviti bermain dengan janin sebagai aktiviti keluarga.

Teringat saya ketika ibu saya mengandungkan adik kami yang bongsu. Hampir setiap malam, kami tiga beradik dengan disertai ayah mengelek perut ibu. Berebut-rebut nak usik benjolan perut ibu. Memang sangat menyeronokkan dan saya masih ingat detik si janin 'cuba lari' dari usikan kami kemudian timbul pula benjolan di bahagian lain perut ibu. Hehehe macam main kejar-kejar. Tapi game ni dinamakan kejar-kejar bersama adik belum lahir. Best kan?

Kaedah merangsang bayi di dalam kandungan ini ada tiga kaedah yang mudah dan senang iaitu rangsangan suara, rangsangan sentuhan dan rangsangan cahaya. Tambahan lagi menurut kajian yang dijalankan di Boston University, Amerika Syarikat mendapati kebanyakan anak yang telah belajar sejak dari kandungan menunjukkan kemampuan kecerdasan majmuk (multiple intelligence) apabila memasuki alam persekolahan. Bakal ibu-ibu harus tahu bahawa apa pun rangsangan yang diberi kepada bayi di dalam kandungan anda pasti memberi manfaat yang besar pada janin.

Rangsangan Suara


Mainkan alat muzik seperti piano


Bayi dalam kandungan anda telah berupaya mendengar dalam usia 26 minggu atau trimester ketiga. Cecair ketuban menjadi pengantara penghantar gelombang suara yang baik untuk janin sehinggakan rangsangan suara dari sekeliling dan dari luar rahim juga dapat didengari olehnya. Muzik yang dapat menenangkan si ibu atau yang membuatkan ibu berasa relaks belum tentu memberikan kesan yang sama untuk janin. Suara atau bunyi yang menenangkan janin adalah bunyi yang berirama teratur atau bunyi degupan jantung ibunya sendiri. Teknik bermain dengan janin menggunakan kaedah rangsangan suara:

  • Memperdengarkan janin anda dengan muzik yang mempunyai nada yang teratur iaitu bermula dari nada rendah hingga nada tinggi. Hrmmm...muzik yang macamana teratur ye? Mungkin macam Beethoven's Fifth Symphony sesuai.
  • Berbual dengan janin menggunakan pelbagai intonasi. Sambil-sambil tu usaplah perut tu. Suami pun boleh buat. So romantik kan?
  • Memainkan alat muzik seperti piano atau gitar. Yang ni saya tak boleh komen sebab saya tak tahu main dua alat muzik ni. Lagipun kita bukan macam mat salleh kat gambar atas tu ada piano sendiri. Ni sesuai untuk Najwa Latif nanti bila dia mengandung.
  • Sebagai orang Islam, pendengarkan juga bacaan al-Quran pada janin. 
Rangsangan Sentuhan



Mengusap lembut perut

Janin seusia 16 minggu sudah memberi tindak balas terhadap sentuhan, usapan dan tekanan di perut ibunya. Haaa...masa nilah boleh main 'kejar-kejar bersama janin' yang macam saya cerita kan di atas tadi. Cara bermain dengan janin melalui kaedah rangsangan sentuhan ini adalah:

  • Mengetuk perut dengan beberapa kiraan kemudian menunggu janin memberi tindak balas. Antara tindak balasnya adalah menekan kaki atau tangannya ke permukaan perut ibu.
  • Mengusap-usap bahagian perut yang menonjol akibat tekanan yang dilakukan oleh tubuh janin.
  • Menekan bahagian perut yang menonjol kerana tekanan kaki dan tangan janin. Biarkan dia membalas dengan menunjukkan tonjolan di bahagian lain di perut anda.
Soalan bonus: Pernah tak janin bertindak balas dengan kehadiran ayahnya? Pernah tak dia menendang suami anda ketika suami anda memeluk anda? Best kan?

Rangsangan Cahaya

Kelopak mata janin sudah boleh dibuka pada usia 28 minggu. Janin akan menunjukkan tindak balas terhadap cahaya apabila perut ibunya disinari. Tindak balasnya boleh dilihat melalui dengupan jantungnya. Ada kalanya janin mampu menggerakkan tangannya mendekati matanya yang silau akibat disinari. Kaedah bermain dengan janin melalui rangsangan cahaya:
  • Ajak janin berbual ketika berada dalam tempat gelap kemudian berpindah ke tempat terang.
  • Suluh lampu ke merata tempat di bahagian perut. Hidup dan matikan lampu suluh secara berselang seli sambil dihalakan ke bahagian perut berulang kali.
Nasihat saya kepada semua bakal-bakal ibu, nikmatilah alam kehamilan anda dengan sebaik-baiknya. Ingatlah bukan semua wanita merasai nikmat yang anda rasai. Pengalaman hamil itu indah dan menyeronokkan. Kalau rajin dan ada banyak masa boleh juga buat seperti kawan saya...mencatat setiap detik kehamilannya, kemudian di scrap book kan. Akhir kata buat masa ni "SELAMAT MENGANDUNG"



*** Kenyataan atau produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit..Hubungi saya di 019-9084549 (call/sms) atau email razfura@gmail.com untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut.***


Monday 24 June 2013

Makanan Tambahan Untuk Ibu Mengandung


Bagi ibu yang mengandung buat pertama kali, mereka akan mengalami beberapa kesukaran kerana masih tertanya-tanya apa yang patut dimakan dan apa yang tak boleh dimakan sepanjang kehamilan. Ketika mengandung ibu memerlukan semua khasiat sepenuhnya kerana bayi memerlukan makanan berkhasiat yang diberikan oleh ibu daripada sumber makanan yang diambil.

Perlu diingat bahawa makanan yang diambil sewaktu hamil membekalkan keperluan kepada anak dan ibu sekaligus. Berikut adalah antara zat yang diperlukan oleh ibu yang mengandung untuk mendapatkan anak yang sihat, cerdas dan pintar:

  1. Protein - Protein merupakan zat yang penting untuk membina tisu-tisu. Pertumbuhan janin, uri, rahim, tisu buah dada dan bekalan darah bergantung pada bekalan protein yang secukupnya. Sumber protein yang utama ialah susu, daging, ikan, telur dan kekacang. Sumber protein juga terdapat dalam ESP Shaklee
  2. Kalsium - Bayi dalam kandungan memerlukan kalsium untuk pertumbuhan gigi dan tulang. Ibu juga memerlukannya untuk pembentukan gigi, tulang, pengumpalan darah yang normal serta fungsi-fungsi otot dan saraf. Susu dan bahan tenusu ialah sumber diet yang terbaik bagi kalsium. Sekiranya penambahan kalsium yang diperlukan tidak dipenuhi dengan pengambilan makanan setiap hari untuk memenuhi keperluan bayi, kalsium akan diambil dari tulang ibu. Sumber kalsium boleh didapati dalam OsteMatrix Shaklee
  3. Zat Besi (Iron) - Penting untuk penghasilan darah. Ia bahagian terpenting dalam hemoglobin yang membawa oksigen di sekeliling tubuh. Bekalan darah akan bertambah semasa hamil menyebabkan ia memerlukan zat besi. Bayi juga memerlukan zat besi untuk pertumbuhan yang normal. Sekiranya diet ibu yang hamil kekurangan zat besi, kekurangan darah akan dialami. Sumber zat besi yang terbaik adalah hati, daging, ginjal, ayam dan ikan. Selain itu juga, ia boleh didapati daripada sayur-sayuran hijau, bijirin sempurna, kekacang dan kismis. Vita-Lea Shaklee juga membekalkan sumber zat besi kepada ibu hamil.
  4. Asid Folik - Asid folik sejenis Vitamin B amat diperlukan untuk pembentukan sel-sel darah merah tambahan. Bayi memerlukan pertumbuhan sel-sel. Kekurangan asid folik akan mengakibatkan anemia atau kekurangan darah. Asid folik terdapat dalam hati, ginjal, sayur-sayuran berdaun hijau, kekeras, bijirin sempurna dan oren. Selain itu, asid folik juga terdapat dalam Vita-Lea dan B-Complex Shaklee. Kecacatan tulang belakang bayi dapat diatasi dengan pengambilan asid folik.
  5. Vitamin C - Menggalakkan penyerapan zat besi. Buah-buahan segar terutamanya buah-buahan jenis limau dan jambu membekalkan keperluan vitamin C untuk ibu hamil. Sumber Vitamin C boleh didapati dari Sustained Release Vita C Shaklee.
  6. Asid Lemak Tepu - Amat penting kerana ia diperlukan untuk menghasilkan sel-sel baru. Boleh didapati dari OmegaGuard Shaklee
Set Vitamin Kehamilan Shaklee



*** Kenyataan atau produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit..Hubungi saya di 019-9084549 (call/sms) atau email razfura@gmail.com untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut.***

OsteMatrix





Kalsium yang isinya paling seimbang memastikan kadar penyerapannya adalah 99%. Formulanya unik, dibuat dari mineral semulajadi dan garam mineral dari Laut Mati, mengandungi kalsium, megnesium, fosforus dan vitamin D, zinc, kuprum, manganes dan boron. Nutrien-nutrien ini perlu diambil bersama-sama untuk penyerapan oleh tubuh dan menghalang endapan sesetengah mineral. Kajian telah membuktikan supplemen kalsium akan meningkatkan ketumpatan tulang wanita yang telah berumur secara berkesan.

Manfaat Utama

  • Menguatkan Tulang - Kalsium menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka, gigi, sistem saraf. Ia juga merawat tulang retak, osteomalacia (rickets dewasa), kuku rapuh, eczema, konvulsi/kekejangan, gusi berdarah dan merangsang darah untuk memekat.
  • Memperbaiki Kekejangan dan Kebas-kebas - Pengambilan 600 mg kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan artritis.
  • Meringankan Stress - Ianya mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf, menggalakkan tidur selesa, memperbaiki jantung berdebar, gementar, mimpi buruk dan stress. Juga memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam.
  • Memperbaiki Masalah Haid - Kajian menunjukkan dengan mengambil 1000 mg kalsium dan megnesium serentak meringankan sakit waktu haid dan membantu membuang air kecil.
  • Pengalkalian Tubuh - Kalsium adalah mineral alkalin, dan ianya berkesan memastikan imbangan pH tubuh. Ianya juga menghalang obesiti di waktu umur tua. Tambahan pula kalsium membantu sel menyerap nutrien dan merangsang detoksifikasi.
  • Memperbaiki Hiperaktiviti Perut dan Sakit Gastrik
  • Vitamin D - Dinamakan sebagai vitamin D pada 1916 bila didapati ia mampu merawat penyakit rickets. Ia meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus untuk meninggikan ketumpatan tulang, menguatkan kerangka, memperbaiki penyakit periodontal. Vegetarian yang kurang terdedah pada matahari sewaktu musim panas, individu melebihi 55 tahun, wanita hamil dan kanak-kanak perlu mengambil supplemen vitamin D.
  • Magnesium - Ini ialah ion positif no 2 penting di dalam tubuh kita. Ianya menggalakkan komposisi tulang dan rawan. Membantu sistem saraf, mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga, pengecutan saraf dan otot, menstabilkan denyutan tidak sekata pesakit jantung, memudahkan rembesan keluar sisa dari perut dan usus, menghalang endapan kalsium, melarut dan mengurangkan formasi batu karang atau batu hempedu. Ianya juga penting untuk mereka yang mempunyai masalah fluktuasi glukos.
  • Zinc, Boron, Manganes, Kuprum - Memelihara metabolisma kerangka dan pertumbuhan otot, menyusun enzim yang diperlukan untuk memperbaiki tulang, rawan dan menghalang artritis.
Bagaimana Memilih Kalsium Premium?
  • Pilih produk yang ada vitamin D dan magnesium
  • Elakkan produk yang diperbuat dari tulang dan dolomite untuk mengelakkan keracunan plumbum
  • Elakkan mineral chelated kerana proses tersebut boleh menyebabkan tubuh menyerap logam berat tercemar dan toksin dalam proses menyerap mineral.


*** Kenyataan atau produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit..Hubungi saya di 019-9084549 (call/sms) atau email razfura@gmail.com untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut.***

Omega Guard






Manfaat Utama

  • Asid Lemak - Omega 3 merupakan asid lemak yang penting yang tidak dapat dihasilkan oleh badan kita. Oleh itu, kita perlu mengambilnya dari makanan. Omega 3 dari asas tumbuhan tidak boleh ditukarkan kepada EPA dan DHA secara berkesan oleh badan. Omega 3 membantu rembesan prostaglandin dengan lebih berkesan untuk menghalang prostetomegaly dan membuang air kecil yang timbul daripada punca andropos. Ia juga boleh mengimbangi perubahan dalam kepekatan hormon wanita yang menyebabkan PMS, bagi kulit licin dan kemerah-merahan.
  • Mencegah Penyakit Saluran Darah Dan Strok - DHA dan EPA boleh menentang thrombosis, tekanan darah tinggi yang lebih rendah dan kepekatan darah, melincirkan saluran darah, dan peredaran darah yang lancar. Oleh sebab itu, ia efektif untuk membantu mengekalkan tekanan darah normal dan ketegangan di leher atau pun sakit kepala. Ia juga merendahkan kolesterol, menghindar pembekuan darah di dalam badan, membantu mengekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolesterol LDL, mengawal masalah obesiti, mencegah arteriosclerosis, myocardial infarction, membantu mengurangkan risiko sakit jantung.
  • Membantu Tumbesaran dan Perkembangan Otak Janin dan Membantu Perkembangan Memori - DHA adalah nutrien utama untuk otak, sistem saraf dan retina. Ia penting terutamanya pada 3 bulan terakhir perkembangan otak janin semasa dalam kandungan. Susu ibu mengandungi kandungan DHA yang tinggi. DHA meningkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran, mencegah penyakit Alzheimer, memelihara penglihatan dan pendengaran dan mencegah migrain. satu hidangan Omega Guard dapat membekalkan 905 mg asid-asid lemak omega 3 EPA dan DHA.
  • Meningkatkan Sistem Imun dan Menyihatkan Paru-Paru - Mengawal sistem imun seperti memperbaiki alahan kulit, psoriasis, demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE (lupus erythematosus) dan penyakit buah pinggang.
  • Menentang Kanser - Kajian telah menunjukkan bahawa Omega 3 boleh mencegah kanser paru-paru, payudara, prostat dan kolon. Ia juga boleh meningkatkan enterogastritis, merangsang kesihatan hati selepas pembedahan dan membantu pankreas pesakit kanser untuk berfungsi dengan lebih efektif.
  • Memelihara Fungsi-Fungsi Sendi (Arthritis) - Paras asid lemak omega 3 larut dalam tisu rawan. Oleh sebab itu ia boleh mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tisu rawan. Ia mencegah arthritis, memelihara fungsi-fungsi sendi dan gout dengan lebih efektif.
  • Mencegah Insomnia dan Membantu Mengurangkan Tekanan - Kajian telah membuktikan bahawa EPA dan DHA mempunyai keupayaan untuk menstabilkan emosi dan membantu dalam perkembangan kesihatan mental, termasuk kemurungan, tekanan, kebimbangan (anxiety), neurasthenia, insomnia, autism, kanak-kanak hiperaktif dan penyakit schizophrenia.


*** Kenyataan atau produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit..Hubungi saya di 019-9084549 (call/sms) atau email razfura@gmail.com untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut.***

Sustained Release Vita C 500 mg






"Sains pembebasan berterusan secara semulajadi" vitamin C telah direka oleh Shaklee. Setiap tablet vitamin C mengandungi 7.5 hidangan sebiji buah termasuk kulitnya (500 mg) dan pembebasan 1.5 vitamin C buah tersebut ke dalam tubuh kita setiap jam. Ujian klinikal telah membuktikan vitamin C di dalam 2 tablet vitamin Shaklee (di dalam jurang masa 5 jam) mampu kekal di dalam plasma darah kita selama 24 jam. Setiap tablet mengandungi 120 mg bioflavonoid (25% dari bioflavonoid diekstrak dari kulit buah) yang juga dikenali sebagai Vitamin C-Kompleks. Ia mempunyai kemampuan meningkatkan keberkesanan vitamin C di dalam tubuh kita, melegakan inflamasi, menentang infeksi bakteria dan radikal bebas.

Manfaat Utama

  • Membentuk Kolagen - Merangsang pembentukan kolagen. Kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Oleh itu, ianya mampu mempertingkatkan kedut dan menghalang otot menjadi lembik.
  • Memperbaiki Simptom Pendarahan - Kekurangan vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam dikulit, pemulihan kecederaan yang lambat, kulit kering, ruam dan kulit kasar.
  • Meningkatkan Sistem Imun - Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, mempertingkatkan alergi hidung dan kulit, asma. Juga menyingkatkan waktu pemulihan dan mengurangkan simptom flu dan selsema.
  • Memerangi Kanser - Ia adalah satu-satunya anti-oksidan yang berkuasa, mampu meningkatkan interferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel-sel kanser dan membuang kimia merbahaya dari tubuh kita dengan berkesan. Ia juga mampu menghapuskan radikal bebas sebelum ia menyerang sel-sel kita.
  • Mencantikkan Kulit - Ambil vitamin C setiap hari untuk kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukan pigmen. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat.
  • Memperbaiki Insomnia - Ia memperbaiki insomnia, stress masalah berkaitan mental seperti keresahan.
  • Mengekalkan Kolesterol Sihat - Ianya mampu mengurangkan kolesterol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghindarkan arteriosclerosis, thrombus, menghalang pendarahan dalaman, hidung berdarah, pendarahan serebral dan skurvi.


*** Kenyataan atau produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit..Hubungi saya di 019-9084549 (call/sms) atau email razfura@gmail.com untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut.***

B-Complex






Para saintis Shaklee telah mencipta asid folik secara semulajadi yang pertama di dunia dengan kadar keboleh serapan yang sangat tinggi dan berkualiti. Ini kerana, asid folik yang semulajadi tidak mudah untuk diserap oleh tubuh, dan hampir 99% asid folik yang terdapat dalam pasaran bersifat sintetik. B-Complex Shaklee mengandungi 8 komponen penting vitamin B, termasuklah 100% biotin dan asid folik. Kesemua 8 komponen ini perlu ada pada vitamin B-Complex untuk mendapatkan keseimbangan dan keberkesanan yang sempurna.

Kelebihan atau kekurangan akan menyebabkan ketidakseimbangan vitamin B dalam tubuh. Vitamin B adalah vitamin larut air, sebarang lebihan tidak akan disimpan sebaliknya disingkirkan melalui sistem pencernaan. Oleh itu, adalah sangat penting untuk kita mengambil vitamin B kompleks setiap hari.

Manfaat Utama

  • Menukar Makanan Kepada Tenaga - Bantu penghadaman, menukar lemak, karbohidrat dan protein kepada tenaga dan sekaligus mengurangkan masalah keletihan/kelesuan.
  • Melawan Tekanan - Memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia.
  • Membantu Tumbesaran - Menggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal bagi bayi dan kanak-kanak. Membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak atau tulang belakang.
  • Rambut Beruban dan Gugur - Membaiki masalah kulit kepala, kelemumur, rambut gugur, beruban dan mengekalkan kesihatan rambut.
  • Baik untuk Mata - Mengurangkan masalah keletihan mata, mencegah katarak, meningkatkan kualiti penglihatan, perkasakan memori dan daya pemerhatian/fokus.
  • Mencegah Anemia - Membantu pembentukan sel darah merah yang sihat dan antibodi, merangsang sirkulasi darah dalam tubuh, merendahkan paras sistin untuk kesihatan kardiovaskular, merawat atau mencegah anemia, sakit kepala, pening, lemah semangat, keletihan, migrain, muntah-muntah, mabuk darat atau laut.
  • Meredakan Senggugut - Baik untuk masalah senggugut (PMS), meredakan kerisauan, keresahan dan masalah penghadaman terutamanya mereka yang mengambil ubat hormon dan ubat tahan sakit.
  • Mencegah perlcche - Dikenali juga sebagai kerekahan mulut (mounth chilitis), mencegah jangkitan lidah (glossitis), nafas berbau.
  • Detoksifikasi - Meredakan alahan.
Bagaimana Memilih B-Kompleks Yang Baik?
  1. Mengandungi kesemua 8 vitamin - B1, B2, B3, B5, B6, B12, asid folik dan biotin sebagaimana dinyatakan dalam RDA (kesemuanya perlu diambil pada masa yang sama)
  2. Harus mengandungi 100% RDA untuk asid folik dan biotin.
  3. Pastikan jurang peratusan nilai harian, B1, B2, B3 dan B12 yang tidak terlalu besar.
  4. Elakkan mengambil B-kompleks yang menawarkan rumusan larut air (sustain release)


*** Kenyataan atau produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit..Hubungi saya di 019-9084549 (call/sms) atau email razfura@gmail.com untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut.***

Vita-Lea Iron Formula





Manfaat Utama

  • Penambahan Tenaga Segera - Pemberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental, sekaligus membantu sistem memori dan fokus dalam aspek pembelajaran mahupun kerja seharian.
  • Pelengkap Nutrisi - Kekurangan pelbagai vitamin dan mineral penting akibat amalan diet yang tidak seimbang terutamanya mereka yang mengamalkan vegetarian dan anaemia.
  • Keupayaan Sistem Produktif - Penting kepada kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar.
  • Metabolisma - Sangat membantu dalam stimulasi metabolisma dan melambatkan proses penuaan.
  • Elemen Penting Pada Sel Tubuh - Menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku dan hormon, serta menjaga kesihatan tirod.
  • Melindungi Organ - Melindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati.
Fakta Nutrisi Di Dalam Vita-Lea
  •  Vita A -  Kesihatan mata, kulit, anti-oksida, melawan kanser, cegah rabun malam, bantu tumbesaran, kuatkan kerangka tulang, gusi, gigi, sistem respiratori, sistem imun dan rambut yang sihat.
  • Vita D - Perkasa kepadatan tulang, mencegah penyakit tulang lembut, osteoporosis dan psoriasis.
  • Vita E - Anti-oksida, kepejalan kulit, kulit berseri, melancar sirkulasi darah, mencegah darah beku, sakit jantung, katarak, atritis, baik untuk sistem produktif lelaki, mengurangkan kesan parut.
  • Vita C - Anti-oksida, melawan kanser, merangsang formasi kolagen, meningkatkan daya tahanan penyakit, percepat sembuh luka, mencegah selsema, gusi berdarah, darah beku, hidung berdarah.
  • Asid Folik - Kesihatan fetus, merangsang pengeluaran susu badan, kesihatan sel darah merah, kurangkan risiko sakit jantung dan kanser serviks, anemia, osteoporosis, tekanan, ulser mulut, kesihatan kulit.
  • Vita B1 - Menukarkan makanan kepada tenaga, perkasa memori, kecerdasan mental, membina dan merangsang peredaran darah, bantu tumbesaran, masalah keresahan, mabuk laut/darat, mengurangkan petanda herpes zoster.
  • Vita B2 - Tukarkan makanan kepada tenaga, anemia, keletihan mata, katarak, jangkitan lidah dan mulut, kekejangan.
  • Vita B3 - Tukar makanan kepada tenaga, menghasilkan hormon, merangsang peredaran darah, lower blood ripid, merawat kepeningan, cirit-birit, migrain, ulser, nafas berbau, baik untuk perut dan usus.
  • Vita B6 - Metabolisma protein, baiki otot, senggugut, penenang, elakkan muntah-muntah, bibir kering, glossitis, dermatitis, kekejangan, kebas, anemia.
  • Vita B12 - Membantu tumbesaran fetus dan kanak-kanak, bantu selera makan, tindak balas saraf, baik untuk kecerdasan otak, kekuatan fizikal, memori, fokus, keupayaan seksual dan mengelakkan anemia, keletihan, keresahan, diabetis, rabun.
  • Biotin - Bantu B-Kompleks berfungsi lebih efektif, cegah rabun, rambut beruban dan gugur, diabetis, sakit otot, ekzema dan keradangan kulit.
  • Vita B5 - Meredakan tekanan, kesan penenang, melawan alahan, sembelit, keletihan, atritis, meredakan kesan sampingan akibat antibiotik, mencegah jangkitan, percepat sembuhan luka.
  • Kalsium - Perkasakan tulang dan gigi, darah beku, kebas, kejang, rasa sakit, insomnia, mengekalkan kadar dengupan jantung normal, mencegah osteoporosis/penyakit tulang lembut.
  • Fosforus - Meningkatkan kepadatan tulang, diabetis, batu karang, mencegah pereputan tulang, membantu tumbesaran, meredakan kesakitan akibat atritis, anoreksia.
  • Iodin - Baik untuk tirod, membantu tumbesaran fetus, tingkatkan kadar IQ kanak-kanak, membina ligamen/otot dan kesinambungan tisu-tisu, kekuatan fizikal, mengawal berat badan.
  • Zat Besi - Membentuk hemoglobin, redakan kesakitan akibat PMS (senggugut), membantu tumbesaran, melawan penyakit, mengelakkan keletihan, anemia.
  • Magnesium - Kesihatan tulang, gigi, merehatkan otot dan sistem saraf, sifat penenang semulajadi, mencegah tekanan, diabetis, sakit jantung, batu karang, sakit buah pinggang, hati dan masalah penghadaman.
  • Copper - Membantu menukarkan zat besi kepada hemoglobin, kesihatan rambut, edema, penyakit berkaitan tulang, masalah kebengkakan.
  • Zink - Perkasa sistem imun, percepat sembuhan luka, keupayaan seksual lelaki, mencegah masalah prostat, baik untuk deria rasa dan bau, ketajaman minda.


 *** Kenyataan atau produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit..Hubungi saya di 019-9084549 (call/sms) atau email razfura@gmail.com untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut.***

Energizing Soy Protein (ESP)





Energizing Soy Protein merupakan satu-satunya produk di dalam pasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Ia turut diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral. Sangat sesuai untuk semua peringkat umur - tua dan muda. Manakala, Indeks Glisemik (G.I) yang rendah iaitu 39 menjadikan ia sangat sesuai kepada penghidap kencing manis.

Satu hidangan ESP Shaklee ini bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu, rendah lemak, tiada kolesterol, tiada asid uric dan sangat mudah diserap oleh tubuh manusia.

Manfaat Utama

  • Awet muda - Asid amino penting untuk membina otot, kuku, rambut, darah, organ, kulit, gland dan lain-lain. Pengambilan yang kerap adalah kunci kepada awet muda.
  • Baik untuk Hormon - Kacang soya adalah satu-satunya tumbuhan yang kaya dengan isoflavones, fungsinya bersamaan dengan hormon wanita. Ia membantu merendahkan paras kolesterol, mencegah risiko osteoporosis dan sakit jantung.
  • Baik untuk Prostat - Genistein yang terkandung dalam kacang soya terbukti keupayaannya mengekang pertumbuhan dan perebakan sel kanser. Ia memusnahkan radikal bebas di dalam sel badan sebelum ia menukarkan sel DNA kepada sel kenser. Ia juga sangat baik dalam pemulihan uterus, ovari, menopaus dan pembesaran prostat.
  • Kulit Remaja - Merangsang pembentukan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan, agen anti-penuaan, mengembalikan radian kulit dan kepejalan otot, percepat sembuhan luka dan mengurangkan kesan parut.
  • Pembekal Tenaga - Membekal tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun, maka ia baik untuk kekal bertenaga, mencegah migrain, imsomnia dan tekanan.
  • Membaiki Pigmentasi - Membaiki masalah rambut seperti beruban dan rambut gugur, membaiki masalah pigmentasi, kedutan dan kesan tua.
  • Membaiki Memori - Meningkatkan kualiti memori, vitaliti, dorongan seksual dan rangsangan.
Kepentingan Protein

Protein adalah bahan utama dalam pembentukan pelbagai organ dan tisu dalam badan serta komponen utama kepada sistem hormon manusia. Ia juga merangsang fungsi psikologi. Maka, setiap organ kita memerlukan protein. Kekurangan protein menyebabkan kelemahan dalam sistem imun untuk melawan penyakit, masalah lebihan air yang tinggi dalam badan, kehilangan kepejalan otot, perubahan warna rambut, bantut pertumbuhan, masalah penghadaman, masalah penghasilan darah dan hormon, dan akhirnya boleh menyebabkan kepada kegagalan fungsi organ yang akhirnya boleh membawa kepada kematian.

Apa Itu Asid Amino?

Protein terdiri lebih daripada 20 jenis asid amino yang setiap satunya akan menghasilkan jenis protein yang berbeza mengikut kepada keperluan protein dan enzim yang diperlukan oleh tubuh manusia.

Terdapat asid amino tertentu yang dapat dihasilkan sendiri oleh tubuh manusia. Ini dikenali sebagai asid amino tak perlu. Manakala asid amino yang tidak boleh dihasilkan oleh manusia dan harus diperolehi dari sumber pemakanan dikenali sebagai asid amino perlu. Shaklee menyediakan kesemua asid amino tersebut.

Shaklee menggunakan proses pensijilan tersendiri yang dikenali sebagai Identity Preserved Program (IPP). Ia memastikan kacang soya bebas daripada pendedahan perubahan genetik daripada benih sehingga kepada pengeluarannya.


*** Kenyataan atau produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit..Hubungi saya di 019-9084549 (call/sms) atau email razfura@gmail.com untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut.***

Bayi Hisap Jari - Tanda Alami Gangguan Emosi

Sedapnyer Umar hisap jari

Seorang kenalan saya pernah mengadu mengenai anaknya yang sudah berusia 3 tahun sering menghisap ibu jarinya hinggakan kelihatan jari yang sering dihisap bagaikan haus. Bayi menghisap jari adalah sesuatu yang biasa tetapi bagaimana jika berlaku pada anak yang berusia 3 tahun ke atas? Jika Umar mengekalkan tabiat menghisap jari dia hingga ke peringkat dia berusia 3 tahun mungkin saya juga akan jadi bimbang.

Bayi menghisap jari mereka sejak dalam kandungan

Tabiat menghisap jari pada bayi adalah tindakan refleks bagi bayi yang normal. Umar mula menghisap jari sejak dia berusia 5 bulan. Kadang-kadang habis satu penumbuk dia masukkan ke dalam mulut kecik dia. Kadang-kadang dua-dua penumbuk dia masukkan. Haiyoo koyak lah mulut sayang. Masa mula-mula Umar hisap jari saya dan suami berpendapat yang dia sangat lah comel. Tetapi sebagai ibu saya tak mahu Umar meneruskan tabiat menghisap jarinya tu sehingga dia berusia 3 tahun atas sebab faktor kebersihan (dan ibu takut jari anak 'haus'. Tak cantik lah jari tu nanti hehehe). Tapi saya bernasib baik kerana Umar dah menghentikan tabiat menghisap jarinya itu apabila dia berusia 9 bulan. Cuma saya bimbang tabiat itu akan datang semula dan menjadi tabiat yang memang tak boleh ditinggalkan.

Comel kan budak ni hisap semua jarinya sambil berbogel

Saya pasti bermacam-macam persoalan akan timbul di fikiran ibu bapa yang mempunyai anak yang bertabiat sebegini. Kenapa jadi begini? Apakah ini tabiat semulajadi atau sesuatu yang dipelajari oleh anak dan menjadi kebiasaannya? Mengapa tabiat ini boleh berlaku? Dan yang paling penting, bolehkah tabiat ini dihentikan?

Faktor Penyebab Anak Menghisap Jarinya
  • Tempoh penyusuan susu ibu atau susu formula yang terlalu singkat menyebabkan bayi menukarnya dengan ibu jari untuk dihisap.
  • Kawalan motorik anak kurang menyebabkan anak mengungkapkan perasaannya dengan cara menghisap jari dan menjadikannya satu kebiasaan.
  • Ketegangan emosi. Anak yang berasa takut dan tertekan sering menunjukkan perilaku sebegini.
Akibat Daripada Kebiasaan Menghisap Jari
  • Emosi anak terganggu dan ini menyebabkan dia kurang respon terhadap persekitarannya kerana rasa lebih selesa dengan menghisap jari.
  • Anak sering melamun sambil menikmati kebiasaannya dan menyebabkan anak mempunyai masalah menyesuaikan diri dengan rakan sebaya.
  • Menghisap jari akan mempengaruhi bentuk gigi dan wajah, malah boleh menyebabkan kesukaran sewaktu mengunyah makanan.
Cara Mengatasi
  • Berikan masa yang cukup untuk anak menyusu pada usia bayinya sebelum anda membuat keputusan untuk bercerai susu.
  • Berikan permainan sebagai aktiviti tangan untuk anak yang berusia 2 tahun ke atas untuk mengalihkan perhatiannya daripada menghisap jari. Contohnya bermain puzzle atau lego.
  • Wujudkan suasana selesa dan selamat dalam diri anak dengan cara sentuhan dan belaian penuh kasih sayang.
  • Bantu anak mengatasi masalahnya. Kenalpasti apa yang menyebabkan dia mengalami stress.

*** Kenyataan atau produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit..Hubungi saya di 019-9084549 (call/sms) atau email razfura@gmail.com untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut.***

11 Tips Suami Bantu Isteri Mudah Bersalin





Bagi ibu-ibu yang baru pertama kali bersalin pastinya akan berasa takut, risau dan gementar namun ibu-ibu yang sudah beberapa kali melalui pengalaman bersalin ni tetap tak boleh mengelak dari merasa takut dan bimbang.

Kehadiran orang yang tersayang terutama suami sangat diharapkan dan memberi makna yang sangat besar pada isteri yang sedang berperang dengan kesakitan bersalin. Selain kehadiran suami di sisi isteri ketika proses bersalin berlaku, suami juga boleh melakukan tips berikut untuk memberikan keselesaan kepada isteri yang sedang sakit hendak bersalin malah dapat membantu isteri melalui proses bersalin dengan mudah.

  1. Urut muka isteri akan membuatkan isteri merasa lebih relaks. Usap muka dan leher isteri dengan air atau tuala basah.
  2. Ingatkan isteri supaya ke bilik air setiap jam kerana pundi kencing yang penuh membuatkan kelahiran rasa tak selesa.
  3. Galakkan isteri minum dan makan jika doktor membenarkan untuk memberikan tenaga kepada isteri untuk melahirkan bayi anda.
  4. Suami mesti ringan tulang untuk membantu isteri mengalihkan kedudukan bagi memudahkan lagi proses bersalin.
  5. Urut belakang isteri perlahan-lahan atau kuat mengikut kesukaan isteri.
  6. Sentiasa berada di samping isteri dan jangan jemu membisikkan kata-kata perangsang walaupun mungkin dia tidak suka disentuh waktu itu. Masa ni suami kena berhati kering, manalah tahu tak pasal-pasal pulak kena marah kan hehehe.
  7. Bacakan al-Quran. Surah Yassin dan Surah Maryam antara yang elok diamalkan semasa ini. Anda berdua juga boleh bersama-sama berzikir ketika ini.
  8. Mandi di bawah pancuran air atau tab mandi kerana ia boleh melegakan kesakitan.
  9. Suami kena rajin-rajinlah tuam bahagian belakang pinggang dan ke bawah dengan tuala atau botol berisi air suam.
  10. Minta isteri menghisap ibu jari dengan menekap ke atas (lelangit).
  11. Minta dia fokus mindanya kepada benda lain seperti membayangkan keindahan laut, pemandangan yang sejuk dan bunyi muzik yang menenangkan.


 Apabila isteri mula merasai kontraksi, suami harus lah ingat bahawa emosi isteri akan mula tidak stabil , mudah marah, perengus dan cerewet. Suami perlu tahu bahawa isteri akan mengalami sakit yang berpanjangan. Janganlah merajuk atau ambil hati dengan sikap dan kata-katanya kerana perlu diingat ketika itu yang bercakap adalah kesakitan bukannya isteri anda. Tak salah pun kalau para suami mengalah kan? Perhatikan perubahan emosi isteri dan ikut saja.




 Di saat ini isteri sangat memerlukan sokongan suami. Sentiasa berada di sisi isteri. Jangan serahkan tugas ni pada ibu bapa mertua anda atau yang lebih parah lagi menyerahkan tugas ni bulat-bulat pada nurse yang bertugas. Berikan isteri kata-kata semangat dan luahkan perasaan kasih sayang anda tanda anda menghargai pengorbanan isteri melahirkan zuriat anda. Akhir kata kepada bakal bapa sekalian, selamat menyambut kedatangan orang baru dalam hidup anda suami isteri.




*** Kenyataan atau produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit..Hubungi saya di 019-9084549 (call/sms) atau email razfura@gmail.com untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut.***

Suami Berperut Buncit.Cegah Sebelum Parah


Cerita ni berlaku pada hari Jumaat baru ni. Jam menunjukkan pukul 5.15 petang iaitu waktu ni suami saya pulang ke rumah. Seperti biasa, saya akan memastikan saya dan Umar dalam keadaan yang bersih, kemas dan wangi untuk menyambut suami tercinta. Saya akan memeluk suami sebelum dia mendapatkan Umar. Hehehe masa memeluk suami saya dapat rasakan sesuatu yang sedikit mengganggu pelukan saya. Dah tentunya perut suami yang semakin melabu. Saya ketawa bila menyedari perut suami yang semakin membulat sampaikan dia sendiri terpinga-pinga tak faham apa yang menyebabkan saya ketawa.

Walaupun saya pernah terbaca artikel bahawa bertajuk "Lelaki Boroi Tanda Bahagia" namun saya tetap risau kalau dibiarkan berterusan, tak mustahil penyakit obesiti akan menyerang satu-satunya imam saya tu sekaligus menggugat kebahagiaan rumah tangga kami.

Punca Lelaki Buncit Selepas Kahwin

 * Tidak Beriadah
Sebelum kahwin, suami saya sering melakukan riadah selepas balik dari kerja. Selalunya riadah dilakukan bersama rakan-rakan bujang yang lain seperti berjoging, bermain badminton dan bola sepak. Saya macam tak percaya yang di rumah saya ada tergantung raket badminton. Sejak kahwin raket tu tak pernah diturunkan dari dinding.

Selepas kahwin lebih-lebih lagi selepas kelahiran Umar suami lebih suka menghabiskan masa di rumah sahaja. Kalau disuruh beriadah, alasannya cukup simple,"takde masa".


* Amalan Pemakanan Tidak Sihat
Ini bukan nak puji diri sendiri tau tetapi sejak saya menjadi suri rumah, saya minat mencuba berbagai-bagai resepi baru. Dan dah tentulah suami ditugaskan untuk menguji rasa resepi tersebut. Saya berasa puas jika suami makan dengan banyak dan bersungguh-sungguh. Sedap kot air tangan isteri ni sampai kan perut suami naik bagaikan johan.


* Hubungan Seks
Yang ni tak boleh nak share lebih-lebih. Kalau dah dinamakan suami isteri....tak boleh nak elak dah.
Aktiviti hubungan seks yang dilakukan pasangan berkahwin menjadi salah satu punca masalah buncit kerana air pasangan yang mengalir ke dalam tubuh sewaktu perhubungan dilakukan merangsang perubahan hormon dalaman badan.

Jom Kita Sama-sama Bantu Suami Kita Mengempiskan Perut

  1. Untuk mendapatkan perut yang cantik, penjagaa makanan adalah penting. Sebagai isteri, pemakanan suami menjadi tanggungjawabnya. Elakkan memberi suami makan makanan yang berminyak serta makanan yang mengandungi garam atau gula yang tinggi. Elakkan makanan yang mempunyai bahan perasa, bahan pengawet, MSG dan bahan pewarna yang terlalu tinggi kandungannya.
  2. Nasihatkan suami untuk minum air kosong yang banyak. Amalkan minum dahulu sebelum makan dan angan minum air sejurus selepas makan.
  3. Kurangkan pengambilan nasi dalam makanan suami. Sekurang-kurangnya cukup sekadar sekali sehari. Ajak suami mengamalkan berpuasa sunat pada hari Isnin dan Khamis. 
  4. Nasihatkan suami untuk menguatkan bahagian perutnya sewaktu berjalan-jalan atau semasa berdiri dengan cara menarik nafas bagi merapatkan pusat dengan tulang belakang. Isteri boleh membantu suami dengan cara memeluk sambil mengurut bahagian pinggang dan perutnya.
  5. Pastikan makanan yang masuk ke tubuh suami tidak melebihi tenaga keluar. Jika suami makan banyak, maka gerakkan dia untuk melakukan banyak aktiviti. Mengambil makanan tambahan juga penting untuk membantu meningkatkan kadar metabolisme selain membantu mempercepatkan pembakaran kalori.
  6. Pujuk suami melakukan aktiviti riadah bersama-sama. Kualiti lebih penting berbanding kuantiti. Jangan desak suami melakukan senaman tekan tubi beratus-ratus kali setiap hari sebaliknya satu atau dua sesi seminggu dengan latihan berkualiti sudah memadai.
Supplement untuk mengempiskan perut


*** Kenyataan atau produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit..Hubungi saya di 019-9084549 (call/sms) atau email razfura@gmail.com untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut.***