Tuesday, 25 June 2013

Diet - Betul Dan Salah


Makan secara sihat. Gunakan piramid makanan sebagai panduan

Rutin seorang isteri seperti saya setiap hari adalah memasak untuk keluarga walaupun saya tak berapa pandai memasak. Sebagai isteri dan ibu, kitalah masterchef suami dan anak. Apa yang saya paling saya pentingkan dalam penyediaan hidangan makan untuk suami dan anak? Secara jujur, saya mementingkan rasa yang sedap yang akan membangkitkan selera suami dan anak. Seronok tengok suami makan bertambah-tambah. Diet yang sihat atau seimbang bukan menjadi keutamaan saya sebelum ini.Yang penting sedap hehehe. Sebab tulah suami semakin hari semakin gemuk.

Menyedari 'tumbesaran' suami yang semakin menggalakkan, saya kemudian terfikir inilah masanya untuk kami mengamalkan diet yang seimbang. Seperti yang kita semua sedia maklum, diet yang sihat adalah diet yang mengawal pemakanan secara seimbang tanpa menjejaskan kesihatan diri. Jika diet yang kita amalkan tu betul, maka ia mampu mengekalkan berat badan ideal. Namun, jika tidak betul, ia akan hanya membawa kemudaratan pada tubuh badan kita.

Diet Yang Betul

1) Cari Informasi Tepat
Sebelum mengamalkan sesuatu diet, penting untuk kita mencari informasi yang tepat mengenainya. Sebaik-baiknya dapatkan nasihat atau rujukan dari doktor mengenai tahap kesihatan kita. Minta doktor menerangkan kadar nutrien sebenar yang sesuai untuk kita.

2) Jangan Singkir Kumpulan Makanan Tertentu
Ketika saya masih belum berkahwin, seorang kenalan saya yang bertubuh gempal berdiet untuk menguruskan badannya. Jadi, dia hanya makan sayur-sayuran bersama sedikit nasi selama tempoh dia berdiet. Daging atau ayam memang dia haramkan dari masuk ke dalam pinggannya. Kebanyakan individu yang berdiet seperti kenalan saya ini gemar menyingkirkan makanan tertentu yang dianggap musuh contohnya lemak. Sebenarnya tubuh kita memerlukan keseimbangan nutrien daripada setiap makanan yang kita makan. Ini penting untuk sentiasa bertenaga dan sihat. Kita harus ingat bahawa tubuh kita juga memerlukan karbohidrat dan sedikit lemak.

3) Makan Mengikut Waktu
Penting untuk kita tidak meninggalkan waktu makan kita. Ini kerana, jika kita melewatkan waktu makan kita kemungkinan kita akan makan dalam kuantiti yang lebih banyak disebabkan lapar. Apabila sampai waktu makan, makanlah. Tetapi jangan makan terlalu kenyang, cukup sekadar mengalas perut. Kalau masih lapar selepas makan, jadikanlah buah-buahan sebagai pengganti.

4) Zat Protein Secukupnya
Protein adalah zat penting yang diperlukan oleh tubuh setiap hari. Sumber protein seperti daging, ikan, susu dan lain-lain mampu memberi tubuh mendapat tenaga yang secukupnya. Oleh sebab itu, pengambilan sumber makanan berasaskan protein mengikut kadar yang diperlukan oleh tubuh amatlah perlu. Teknik memasak seperti memanggang, merebus atau secara stim adalah antara teknik sihat memasak sumber makanan berasaskan protein ini. Suami saya amat suka kan ikan stim resepi istimewa isterinya ni hehehe.


Diet Yang Salah

1) Tidak Mengambil Sarapan Pagi
Ramai yang meninggalkan sarapan pagi kerana beranggapan bahawa ia sebagai punca kepada peningkatan berat badan. Saya tak nafikan perkara ni kalau kita sarapan pagi dengan nasi lemak, roti canai dan teh tarik setiap hari. Hehehehe memang sarapan yang padat dengan lemak. Tukarlah sarapan kepada makanan yang berupa bijirin, saya yakin berat badan kita boleh dikawal. Jangan tinggalkan sarapan pagi sebab kalau perut lapar kita akan makan lebih banyak masa makan tengahari.

2) Diet Yang Memaksa Diri
Apa maksud diet yang memaksa diri ni? Diet memaksa diri adalah diet yang menghalang kita dari makan kelompok makanan tertentu contohnya demi berdiet, kita tak makan nasi sedangkan nasi tu adalah sumber makanan yang berkarbohidrat. Demi berdiet kita hanya makan sayur dan buah sahaja. Jangan paksa diri mengamalkan diet macamni. Tak sihat.

3) Terlalu Obses Untuk Kurus
Disebabkan terlalu sangat nak kurus, kita mengamalkan diet yang terlalu ketat dan mengikut perasaan. Sesetengah individu mengamalkan bulimia (memuntahkan semula makanan yang dimakan). Saya baru tulis je perkataan ni dah terasa sakit perut. Apatah lagi orang yang mengamalkannya. Memang saya akui mengamalkan bulimia sangat berkesan mengawal berat badan tanpa perlu mengawal makan kita tapi tubuh badan kita akan menjadi tidak bermaya akibat kekurangan nutrien yang sepatutnya diperlukan oleh tubuh. Lebih dahsyat lagi jika amalan kita tu mengundang maut. Nak kurus punya pasal sampaikan mengancam nyawa sendiri.

 Bulimia

Jadi, jangan tergesa-gesa untuk segera kurus. Bersabar dan jalankan diet dengan betul.

Kalau kurus macamni cantik ke?


*** Kenyataan atau produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit..Hubungi saya di 019-9084549 (call/sms) atau email razfura@gmail.com untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut.***


No comments: