Monday 24 June 2013

11 Tips Suami Bantu Isteri Mudah Bersalin





Bagi ibu-ibu yang baru pertama kali bersalin pastinya akan berasa takut, risau dan gementar namun ibu-ibu yang sudah beberapa kali melalui pengalaman bersalin ni tetap tak boleh mengelak dari merasa takut dan bimbang.

Kehadiran orang yang tersayang terutama suami sangat diharapkan dan memberi makna yang sangat besar pada isteri yang sedang berperang dengan kesakitan bersalin. Selain kehadiran suami di sisi isteri ketika proses bersalin berlaku, suami juga boleh melakukan tips berikut untuk memberikan keselesaan kepada isteri yang sedang sakit hendak bersalin malah dapat membantu isteri melalui proses bersalin dengan mudah.

  1. Urut muka isteri akan membuatkan isteri merasa lebih relaks. Usap muka dan leher isteri dengan air atau tuala basah.
  2. Ingatkan isteri supaya ke bilik air setiap jam kerana pundi kencing yang penuh membuatkan kelahiran rasa tak selesa.
  3. Galakkan isteri minum dan makan jika doktor membenarkan untuk memberikan tenaga kepada isteri untuk melahirkan bayi anda.
  4. Suami mesti ringan tulang untuk membantu isteri mengalihkan kedudukan bagi memudahkan lagi proses bersalin.
  5. Urut belakang isteri perlahan-lahan atau kuat mengikut kesukaan isteri.
  6. Sentiasa berada di samping isteri dan jangan jemu membisikkan kata-kata perangsang walaupun mungkin dia tidak suka disentuh waktu itu. Masa ni suami kena berhati kering, manalah tahu tak pasal-pasal pulak kena marah kan hehehe.
  7. Bacakan al-Quran. Surah Yassin dan Surah Maryam antara yang elok diamalkan semasa ini. Anda berdua juga boleh bersama-sama berzikir ketika ini.
  8. Mandi di bawah pancuran air atau tab mandi kerana ia boleh melegakan kesakitan.
  9. Suami kena rajin-rajinlah tuam bahagian belakang pinggang dan ke bawah dengan tuala atau botol berisi air suam.
  10. Minta isteri menghisap ibu jari dengan menekap ke atas (lelangit).
  11. Minta dia fokus mindanya kepada benda lain seperti membayangkan keindahan laut, pemandangan yang sejuk dan bunyi muzik yang menenangkan.


 Apabila isteri mula merasai kontraksi, suami harus lah ingat bahawa emosi isteri akan mula tidak stabil , mudah marah, perengus dan cerewet. Suami perlu tahu bahawa isteri akan mengalami sakit yang berpanjangan. Janganlah merajuk atau ambil hati dengan sikap dan kata-katanya kerana perlu diingat ketika itu yang bercakap adalah kesakitan bukannya isteri anda. Tak salah pun kalau para suami mengalah kan? Perhatikan perubahan emosi isteri dan ikut saja.




 Di saat ini isteri sangat memerlukan sokongan suami. Sentiasa berada di sisi isteri. Jangan serahkan tugas ni pada ibu bapa mertua anda atau yang lebih parah lagi menyerahkan tugas ni bulat-bulat pada nurse yang bertugas. Berikan isteri kata-kata semangat dan luahkan perasaan kasih sayang anda tanda anda menghargai pengorbanan isteri melahirkan zuriat anda. Akhir kata kepada bakal bapa sekalian, selamat menyambut kedatangan orang baru dalam hidup anda suami isteri.




*** Kenyataan atau produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit..Hubungi saya di 019-9084549 (call/sms) atau email razfura@gmail.com untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut.***

1 comment:

Papaglamz said...

Suami harus belajar sedikit sebanyak tentang apa yang harus dilakukan ketika isteri hendak bersalin. Panduan yang baik.

Hot Entri --> Suami Perlu Lakukan 5 Perkara Ini Ketika Isteri Berpantang | Bertambah-tambah Sayang