Mengandung adalah saat yang paling manis dalam hidup seorang isteri. Tak kiralah berapa kali pun wanita itu menempuhi saat-saat kehamilan, perasaan gembira itu tidak boleh dinafikan. Saya suka tengok perempuan mengandung. Pada wajah mereka terpancar seri bahagia dan ibu mengandung ini kelihatan sangat cantik di mata saya.
Pada hari pertama disahkan mengandung pasti setiap ibu bagaikan tidak sabar menanti 9 bulan lagi untuk melihat wajah dan memeluk si kecil yang lahir dari rahim mereka. Tahukah ibu-ibu sekalian bahawa anda tak perlu menunggu anak yang dikandung lahir untuk bermain dengannya? Sejak bayi di dalam rahim sekalipun anda dan suami sudah boleh bermain dengannya. Malah mungkin anda berdua akan terkejut dengan respon yang diberikan olehnya. Jika anda mempunyai anak yang lebih besar anda boleh juga menjadikan aktiviti bermain dengan janin sebagai aktiviti keluarga.
Teringat saya ketika ibu saya mengandungkan adik kami yang bongsu. Hampir setiap malam, kami tiga beradik dengan disertai ayah mengelek perut ibu. Berebut-rebut nak usik benjolan perut ibu. Memang sangat menyeronokkan dan saya masih ingat detik si janin 'cuba lari' dari usikan kami kemudian timbul pula benjolan di bahagian lain perut ibu. Hehehe macam main kejar-kejar. Tapi game ni dinamakan kejar-kejar bersama adik belum lahir. Best kan?
Kaedah merangsang bayi di dalam kandungan ini ada tiga kaedah yang mudah dan senang iaitu rangsangan suara, rangsangan sentuhan dan rangsangan cahaya. Tambahan lagi menurut kajian yang dijalankan di Boston University, Amerika Syarikat mendapati kebanyakan anak yang telah belajar sejak dari kandungan menunjukkan kemampuan kecerdasan majmuk (multiple intelligence) apabila memasuki alam persekolahan. Bakal ibu-ibu harus tahu bahawa apa pun rangsangan yang diberi kepada bayi di dalam kandungan anda pasti memberi manfaat yang besar pada janin.
Rangsangan Suara
Mainkan alat muzik seperti piano
Bayi dalam kandungan anda telah berupaya mendengar dalam usia 26 minggu atau trimester ketiga. Cecair ketuban menjadi pengantara penghantar gelombang suara yang baik untuk janin sehinggakan rangsangan suara dari sekeliling dan dari luar rahim juga dapat didengari olehnya. Muzik yang dapat menenangkan si ibu atau yang membuatkan ibu berasa relaks belum tentu memberikan kesan yang sama untuk janin. Suara atau bunyi yang menenangkan janin adalah bunyi yang berirama teratur atau bunyi degupan jantung ibunya sendiri. Teknik bermain dengan janin menggunakan kaedah rangsangan suara:
- Memperdengarkan janin anda dengan muzik yang mempunyai nada yang teratur iaitu bermula dari nada rendah hingga nada tinggi. Hrmmm...muzik yang macamana teratur ye? Mungkin macam Beethoven's Fifth Symphony sesuai.
- Berbual dengan janin menggunakan pelbagai intonasi. Sambil-sambil tu usaplah perut tu. Suami pun boleh buat. So romantik kan?
- Memainkan alat muzik seperti piano atau gitar. Yang ni saya tak boleh komen sebab saya tak tahu main dua alat muzik ni. Lagipun kita bukan macam mat salleh kat gambar atas tu ada piano sendiri. Ni sesuai untuk Najwa Latif nanti bila dia mengandung.
- Sebagai orang Islam, pendengarkan juga bacaan al-Quran pada janin.
Mengusap lembut perut
Janin seusia 16 minggu sudah memberi tindak balas terhadap sentuhan, usapan dan tekanan di perut ibunya. Haaa...masa nilah boleh main 'kejar-kejar bersama janin' yang macam saya cerita kan di atas tadi. Cara bermain dengan janin melalui kaedah rangsangan sentuhan ini adalah:
- Mengetuk perut dengan beberapa kiraan kemudian menunggu janin memberi tindak balas. Antara tindak balasnya adalah menekan kaki atau tangannya ke permukaan perut ibu.
- Mengusap-usap bahagian perut yang menonjol akibat tekanan yang dilakukan oleh tubuh janin.
- Menekan bahagian perut yang menonjol kerana tekanan kaki dan tangan janin. Biarkan dia membalas dengan menunjukkan tonjolan di bahagian lain di perut anda.
Rangsangan Cahaya
Kelopak mata janin sudah boleh dibuka pada usia 28 minggu. Janin akan menunjukkan tindak balas terhadap cahaya apabila perut ibunya disinari. Tindak balasnya boleh dilihat melalui dengupan jantungnya. Ada kalanya janin mampu menggerakkan tangannya mendekati matanya yang silau akibat disinari. Kaedah bermain dengan janin melalui rangsangan cahaya:
- Ajak janin berbual ketika berada dalam tempat gelap kemudian berpindah ke tempat terang.
- Suluh lampu ke merata tempat di bahagian perut. Hidup dan matikan lampu suluh secara berselang seli sambil dihalakan ke bahagian perut berulang kali.
*** Kenyataan atau produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit..Hubungi saya di 019-9084549 (call/sms) atau email razfura@gmail.com untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut.***
No comments:
Post a Comment