Senggugut (dismenorea)
Tahap kesakitan bermula dari sakit ringan hingga sakit berat. Terdapat dua jenis kesakitan ketika haid iaitu:
- Kesakitan haid primer - Sakit yang dialami ketika haid pertama akan pulih sendiri selepas hormon stabil atau berlaku perubahan posisi rahim selepas menikah atau melahirkan. Sakit ini normal namun boleh bertambah buruk jika wanita haid menghadapi tekanan perasaan, kejutan, penyempitan pembuluh darah, penyakit lama yang tidak diubati, kurang darah dan kondisi tubuh yang tidak sihat. Gejala ini tidak membahayakan.
- Kesakitan haid sekunder - Sakit ini baru muncul seperti penyakit infeksi rahim, ketumbuhan, tumor sekitar kandungan, kelainan kedudukan rahim yang mengganggu organ di sekitarnya.
Berlaku sebelum ataupun ketika haid, seperti perasaan malas bergerak, badan menjadi lemah, mudah berasa letih, nafsu makan meningkat dan suka makan makanan masam. Emosi juga menjadi tidak stabil, mudah marah, sensitif, berfikiran negatif, mengalami senggugut, sakit kepala dan pinggang terasa sengal.
Amenorea
Amenorea ialah keadaaan tidak mengalami haid sama sekali.
- Hymen Imperforata - Selaput dara tidak berlubang hingga darah haid tidak dapat keluar
- Haid Anovulatoire - Terjadi apabila rangsangan hormon tidak mencukupi bagi membentuk lapisan dinding rahim sehingga tidak terjadi haid atau lapisan terlalu nipis. Ini menyebabkan wanita tidak mengalami waktu subur kerana ovum tidak dihasilkan.
- Amenorea Sekunder - Berlaku pada wanita yang pernah mengalami haid sebelumnya. Hal ini disebabkan oleh pelbagai keadaan seperti tekanan darah rendah, anemia, infeksi atau kelemahan kondisi tubuh secara umum. Ia juga disebabkan tekanan psikologi.
- Menjaram bahagian yang terasa kejang seperti perut atau bahagian belakang pinggang menggunakan botol atau tuala panas.
- Mandi dengan air panas. Selain itu, boleh juga menggunakan aromaterapi bagi menenangkan diri.
- Minum minuman panas yang mengandungi kalsium tinggi.
- Menggosok-gosok perut atau bahagian pinggang yang sakit.
- Mengambil posisi menonggeng hingga rahim tergantung ke bawah.
- Tarik nafas dalam-dalam secara perlahan-lahan.
- Mengambil ubat tetapi harus atas arahan doktor. Minum analgetik (penghilang rasa sakit) yang terdapat di pasaran asalkan dosnya tidak melebihi 3 kali sehari.
- Lakukan senaman yang cukup.
- Jauhi stress.
- Rehat yang cukup.
- Mengambil makanan yang sihat.
- Memperbanyakkan zikir supaya hati menjadi tenang.
No comments:
Post a Comment