Tuesday 25 June 2013

Batasan Seorang Isteri Bersahabat Dengan Lelaki


Ketika saya masih belum berkahwin saya mempunyai ramai kawan lelaki dan perempuan. Oleh sebab saya mengambil jurusan kejuruteraan ketika di universiti maka bilangan kawan lelaki saya adalah lebih ramai dari kawan perempuan. Namun yang menjadi sahabat baik saya sehingga kini adalah tiga perempuan dan seorang lelaki. Sehingga kini saya tidak mengalami masalah dengan suami disebabkan sahabat lelaki saya dan hubungan saya dengan sahabat saya juga tidak terjejas disebabkan suami.

Ramai yang tak percaya bahawa lelaki dan perempuan tidak boleh bersahabat. Malah ada yang menganggap hubungan sahabat antara lelaki dan perempuan takkan wujud. Takkanlah sekadar sahabat kan. Ada juga yang berpendapat sebaik sahaja status diri berubah dari bujang kepada isteri orang, maka hubungan persahabatan dengan lelaki harus ditamatkan. Kat sini saya bercakap mengenai sahabat lelaki bukannya kawan lelaki yang maksudnya memang berbeza.

Bagi seorang isteri banyak batas yang perlu dijaga jika mempunyai sahabat lelaki. Perkara ini harus diberi penekanan kerana ia mungkin akan menjadi punca keretakan rumah tangga. Bayangkan perasaan suami jika isterinya bebas keluar dengan sahabat lelakinya di malam hari. Jadi saya nak kongsi dengan isteri-isteri sekalian batas yang saya tetapkan dalam persahabatan saya dengan sahabat lelaki saya tanpa mengganggu keharmonian rumah tangga saya.

Jangan Bersahabat Dengan Bekas Teman Lelaki

Sebelum menemui suami saya memang mempunyai teman lelaki. Namun setelah berpisah saya memang tidak lagi berhubung dengan bekas teman lelaki saya. Bukanlah saya menjadikan bekas teman lelaki saya sebagai musuh. Jika bertembung kami tetap bertegur sapa dan bekas teman lelaki saya juga ada dalam friendlist laman facebook saya. Hubungan antara saya dan bekas teman lelaki hanya lah sampai di situ sahaja.

Saya amat mengenali suami. Saya tahu dia tidak kisah jika saya bersahabat dengan bekas teman lelaki saya memandangkan hubungan kami berlandaskan kepercayaan antara satu sama lain. Sebagai isteri, saya juga tak kisah jika dia bersahabat dengan bekas teman wanitanya. Walaupun begitu, sebagai seorang isteri saya harus menjaga hati suami saya. Mana tahu di mulut dia cakap tak kisah sedangkan sebenarnya jauh di sudut hati, dia menyimpan perasaan curiga. Tindakan berhubung rapat dengan bekas teman lelaki mungkin akan mengimbau kembali kenangan lama. Kenangan waktu bercinta lebih-lebih lagi cinta pertama memang menyeronokkan. Pada pendapat saya, membina semula hubungan rapat dengan bekas teman lelaki pasti akan menggalakkan cinta lama kembali bertaut samada secara sengaja atau tidak. Jadi lebih baik jauhkan diri dari bekas teman lelaki jika anda sayangkan rumah tangga anda.

Hindari Keluar Berdua

Walaupun sudah lama saya bersahabat dengan sahabat saya namun tidak pernah sekali pun saya keluar berdua-duaan dengannya. Selalunya kami akan keluar beramai-ramai dan setelah saya berkahwin saya akan membawa suami sekali dalam pertemuan kami. Meski pun kita berniat baik dan telah mendapat izin suami, keluar berdua dengan sahabat lelaki harus dihindari kerana ia akan mengundang curiga orang lain yang akan mengundang cakap-cakap kurang enak. Bayangkan perasaan suami jika cakap-cakap ni sampai ke telinganya?

Jangan Bercerita Rahsia 

Wanita memang diakui suka bercerita namun hati-hati kerana tidak semua benda boleh diceritakan. Rahsia rumah tangga lebih-lebih lagi hal urusan di kamar tidak boleh diceritakan bukan sahaja pada sahabat lelaki malah pada sesiapa sahaja. Sebagai seorang isteri kita juga tidak boleh mempunyai rahsia dengan sahabat lelaki kita yang tidak diketahui oleh suami. Saya sentiasa berpegang pada prinsip, jika saya berkongs sesuatu yang eksklusif dengan rakan lelaki bukannya suami saya, bermakna saya telah meletakkan suami saya bukan pada keutamaannya.

Sebenarnya ada banyak perkara lain lagi yang menjadi batasan persahabatan antara seorang isteri dengan sahabat lelakinya. Cuma buat masa ini hanya ini je perkara yang saya terfikir. Sebenarnya isu ini timbul sebab ketika ini sahabat lelaki saya sedang sangat sibuk dan sudah hampir seminggu kami tidak bertanya khabar. Mungkin disebabkan teringat kan dia lantas saya menulis entry ini di samping untuk berkongsi dengan para isteri di luar sana.

Nasihat saya, tak salah untuk kita bersahabat dengan seorang lelaki asalkan kita tahu menjaga batasan dan sempadan sebagai seorang isteri dan sebagai seorang Islam dalam bersahabat. Jangan sesekali mensia-siakan kepercayaan yang telah diberi oleh suami dan yang paling penting sekali dalam bersahabat dengan lelaki hati suami haruslah dijaga. Carilah sahabat lelaki yang faham situasi kita sebagai isteri orang dan menghormati status kita itu. Jika dia tak boleh memenuhi dua syarat mudah ini maka bye bye. Tak perlu bersahabat dengan orang macmni.



*** Kenyataan atau produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit..Hubungi saya di 019-9084549 (call/sms) atau email razfura@gmail.com untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut.***

12 comments:

Unknown said...

ramai yang terbabas... sbb wanita ni cepat nak luahkan perasaan masalah rumah tangga & yg lelaki pulak ambil kesempatan, tunjukkan kasih sayang....

Safura Makmim said...

betul..kebanyakan isteri curang dengan sahabat baiknya sendiri.sebab tu kena jaga batas2 bersahabat ni.

memory lane said...

I have two best friend ..n we have been friend since 97 and 2002. And both are man. They are my shoulder to cry on...:p

Safura Makmim said...

hehe i know one of them.the one u know in 2002.because that man is the same man yang jadi my best friend since 2002.hebat kan lelaki tu?able to be a best friend for 4 women and still tak hilang ciri-ciri dan sifat-sifat kelakiannya.

memory lane said...

yup we share the same best friend...haha.. ciri2 dan sifat kelakian dan kewanitaanya juga sgt terserlah.. we can chat and talk what women usually talk. he should proud to hav us who also like what man's like.. haha.. and yet we also proud to hav him as our bff.. (ape aku merepek ni)

Meow Bibien said...

Salam. Saya ingin mohon pandangan. Suatu masa dahulu, saya pernah berkawan rapat dengan seorang lelaki & kami merancang utk mendirikan rumahtangga. Tetapi jodoh tidak kesampaian kerana dia memutuskan utk tidak meneruskan niat utk hidup bersama. Waktu itu saya belum matang & rasa sedih sangat. Bak kata orang putus cinta..

Setelah beberapa lama, lelaki itu menghubungi kembali & mengatakan dia akan berkahwin. Dia memohon agar saya dapat menerima dia sebagai kawan. Saya tekad waktu itu utk tidak berhubung dgn dia lagi kerana pd waktu itu saya masih ada hati padanya & ini akan jadi fitnah serta mungkin mengganggu rumahtangganya.

Sehingga saya sendiri mendirikan rumahtangga & sudah tiada perasaan padanya, dia kerap sms bertanya khabar, atas dasar ingin berkawan. Tetapi saya tidak melayan kerana ingin menjaga maruah diri sebagai isteri orang. Tambah pula, saya mendengar cerita yg dia berkawan dengan bekas kekasihnya sehingga menimbulkan tidak senang suami wanita itu.

Kemuncak kemarahan saya apabila dia berani menelefon saya malah mengganggu adik saya sehingga orang mengatakan saya yg menghubungi dia. Saya terpaksa mengeluarkan kata tegas & kasar sebab permintaan saya utk dia tidak mengganggu saya, dia tidak pernah endahkan.

Persoalan saya, lelaki ini telah menuduh saya memutuskan silaturrahim. Pada pendapat anda adakah saya salah atas sebab itu? Niat saya untuk tidak berkawan dengannya kerana dia menjadi fitnah pada saya dan menyebabkan rasa kurang senang di kalangan suami dan keluarga. Terus terang saya katakan selepas peristiwa kami berbalah, saya rasa lebih tenang kerana dia tidak lagi mengganggu saya. Adakah tindakan saya betul?

Anonymous said...

Salam bibien..bg pndapat sy tindakan puan itu btol..salah satunya menjadi fitnah kpda puan dan keluarga..lgpn puan sbgai isteri perlu mndapatkan izin suami puan bg masalah ini..klu isteri nak puasa pn kne minta izin suami inikan pula berhubung dengan lelaki lain..itu jela pndapat saya..maaf klu ada kesilapan

Unknown said...

Ya,memang betul.Si isteri selalunya curang pada si suami di sebabkan akrabnya kembali hubungan si isteri dengan bekas kekasih lamanya.Ini sememangnya benar2 berlaku..............

Anonymous said...

salam..
saya juga nak bertanya,
suami saya seorang engineer..jadi di tempat kerja kebanyakkannya lelaki dan ada segelintir perempuan.jadi rakan sekerja perempuan ada yang baik dengan suami saya.kadang-kadang sampai berbalas wasap semasa suami saya bercuti dan berada di rumah.Apabila saya menegur suami saya untuk tidak terlampau rapat dengan rakan sekerja perempuan,suami boleh menerima teguran saya.Apabila suami memberitahu rakan sekerja perempuan tersebut supaya jangan terlalu mesra dengan nya,perempuan itu seolah tidak boleh menerimanya.Die pula menghantar wasap kepada saya memberitahu die hanya bercakap hal kerja and meminta supaya saya menjadi seorang yang professional.tetapi setiap kali saya membaca wasap antara suami dengan perempuan tersebut ternyata bukan lah hal kerja semata,mereka bersembang hal-hal lain termasuk perempuan itu bercerita tentang rahsianya.perempuan tersebut menyatakan suami nya tak kisah die berkawan dengan lelaki..suaminya tak ambil port dan memahaminya kerana die bekerja dalam background engineering yang ramai lelaki.die memberitahu die masih ada maruah diri dan taat kepada suaminya serta menjaga batas pergaulan iaitu tidak keluar berdua,tidak bersentuhan dan lain-lain.
tetapi die kerap berbalas wasap(alam maya)..jadi persoalannya disini,walaupun die taat kepada suaminya,bukan ke die sepatutnya kena menjaga hati isteri kepada rakan sekerjanya??kalo tidak menjaga hati pun,sekurang-kurangya hormat kepada isteri rakan tersebut.di mana isteri rakan sekerjanya tidak gemar perkara ini terjadi..
apa pendapat kalian?

Anonymous said...

Saya ada tiga best friend lelaki. Suami saya kenal mereka dan tidak menghalang saya berkawan dengan lelaki-lelaki ini. Kami kdg-kdg cuti bersama. Threesome tu dah kebiasaan utk kami. Bhagia rumahtangga tiada masalahpun.

--Hanya Diary-- said...

saya dah macm2 cakp pada isteri saya.. saya daa pesan jgn keluar berdua dgn lelaki.. ajak kwan perempuan untuk teman... tapi saya pulak yg kena marah.. BOLEH tolong sy.. hermm

Anonymous said...

MEMAKANKAN BAGAIMANA MENDAPATKAN SUAMI EX ATAU KEMAHIRAN EKAT? RAHARI LEBIH LANJUT DI SINI ADALAH PELUANG ANDA ANDA EMAIL YAKAYATEMPLE@GMAIL.COM ATAU PANGGIL +2347050270227 Saya GOT MINYAK DENGAN SPELL LOVE SANGAT KUASA.