Sedapnyer Umar hisap jari
Seorang kenalan saya pernah mengadu mengenai anaknya yang sudah berusia 3 tahun sering menghisap ibu jarinya hinggakan kelihatan jari yang sering dihisap bagaikan haus. Bayi menghisap jari adalah sesuatu yang biasa tetapi bagaimana jika berlaku pada anak yang berusia 3 tahun ke atas? Jika Umar mengekalkan tabiat menghisap jari dia hingga ke peringkat dia berusia 3 tahun mungkin saya juga akan jadi bimbang.
Bayi menghisap jari mereka sejak dalam kandungan
Tabiat menghisap jari pada bayi adalah tindakan refleks bagi bayi yang normal. Umar mula menghisap jari sejak dia berusia 5 bulan. Kadang-kadang habis satu penumbuk dia masukkan ke dalam mulut kecik dia. Kadang-kadang dua-dua penumbuk dia masukkan. Haiyoo koyak lah mulut sayang. Masa mula-mula Umar hisap jari saya dan suami berpendapat yang dia sangat lah comel. Tetapi sebagai ibu saya tak mahu Umar meneruskan tabiat menghisap jarinya tu sehingga dia berusia 3 tahun atas sebab faktor kebersihan (dan ibu takut jari anak 'haus'. Tak cantik lah jari tu nanti hehehe). Tapi saya bernasib baik kerana Umar dah menghentikan tabiat menghisap jarinya itu apabila dia berusia 9 bulan. Cuma saya bimbang tabiat itu akan datang semula dan menjadi tabiat yang memang tak boleh ditinggalkan.
Comel kan budak ni hisap semua jarinya sambil berbogel
Saya pasti bermacam-macam persoalan akan timbul di fikiran ibu bapa yang mempunyai anak yang bertabiat sebegini. Kenapa jadi begini? Apakah ini tabiat semulajadi atau sesuatu yang dipelajari oleh anak dan menjadi kebiasaannya? Mengapa tabiat ini boleh berlaku? Dan yang paling penting, bolehkah tabiat ini dihentikan?
Faktor Penyebab Anak Menghisap Jarinya
- Tempoh penyusuan susu ibu atau susu formula yang terlalu singkat menyebabkan bayi menukarnya dengan ibu jari untuk dihisap.
- Kawalan motorik anak kurang menyebabkan anak mengungkapkan perasaannya dengan cara menghisap jari dan menjadikannya satu kebiasaan.
- Ketegangan emosi. Anak yang berasa takut dan tertekan sering menunjukkan perilaku sebegini.
- Emosi anak terganggu dan ini menyebabkan dia kurang respon terhadap persekitarannya kerana rasa lebih selesa dengan menghisap jari.
- Anak sering melamun sambil menikmati kebiasaannya dan menyebabkan anak mempunyai masalah menyesuaikan diri dengan rakan sebaya.
- Menghisap jari akan mempengaruhi bentuk gigi dan wajah, malah boleh menyebabkan kesukaran sewaktu mengunyah makanan.
- Berikan masa yang cukup untuk anak menyusu pada usia bayinya sebelum anda membuat keputusan untuk bercerai susu.
- Berikan permainan sebagai aktiviti tangan untuk anak yang berusia 2 tahun ke atas untuk mengalihkan perhatiannya daripada menghisap jari. Contohnya bermain puzzle atau lego.
- Wujudkan suasana selesa dan selamat dalam diri anak dengan cara sentuhan dan belaian penuh kasih sayang.
- Bantu anak mengatasi masalahnya. Kenalpasti apa yang menyebabkan dia mengalami stress.
*** Kenyataan atau produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit..Hubungi saya di 019-9084549 (call/sms) atau email razfura@gmail.com untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut.***
No comments:
Post a Comment