Ibu: Siapa nak g jalan-jalan, angkat tangan!!
Umar: (Angkat tangan) Aaaa...
Pening juga nak start hehehe. Sebab saya tak ada asas mengajar budak kecik. Anak pun baru sorang. Pengalaman mengajar memang tak ada. Langkah pertama saya ialah memberi Umar pengalaman menyentuh dan melihat unsur-unsur alam sambil menyebut nama benda tersebut. Tujuan saya supaya Umar dapat belajar membezakan benda yang keras dan lembut di samping melihat warna-warna alam.
Umar study batu
Nampaknya Umar dah dapat kesimpulan mengenai batu
Mula-mula saya mengutip seketul batu. Ajaibnya Umar tak buang batu tu macam dia buang mainan atau buku dia. Dia memegang, merenung, memusing-musing dan mengetuk batu tu pada basikal dia. Mungkin dia tengah mengenal benda yang dia baru dapat iaitu batu. Saya biarkan dia ambil masa selama mana yang dia suka untuk study batu tu. Bila dia dah puas hati, dia pandang saya sambil tersenyum. Masa ni saya mencangkung menghadap muka Umar sambil senyum dan menyentuh batu tu saya sebut,"Baaa...Tuuu". Walaupun Umar tak pandai bercakap tapi dia cuba untuk mengajuk sebutan saya, "Baaa...Baaa" hehehehe Sebutan suku kata Umar masih terhad kepada Ba, Ta, Ma, Pa je. Saya juga bercerita pada Umar tentang batu yang dia pegang, "Batu ni warna putih. Keras. Tak boleh makan."
Apalah yang Umar fikir bila tengok dan sentuh bunga tu?
Daun ni hijau
Tingginya tiang bendera. Apa yang ada kat atas tu?
Saya juga memperkenalkan pada Umar unsur-unsur alam lain seperti bunga, daun dan tiang. Sambil tu saya bercerita mengenai benda-benda tersebut. Walaupun Umar masih kecil tapi saya yakin dia dapat mempelajari sesuatu tentang benda-benda tersebut. Ini dapat dilihat dari raut muka dia yang menunjukkan curiosity yang tinggi. Cara dia memegang elemen-elemen tu juga berbeza. Untuk batu Umar pegang menggunakan semua jarinya manakala elemen-elemen ringan dan nipis macam bunga dan daun dia hanya menggunakan dua atau tiga jarinya sahaja.
Untuk petang tu saya memperuntukkan sejam untuk Umar meneroka. Proses penerokaan Umar hanya mengambil masa lebih kurang 20-30 minit manakala selebihnya saya bawa dia bermain bersama budak-budak lain. Tujuan saya untuk dia belajar cara bermain bersama kawan. Yelah, asyik tengok muka ibu dengan ayah je 24 jam.
Ibu: Siapa nak main angkat tangan!!
Umar: (Angkat tangan)
Umar bersama anak jiran, Mimi
Menunjukkan minat untuk berkawan
Umar memerhati budak-budak bermain bola
Seronok bawak Umar jalan-jalan. Saya pun dah lama tak berjalan. Sambil bawa anak meneroka dan belajar, berjalan kaki juga baik untuk saya. Jangan takut untuk membiarkan anak sekecil Umar memegang benda di luar rumah. Barulah dia kenal dunia dan unsur-unsur yang ada dalam dunia ni. Cuma pastikan dia tak memasukkan benda tersebut kedalam mulut dan pastikan pada batu, kayu, daun, bunga dan sebagainya tu tiada unsur-unsur tak diingini seperti najis burung, ulat atau pun racun. Bila dah siap meneroka, jangan lupa mandikan anak.
Kesimpulan yang saya dapat dari pengalaman membawa Umar keluar belajar buat pertama kali ialah Umar dapat mempelajari cara memegang benda berat dan tebal macam batu dan tiang serta cara memegang benda nipis dan ringan macam daun dan kelopak bunga. Umar juga lebih fokus mempelajari elemen-elemen alam berbanding alat permainan dia. Dia tidak membuang, menggigit dan merosakkan elemen-elemen ni sepertimana yang dia buat pada alat permainan dia. Dalam proses berkawan, Umar boleh disimpulkan sebagai seorang budak yang peramah dan mudah mesra. Dia seronok bermain bersama kawan-kawan. Hehehe ini je kot kesimpulan yang ibu mampu nampak buat masa ni. Nampaknya buat masa ni saya akan dedahkan Umar dengan aktiviti melihat, memegang dan mengenal alam sekitar sehingga saya menemui kebolehan lain Umar untuk beralih kepada corak pembelajaran baru.
Tak susah pun mengajar anak. Tak perlu ada ijazah untuk mengajar anak. Tak perlu membeli alat bantu mengajar yang mahal-mahal untuk mengajar anak sedangkan alat bantu mengajar yang sebenar mudah didapati merata-rata dengan percuma. Janganlah hanya membiarkan anak belajar dengan cara menonton televisyen semata-mata. Kita pun kalau asyik menonton tv je boleh jadi lemau. Ibu yang bekerja juga boleh curi masa selama sejam sehari untuk homeschooling anak selepas waktu bekerja. Jika terlalu sibuk, sekali seminggu pun sudah memberikan keseronokan pada anak dan ibu. Macam yang selalu sahabat saya cakap "better than nothing". Silibusnya terpulang kepada ibu itu sendiri. Biar masa yang diluangkan untuk proses homeschooling tu singkat, yang penting konsisten, berterusan dan berkualiti.
*** Kenyataan atau produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit..Hubungi saya di 019-9084549 (call/sms) atau email razfura@gmail.com untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut.***
No comments:
Post a Comment