Thursday 20 June 2013

Diari Homeschooling Umar-2013 episod 1

Rajinnya baby ni baca buku hehehe

Pejam celik pejam celik rupanya dah hampir setahun dah umur anak saya, Umar. Hanya tinggal 4 hari je Umar akan menyambut hari lahirnya yang pertama. Oh..cepatnya masa berlalu. Rasanya baru je semalam kali pertama ibu mendakap tubuh kecilmu wahai anakku. Rasanya Umar sudah bersedia untuk belajar sesuatu sebelum dia masuk sekolah. Mungkin ada yang berpendapat terlalu awal untuk Umar didedahkan dengan bahan pembelajaran. Yelah...kalau kita ajar dia sifir 2 confirm satu apa pun dia tak faham.
Pembelajaran dan pengajaran anak bukan hanya merangkumi proses mengenal ABC dan 123 semata-mata. Banyak perkara boleh dipelajari oleh anak sekecil Umar. Sebagai ibu saya sedar dunia yang terbentang luas ni adalah bahan pembelajaran untuk anak saya. Semua benda yang Umar lihat, pegang, rasa dan bau adalah bahan untuk dia belajar sesuatu. 

Kalau bagi Umar blok ni dia akan campak atau gigit je hehehe

Kerana terlalu inginkan anak yang pintar kononnya, saya telah membeli berbagai-bagai jenis buku bergambar dan alat bantuan mengajar supaya Umar mampu mengenal ABC dan 123 di usia seawal setahun atau 2 tahun. Malangnya objektif saya tidak tercapai kerana Umar lebih suka menggigit, mengetuk dan membaling bahan tersebut. Kalau buku pulak dia lebih suka mengoyak dan menggigit hehehe. Jangan marah jika respon anak macamni. 

Ibu bapa kat Malaysia ni lebih suka menyerahkan tugas mendidik anak 100% kepada guru termasuklah perkara-perkara asas seperti mengenal warna, mengenal Allah dan lain-lain perkara. Sedangkan perkara asas sebegini boleh diajar oleh sesiapa sahaja (nenek kepada cucu, anak yang lebih besar kepada adiknya etc).

Persediaan untuk memulakan homeschooling anak sendiri? Serius saya memang tak tahu. Saya cuma berpegang pada pemikiran saya bahawa seluruh pelusuk dunia ini adalah kelas dan seluruh makhluk yang ada kat dunia ni boleh jadi alat bantuan mengajar yang baik pada anak kita dan of course sebagai ibu, kitalah guru terbaik untuk anak kita. Oleh itu petang ni saya akan membawa Umar berjalan-jalan sambil mengenali dunia kita.

Budak zaman sekarang..buku tak attract Umar..dia lagi tertarik dengan gajet.tu tiru gaya ayah hehe


No comments: