Friday, 21 June 2013

Gigi Pertama Si Kecil

Seronoknya melihat gigi pertama anak. Walaupun Umar sekarang, iaitu ketika berusia hampir setahun dia sudah memiliki 8 batang gigi namun saya tetap ingat kali pertama saya nampak bayang putih kat gusi dia. Patut la dia suka mengigit lebih-lebih lagi miss N (nipple) saya hehehe. Of course la si ibu ni over excited dan terus menelefon ayah semata-mata nak bagitau,"Gigi anak dah nampak!" Bukan kat ayah je ibu ni bagitau tapi jugak kat atuk Umar, nenek Umar dan semua mak pak sedara Umar. Hehehe

Hai!!Meet my tiny teeth!!

Gigi pertama Umar tumbuh pada 24hb Januari 2013 iaitu gigi insisor pertama di bahagian bawah sebelah kiri. Orang kata bayi selalunya demam dan meragam akibat tak selesa ketika tumbuh gigi. Alhamdulillah buah hati ibu yang sorang ni tak mengalami demam akibat tumbuh gigi.

Catatan tarikh tumbuh gigi Umar

Secara umumnya gigi susu pertama bayi dijangka tumbuh ketika berusia 6 bulan. Dalam prose pertumbuhan gigi ni bayi mungkin mengalami ketidakselesaan seperti suka menggigit benda (termasuklah miss N bagi yang breastfeed), meleleh air liur dan demam. Sekiranya bayi mengalami masalah ini, urut gusi bayi dengan jari atau kain yang bersih secara lembut. Ibu-ibu juga boleh memberi bayi sesuatu yang selamat untuk digigit. Elakkan memberi bayi biskut yang melekit dan bergula.

Leganya dapat gigit-gigit

Sebaik saja gigi susu pertama bayi tumbuh, cuci gigi bayi dengan menggunakan kain lembut basah atau berus gigi kecil yang sesuai. Saya dah mula mencuci gusi Umar seawal usia Umar 10 hari dengan menggunakan kain lembut basah. Bila gigi Umar tumbuh, saya menggunakan berus gigi khas untuk dia. Nasib baik Umar suka gosok gigi. Jadi tak ada lah drama masa proses menggosok gigi. Tapi jika bayi anda tak suka gosok gigi, angkat bibir dia dan gosok perlahan-lahan. Macam paksa tapi jangan sampai menyakitkan si kecil.

Berus gigi Umar. Nampak je berus gigi ni Umar terus nganga mulut sedia untuk berus gigi

Bila gigi bayi tumbuh, bersihkan sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Bayi sekecil Umar masih belum tahu meludah jadi tak perlulah ubat gigi. Saya menggunakan air masak atau air mineral untuk menggosok gigi Umar. Dah siap guna berus gigi kecik tu mestilah dididihkan dan disimpan di tempat yang kedap udara. Kebersihan gigi ni penting bagi bayi sebab gigi susu ni penting untuk pertumbuhan gigi kekal yang sempurna. Ingat tu wahai ibu-ibu.

Hehehe kadang-kadang budak ni suka buat muka klakar. Tengoklah gigi atas Umar yang besar dan jarang

2 comments:

Anilza said...

Weh..banyaknya gigi Umar..Harith baru nak masuk 6batang haha..tapi paling best bila nak gosok gigi,pakai sama cam ko punya tu..seronok dia..saat paling best,tengok anak membesar depan mata

Safura Makmim said...

hehehehe comel kan gigi kecik diorg?ms baru tumbuh aku asyik selak bibir dia je sampai dia naik boring pastu marah.mesti ko pun buat kan?hehehe neway...memang best tengok anak membesar