Thursday, 27 June 2013

Subhanallah...Hebatnya Air Ajaib Yang Dipanggil Susu Ibu


Alangkah indahnya menjadi seorang ibu kepada zuriat suami yang tercinta. Lagi bertambah indah jika dapat menyusui bayi kita. Bukan semua wanita di dunia ini merasai nikmat yang diberi oleh Allah S.W.T. Hanya wanita terpilih saja yang berpeluang merasai nikmat menjadi ibu seterusnya menyusui bayi mereka.

Masa zaman saya kecil dulu sekitar tahun 80-an dan 90-an, senario ibu menyusui anak mereka bukan perkara yang luar biasa. Kalau saya mengikut ibu saya menghadiri kenduri kendara, rata-rata ibu-ibu ketika itu menyusui anak mereka. Lagipun saya membesar di kampung. Jadi suasana tu bukan perkara yang pelik. Namun zaman berubah, ibu-ibu ramai yang bekerjaya. Seperti saya, ketika saya bekerja dulu, walaupun mempunyai tekad yang tinggi untuk menyusui Umar namun disebabkan kekangan masa dan kecetekan ilmu mengenai penyusuan susu ibu ini, saya mengambil jalan mudah dengan memberikan Umar susu formula.

Banyak faedah yang terkandung dalam susu ibu samada kepada bayi mahupun ibu itu sendiri. Bila mengetahui faedah-faedah terbabit, saya mengaku saya rasa menyesal sebab terlalu awal memberikan Umar susu formula. Kesian anakku. Jadi setelah menukar profession dari wanita bekerja kepada suri rumah sepenuh masa dan apabila Umar telah pun berusia setahun, saya bertekad untuk memberi Umar susu badan semula. Biarlah jika orang cakap dah terlambat. Biarlah jika kini susu saya dah pun kering tak ada walau setitik pun. Huhuhu haru ni. Demi kebaikan untuk anak tersayang, nampaknya saya kena lah lebih rajin menimba ilmu mengenai penyusuan ni. Kat sini saya nak kongsi kebaikan susu ibu yang selama ini saya tak endahkan.

Kebaikan Susu Ibu Pada Bayi

Salah seorang bayi di Malaysia yang kurang mendapat susu ibu..Kesian dia

1) Susu ibu adalah makanan yang terbaik untuk pertumbuhan otak bayi
  • Dalam susu ibu terkandung AA dan DHA. AA dan DHA ini dapat merangsang otak bayi.
  • Protein, laktosa dan lemak yang secukupnya terdapat dalam susu ibu. Ini penting untuk pertumbuhan otak bayi.
  • Sudah terbukti bahawa IQ bayi yang diberi susu ibu lebih tinggi daripada bayi yang menyusu susu formula tak kira semahal mana pun susu formula tersebut. Ini kerana, nutrien yang terdapat dalam susu ibu memang terbaik untuk otak bayi.
2) Susu ibu merupakan sumber imunisasi bayi
  • Sejak kecil saya sering mengalami masalah Umar yang sering jatuh sakit. Ini adalah salah satu sebab kenapa saya membuat keputusan untuk berhenti kerja. Umar yang sakit dijaga oleh pengasuh. Demam, batuk dan selsema memang sering menyerang Umar. Dia juga mudah menjangkiti penyakit-penyakit seperti batuk dan selsema dari orang lain. Oleh itu, saya menghalang orang-orang yang sakit sebegini dari mendekati Umar termasuklah suami saya sendiri. Malah, saya akan mengenakan mask jika saya sendiri selsema atau batuk. Namun, anak saya tetap juga dijangkiti. 
  • Susu ibu dapat melindungi bayi dari serangan penyakit sistem pernafasan dan pencernaan. Umar juga sering mengalami masalah dengan sistem pernafasannya apabila diserang batuk atau selsema. Boleh dikatakan hampir setiap bulan saya terpaksa membawa Umar ke klinik untuk mendapatkan nebulizer. Menjerit-jerit lah anak teruna tu. Namun Umar tak dapat di diagnose sebagai penghidap lelah kerana menurut doktor sebelum bayi berusia 18 bulan reseptor lelah belum terbentuk. Jadi Umar tidak diketahui lagi menghidap lelah atau tidak. 
  • Susu ibu ini menyediakan persekitaran yang baik dan sempurna untuk bakteria baik dan membantu menghambat perkembangan bakteria, virus dan parasit yang berbahaya. Unsur-unsur yang terkandung dalam susu membantu meningkatkan kekebalan bayi. 
 
Kepada siapa-siapa yang tak tahu apa itu nebulizer, haa inilah dia

3) Susu ibu mudah dicernakan oleh bayi
  • Pernah tak bayi anda mengalami kembung seperti Umar? Sejak kecil dia memang mudah kembung hingga dia muntah. Saya dan suami terpaksa bereksperimen dengan menukar pelbagai jenis susu. Yang mahal atau yang murah, tapi keputusannya tetap sama. 
  • Antara penyebab bayi mengalami kembung ialah usus bayi yang masih belum matang menyebabkan pencernaan berlaku dengan tidak sempurna. Walaupun ada juga bayi yang menyusui susu ibu mengalami kembung namun kembungnya tidak seteruk bayi yang menyusui susu formula. Punca kembung ni banyak jadi dengan memberikan bayi eksklusif susu ibu sahaja, kita boleh mengurangkan satu punca kembung bayi. 
4) Mengurangkan masalah elergik seperti ekzema
  • Umar mengalami masalah kulit sensitif lebih-lebih lagi di bahagian punggung dan kemaluannya. Akan jadi lebih teruk jika terkena bedak, losyen atau sabun walaupun menggunakan bedak, losyen dan sabun bayi. 
  • Mungkin jika Umar diberi susu ibu secara eksklusif, dia bebas dari masalah ini.
 5) Susu ibu merupakan sumber nutrisi terbaik
  • Susu ibu merupakan sumber nutrisi terbaik kerana ia mengandungi sumber gizi yang ideal dan seimbang untuk setiap anak. Keperluan nutrisi dalam susu ibu akan berubah mengikut keperluan bayi yang sedang membesar. 
  • Sebab itu jika anda melahirkan bayi pramatang, doktor akan menyuruh anda menyusui bayi anda hanya dengan susu ibu.
Kebaikan Susu Ibu Pada Ibu

Selain memberikan pelbagai kebaikan kepada bayi, susu ibu juga memberi manfaat kepada ibu itu sendiri. Rugilah ibu yang tak menyusukan anak macam saya hehehehe.
  1. Penyusuan susu ibu boleh membantu mengecutkan rahim selepas bersalin dan mengurangkan pendarahan.
  2. Dapat membantu menjarakkan kehamilan secara semulajadi. Jadi tak perlu lah ibu-ibu bimbang si anak mendapat adik baru dalam masa terdekat. Ini juga akan memberi ketenangan sewaktu hubungan suami isteri berlaku. Suami dan isteri dapat menikmati aktiviti seks tanpa bimbang si isteri mengandung lagi. Hanya manyusui bayi tak perlu suntik atau makan ubat untuk menjarakkan kehamilan.
  3. Untuk ibu juga, aktiviti penyusuan susu ibu dapat mengurangkan risiko mendapat kanser seperti kanser payudara, kanser ovari dan kanser uterine.
  4. Selain itu dapat mengurangkan risiko osteoporosis.
  5. Penyusuan susu ibu dapat membantu ibu kembali ke berat badan asal seperti sebelum bersalin jika disertai dengan senaman. 
  6. Dan yang paling penting, penyusuan susu ibu mewujudkan 'bonding' kasih sayang antara ibu dan bayi.
Kelebihan Dan Fadhilat Menyusukan Anak
sumber dari hasnulhadiahmad

“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).” (Surah Luqman: ayat 14) 
  1. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
  2. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun) dan beramal soleh tidak melangar perintah Allah dan taat kepada suaminya, maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
  3. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
  4. Susu ibu menjadikan anak lebih sihat daripada terkena penyakit terutama selsema dan batuk, In Shaa Allah.
  5. Dengan memberi air susu ibu kepada anak, pengaruhnya sangat besar terhadap perkembangan dan kesihatan fizik dan jiwa anak.
  6. Jika semalaman ibunya tidak tidur kerana menjaga anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T memberi pahala seperti memerdekakan 70 hamba ke jalan Allah.
Begitulah sayangnya Allah pada wanita yang bergelar IBU. Senang-senang je nak kumpul pahala kan? Dahlah banyak kelebihan untuk kedua-dua ibu dan anak boleh kumpul pahala lagi. Dah lah free.


*** Kenyataan atau produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit..Hubungi saya di 019-9084549 (call/sms) atau email razfura@gmail.com untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut.***

1 comment:

linda der weise said...

sis sy nak tanya mcm mn sis boleh susu semula baby ? boleh share petua x ?
email kat sy yadnilhaya@gmail.com