Keadaan ovari penghidap PCOS |
1) Mempunyai kelebihan melampau hormon androgen. Hormon ini biasanya dikenali sebagai hormon lelaki walaupun wanita juga menghasilkan hormon androgen ini.
2) Haid yang tidak tetap atau tiada langsung haid
3) Mempunyai banyak cyst (sista) kecil di dalam ovari
Apa penyebab PCOS?
Punca atau penyebab PCOS ini masih belum diketahui. Tetapi kebanyakan pakar berpendapat bahawa PCOS ini disebabkan oleh beberapa faktor, termasuk faktor genetik. Wanita yang mengalami PCOS biasanya mempunyai ibu atau adik beradik perempuan yang juga mengalami PCOS.
Namun, punca yang paling utama sebagai penyebab PCOS ini adalah hormon yang tidak stabil. Bagi wanita yang mengalami PCOS, ovari mereka menghasilkan endrogen melebihi dari normal. Androgen adalah hormon lelaki yang juga dihasilkan oleh wanita. Peningkatan hormon tersebut akan menyebabkan gangguan ketika penghasilan telur ketika ovulasi.
Pakar juga mengaitkan bahawa PCOS berkait rapat dengan insulin. Insulin adalah hormon yang bertanggungjawab mengubah gula, kanji dan makanan lain kepada tenaga untuk tubuh badan samada digunakan atau disimpan. Kebanyakan wanita yang mengalami PCOS mempunyai terlalu banyak insulin di dalam tubuh mereka. Kadar insulin yang keterlaluan ini mengakibatkan meningkatnya penghasilan hormon endrogen. Ini akan mengakibatkan
1) Akne
2) Pertumbuhan rerambut yang melampau
3) Peningkatan berat badan
4) Masalah ovulasi
Simptom PCOS
Simptom PCOS ini adalah berlainan bagi setiap wanita yang mengalaminya. Namun, antara simptom PCOS ialah
a) Ketaksuburan - tidak mampu mengandung kerana ovulasi tidak berlaku. PCOS adalah masalah utama ketaksuburan di kalangan wanita
b) Haid yang tidak teratur atau langsung tidak didatangi haid
c) Hirsutism - Pertumbuhan rambut di muka, dada, perut, belakang, ibu jari kaki atau ibu jari tangan
d) Cyst di ovari
e) Jerawat, kulit berminyak dan kelumumur
f) Peningkatan berat badan atau obesiti. Biasanya peningkatan berat di bahagian pinggang
g) Alopesia - kebotakan corak lelaki
h) Akantosis nigrikans - tompok-tompok kulit yang gelap dan yang bewarna sawo matang dan perang atau hitam
i) Akrokordon - kulit yang tersiat
j) Tempoh berpanjangan gejala seakan PMS (sindrom tekanan pra haid) - kembung, angin tidak tetap, sakit pelvis, sakit belakang
k) Apnea tidur - keadaan di mana pesakit berhenti bernafas seketika ketika sedang tidur
Risiko Penghidap PCOS
Wanita yang mengalami PCOS menghadapi risiko berikut:
- Hiperplasia endometrium dan kanser endometrium (kanser lapisan uterus) adalah mungkin, akibat penumpukan lapisan uterus yang berketerlaluan, serta juga kekurangan progesteron yang diakibatkan oleh perangsangan sel-sel uterus yang berpanjangan oleh estrogen
- Kerintangan insulin/Diabetes Type 2 yang umumnya dianggap sebagai akibat hiperinsulinemia
- Dislipidemia (gangguan metabolisme lipid iaitu kolesterol dan trigliserida)
- Penambahan berat badan
- Tekanan darah tinggi
- Penyakit kardiovaskular
*** Kenyataan atau produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit..Hubungi saya di 019-9084549 (call/sms) atau email razfura@gmail.com untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut.***
No comments:
Post a Comment