Tuesday, 12 August 2014

Penyusuan Anak Angkat-Kemusykilan Berbangkit

Salam kepada semua pengunjung blog ni...

Saya pernah kongsikan pengalaman saya menyusukan anak angkat saya walaupun sebelum tu saya belum pernah mengandung hingga saya berjaya mencukupkan 5 kali penyusuan kenyang sebelum dia berusia setahun.Terima kasih pada set milk booster Shaklee yang membantu saya dalam merealisasikan hasrat saya.Saya memilih untuk memberi beliau susu badan melalui botol susu sebab pernah cuba beri direct dan digigit sampai berdarah.Fobia mak hehehe.

Kini anak kesayangan saya tu dah pun berusia 2 tahun 2 bulan.Dah nak dapat adik pun.Cuma yang tak best beberapa hari lepas seorang kawan Facebook saya mengepos di page beliau tentang penyusuan anak angkat dimana salah satu syarat sah menjadi anak susuan ialah WAJIB DISUSUKAN DIRECT KE BREAST TANPA MENGGUNAKAN APA-APA ALAT SOKONGAN PENYUSUAN.Alamak!!!Betul ke?Soal hukum jangan dibuat main.Sebagai seorang ibu haruslah saya sangat terkejut dengan info ni.Memikir jika benar,betapa sia-sia nya usaha saya selama ni.Namun yang sedikit melegakan saya,beliau tak sertakan nas dan dalil yang menyokong kenyataan beliau.

Maka bermulalah aktiviti ibu ni bertanya kepada orang yang lebih mengetahui yang terdiri dari ustaz dan ustazah yang saya kenal serta ibu bapa saya dan mertua jugak.Ada yang jawab boleh ada yang jawab tak boleh.Bikin tambah pening kepala ibu je.Hehehe

Saya pernah berkongsi mengenai hukum dan syarat penyusuan anak angkat di blog ni.Boleh baca kat sini: Menyusukan Anak Angkat-Syarat dan Hukum yang saya rujuk dari web E-Fatwa.Bimbang terlepas pandang point penting ni maka saya pun menyelak semula web E-Fatwa tu.


Jumhur fuqaha’ juga bersepakat bahawa terdapat dua kaedah penyusuan bagi menjadikan bayi tersebut mahram dengan sebab susuan, iaitu penyusuan secara langsung dari payudara dan penyusuan secara tidak langsung seperti menggunakan tiub, botol susu dan sebagainya. Sehubungan itu, bagi wanita yang menggunakan alat sokongan atau alat bantuan sebagai kaedah menyusukan bayi, Muzakarah memutuskan bahawa bayi tersebut sah sebagai anak susuan apabila cukup syarat-syarat penyusuan yang ditetapkan oleh Syarak seperti berikut:

a. bilangan susuan hendaklah dengan lima kali penyusuan;
b. susu yang dihisap mestilah sampai ke perut bayi; dan
c. umur bayi tidak melebihi dua tahun mengikut perkiraan bulan qamariah.
 
Hujah thabitan ini ialah kerana susu ibu tersebut telah menjadi makanan asasi kepada bayi yang menumbuhkan daging dan memanjangkan tulang, sama seperti bayi yang menyusu secara terus daripada payudara. Walau bagaimanapun, sekiranya kaedah yang dilakukan adalah dengan cara menyuntik susu melalui qubul atau dubur, menitik susu ke dalam mata, telinga atau di tempat luka tubuh badan, maka bayi tersebut tidak sah sebagai anak susuan.
Korang boleh lah rujuk sendiri web E-Fatwa untuk bacaan yang lebih jelas mengenai hukum wanita menyusukan anak angkat di sini: Hukum Wanita Menyusukan Anak Angkat Web ni merupakan Portal Rasmi Fatwa Malaysia.Dengan penerangan ringkas saya ni diharap bakal ibu-ibu angkat dan ibu-ibu angkat jelas dengan hukum dan syarat mengenai penyusuan anak angkat ni.Saya pun lega hehehehe.

No comments: