Saturday 16 August 2014

HSG-Sakit ke HSG?-Sesi Mengimbau Kenangan Part 3

Salam kepada pengunjung blog ni...

Entry ni sambungan dari Part 2
 
Apa itu HSG?Mungkin ramai yang tak tahu apa itu HSG.Jika doktor tak nasihatkan saya untuk buat HSG,mungkin saya pun tak tahu apa itu HSG.HSG ni singkatan dari perkataan Hysterosalpingography.Nak sebut pun saya tak tahu macamana.Jadi lebih mudah sebut je HSG.Menurut page alamhamil.com....


Secara umumnya, HSG digunakan untuk mengesan ketidaknormalan pada rahim dan salur peranakan. Ia boleh mengesan kerosakan dan penyumbatan pada pada salur peranakan dan juga boleh memberikan maklumat tentang bentuk dan saiz rahim anda. Walaubagaimanapun ia juga boleh mengesan fibroid atau polip dalam rahim dan juga memberi idea tentang kewujudan parut disekitar ruang pelvis

Disamping berupaya untuk mencari masalah salur peranakan dan rahim, ia juga didapati meninggikan kadar kehamilan bagi sesetengah wanita. HSG kadang-kadang menolong menghilang debu dan penyumbatan tidak serius pada salur peranakan. Ini membolehkan mereka yang mengalami masalah infertili menjadi hamil selepas HSG.
Semakin hari semakin hampir detik saya untuk membuat HSG.Saya memang berharap hari tu berlalu cepat sebab semakin hari macam-macam cerita tentang HSG saya dengar.Salah saya sendiri jugak sebab rajin sangat bertanya kepada orang yang pernah wat HSG.Pastu terover rajin menggoogle pengalaman orang yang buat HSG.Suami dah cakap kalau takut janganlah dengar or baca pengalaman orang lain.Tapi saya tak boleh tahan diri dari meng'survey' prosedur HSG tu termasuk lah side effect buat HSG.Bukan apa,saya boleh bersedia.


Sebagai kesimpulan daripada kegigihan saya mengkaji tentang HSG ni ialah sakit atau tidak HSG tu bergantung pada orang jugak.Ada orang yang rasa sakit sangat masa buat HSG sampai kena rehat berbaring je lepas buat HSG tu.Ada jugak yang langsung rasa tak sakit.Siap boleh pegi shopping lepas buat HSG.Saya rasa mereka yang rasa sakit tu sebab stress.Mungkin stress sebab malu bercampur takut.Bila kita stress muscle kita tak berada dalam keadaan rilex.Mungkin kita akan keraskan badan dan menyebabkan kita rasa sakit masa prosedur tu.Yang penting kena set mind kita tujuan kita buat HSG tu iaitu untuk tahu masalah kita di samping nak dapatkan baby.Kena bayangkan muka baby agaknya baru rasa sakit tu hilang.

Maka tiba lah hari yang ditunggu-tunggu,kami ke Hospital Tawakal untuk menjalani prosedur HSG.Dengan semangat takut-takut berani saya pergi awal.Appointment pukul 3.30 petang tapi pukul 2.15 saya dah terpacak kat bahagian radiology Hospital Tawakal.Oleh sebab saya tiba awal,maka prosedur pun dilakukan awal.Sebelum mendaftar,saya mengisi perut dulu.Tu pun suami yang paksa.Kalau ikutkan saya memang dah hilang selera sebab takut.(tapi habis licin gak nasi ayam sepinggan)

Pukul 2.45 saya pun dipanggil masuk. Tapi tak terus buat. Kena dengar penerangan dulu oleh seorang gadis manis. Sambil senyum dia terangkan satu persatu prosedur HSG. Walaupun dia senyum sambil beri penerangan saya jadi semakin takut. (lebih baik dia tak perlu terangkan apa-apa.lebih baik saya tak tahu apa-apa). Dia cerita side effect HSG tapi dia tekankan ayat "TAPI JARANG2 BERLAKU.SANGAT JARANG".Saya ni bermonolog dalam hati,"Jarang berlaku tapi ada possibility berlaku.Macamana kalau saya 'terpilih' untuk situasi yang jarang berlaku tu?" Antara side effect yang dia bagitau ialah,"Berlaku pendarahan yang bukan darah period. Darah segar.Jika pendarahan masih tak berhenti dalam masa 3 hari lepas prosedur sila datang semula hospital. Tapi situasi ni sangat jarang."Kecut perut saya mendengarnya.Huhuhuhu

Kemudian saya masuk dan diarahkan baring. Lepas tu saya tanya pembantu doktor tu,"Sakit tak?"Budak perempuan tu senyum sambil cakap,"Tak sakit" then saya tanya lagi boleh tak saya dapat pain killer.Dia cakap kalau tak tahan boleh beli pain killer dari farmasi. Saya bagitau dia yang saya dah bawa pain killer dan nak makan pain killer tapi dia cakap sambil senyum,"Puan taknak cuba dulu?" (nak cuba apa lagi.huhuhu cakap je lah taknak bagi saya makan pain killer). Panjang sangat pulak intro. hehehe

Saya diarahkan untuk menaikkan kaki dan bukak kaki (perkataan senang kangk*ng). Pembantu doktor tu selimutkan saya. Kemudian doktor Fatimah Yakin pun masuk. Dia tegur saya,"U look stress. Why?" Saya senyum sambil bagitau yang saya takut sakit. Sambil geleng kepala Dr Fatimah cakap,"I dont know where u got all these rumors." (internet la doktor)

Pastu Dr Fatimah memulakan prosedur. Dia masukkan speculum (yang macam muncung itik tu) kat miss V saya. Terkejut jugak la sebab benda tu sejuk. hehehe tapi serius memang langsung tak sakit. Masa dia injek dye, dia ada cakap yang apabila uterus full,akan ada rasa senak sikit. Tapi bila dia injek dye tak sakit langsung. Ada la rasa senak sikit tapi sakit lagi sengugut. Kalau dah biasa kena sengugut, buat HSG ni tak menjadi masalah langsung. Skala kesakitannya hanya lah 0.3/10 je.Tak sakit pun.Ada orang kata akan berdarah bila bangun dari baring tu. Tapi saya setitik darah pun tak keluar. Tapi saya pakai jugak la pad. Menurut Dr Fatimah saya rahim saya tiada masalah. Alhamdulillah

Bila keluar saya senyum kat suami then terus kiss pipi suami. Pastu kitorang terus pergi Hospital Umra kat Shah Alam bawak report HSG tu. Sempat gak g shopping kejap kat SACC Mall.

Bila jumpa Dr Karamjit kat Hospital Umra, kami berbincang. Memandangkan both tube saya tak tersumbat, Dr Karamjit suruh buat IUI. Tapi saya bagitau Dr yang saya nak cuba natural bulan June ni sebab HSG pun boleh bantu jugak. Kalau bulan 6 saya tak pregnant, buat IUI bulan July. Dr Karamjit bg saya Clomic 100g. Suami pulak dia bagi Speman untuk boost up sperm suami. Tapi Dr kata hari ke 12 period bulan 6 yang saya ambil Clomic tu saya kena datang ke Hospital untuk pecahkan telur.
Tu alat yang dimasukkan ke dalam rahim saya untuk suntik dye

Dye yang memenuhi uterus
Tengok...semua normal hehehe
Ubat Speman untuk suami




4 comments:

Naura Rizqi Enterprise said...

Salam sis..sis pegi hospital tawakal kat mana?

Safura Makmim said...

Hosp tawakal kt jln pahang sis

Jane B said...

Hi sis, boleh share kos rawatan hsg di tawakkal? Tq

Fatin Yaacob. said...

Salam...Hai sis...sy nk tny...aritu (17/8/17) sy ada bt HSG test dkt SJMC n mslhnya skrg snpai ke hari ni 21/7/17 masih bleeding wlwpun x byk darah yg kuar. Is it mormal?? Sy x call pun lg SJMC tny sbb tkut normal je kalu still bleeding..