Saturday 16 August 2014

Pengalaman Seorang TTC Untuk Mempunyai Zuriat Sendiri-Sesi Mengimbau Kenangan Part 4

Salam kepada pengunjung blog ni....

Entry ini adalah sambungan dari Part 3

02 Jun 2012 saya start ambil Clomic 2 biji sehari (100mg). Saya akan ambil Clomic sehingga hari ke 6 period iaitu selama 5 hari. Setelah berbincang dengan suami mengenai IUI, kami buat keputusan untuk buat IUI bulan Jun 2012. Sebelum ni kami bercadang buat IUI bulan 7 and bulan 6 kami akan cuba secara natural dengan mengambil Clomic. Masa ni kami tak sedar yang bulan 8 adalah bulan puasa. Saya takkan korbankan puasa saya demi untuk buat IUI jika IUI sebelumnya tidak berjaya. Jika buat pada bulan ni, jika tidak berjaya kami akan ulang rawatan pada bulan 7 dan pada bulan 8 kami akan berehat dari rawatan.


Malam tu kami call Dr Karamjit (Doktor di Hospital Umra) untuk memaklumkan mengenai keputusan terbaru kami.Beliau suruh saya datang ke hospital untuk ukur telur pada hari ke-10.Lepas je Dr. suruh datang dan ukur telur, saya terus mesej kawan-kawan baik saya untuk mintak doa. Risau jugak kalau telur tak cukup besar. Dr. Karamjit kata telur yang sesuai adalah yang berukuran antara 18-21 mm 



Appointment pukul 6.30 petang hingga 9.30 malam. Tapi seawal jam 8 pagi kami telah bergerak ke Shah Alam. Maklumlah perjalanan sahaja dah mengambil masa 3 jam.(Atau saya yang terlebih excited masa tu?) Alang-alang kami sampai awal maka kami pun ambil peluang untuk berdating sambil window shopping macam masa zaman bercinta dulu.Hehehe

Pukul 5.30 petang kami tiba di Shah Alam. Saya mendaftar awal konon-konon boleh jumpa doktor awal dan boleh balik awal. Maklumlah esok kami kena kerja. Kalau balik lewat sangat bimbang esok kami keletihan. Malang sikit sebab orang terlalu ramai dan semua pun nak jumpa Doktor Ummu. Saya menunggu sehingga 1 jam 30 minit. Walau penat menunggu tapi saya rasa sangat berbaloi sebab perjumpaan dengan Doktor Ummu sangat menyeronokkan. Tak hairanlah kalau semua orang pun nak jumpa dia.


Sebelum masuk, doktor suruh saya buang air kecil dulu. Kemudian saya berbaring dan macam biasa kena kangk*ng kan kaki untuk masukkan kamera bagi TVS. (Scan telur melalui vagina) Mula-mula doktor tengok rahim saya. Alhamdulillah ketebalan dinding rahim saya sesuai untuk melakukan IUI. Dia tunjukkan saya rahim sebelah kanan saya yang agak mengerutu. Dia cakap,"Sepatutnya saya mahu satu garisan lurus. Tapi ini ok sebab bentuk rahim ni variable. Contohnya hidung I lain, hidung U lain." Kemudian dia pergi ke rahim sebelah kiri. Alhamdulillah rahim sebelah kiri saya sangat cantik. Saya boleh nampak garisan lurus macam yang doktor nak. Ulasan doktor mengenai rahim saya,"Rahim awak sangat cantik." Saya dah berbunga-bunga dah masa ni. Cukup dengan rahim, tiba masa doktor nak tengok telur pulak.

TVS

Doktor gerakkan kamera ke dalam sikit. Tak sakit ok. Mula-mula tengok sebelah kanan. Doktor kata dia tak nampak sebarang telur kat situ. Kemudian pergi ke sebelah kiri and ada sebiji telur kat situ. Telur yang sangat cantik dan besar. Saiz telur itu juga sesuai untuk buat IUI. Alhamdulillah. Saya dengat doktor 'memuji-muji' rahim dan telur saya. Beberapa kali saya dengar perkataan sangat cantik. Tapi dalam doktor memuji-muji tu tiba-tiba je dia sebut satu perkataan beracun...."TAPI.." Aduhai bila keluar perkataan tapi ni saya dah agak mesti ada masalah. Kata doktor,"Rahim awak sangat cantik, telur pun sangat cantik tapi malangnya cuma ada sebiji." Doktor try cari lebih dalam kat sebelah kanan tapi dia masih tak jumpa sebarang telur kat situ.


Selesai TVS, saya dan suami duduk kat meja doktor untuk berbincang. Lama jugak kami berbincang (setengah jam kot). Doktor tanya adakah saya masih mahu teruskan IUI? Saya cakap terpulang pada doktor. Dia nasihatkan saya supaya kali ni tak perlu buat IUI sebab saya hanya ada sebiji telur. Dia mahu sekurang-kurangnya 2 atau 3 biji telur. Jika saya berdegil, dia boleh jugak buat IUI dengan hanya sebiji telur tu. Doktor tu sangat profesional. Dia cakap ni bukan kerana duit. Kalau teruskan dengan IUI dia dapat duit tapi peluang tu rendah. Saya memang akan ikut je nasihat doktor sebab dia pakar. Kalau ikutkan kepala saya ni, saya nak teruskan IUI tu sebab sebiji telur je yang diperlukan untuk dapatkan zuriat.

Doktor nasihatkan saya untuk kerap bersama dengan suami dalam minggu ni sekurang-kurangnya 4 kali. Siap bagi jadual lagi. Hehehehe nak bersama pun kena ikut jadual. Kalau boleh doktor nak kami bersama tiap-tiap hari. Lepas tu doktor inject saya dengan ubat untuk memecahkan telur. Katanya dalam masa 24 hingga 36 jam telur tu akan pecah. Dan saya akan rasa sedikit sakit kat pangkal ari-ari sebab telur tu boost keluar. Walaupun sakit doktor kata kena tetap bersama dengan suami. Banyak orang buat silap masa ni. Bila sakit mesti isteri tak mahu suami dia sentuh dia. Saya setuju sangat apa yang doktor ni cakap. Huhuhuu tentang injection tu pulak. Saya ingatkan nak inject kat lengan rupa-rupanya kat bontot. Huhuhu klakar pun ada sebab saya dah siap-siap selak lengan baju tiba-tiba je nurse suruh saya baring. Nurse bagitau nak cucuk kat bontot.



Saya ikut segala yang doktor cakapkan dengan harapan ada rezeki saya di Bulan Rejab pada tahun itu. Saya positifkan fikiran dengan fikir,untuk jadikan seorang bayi cukup dengan hanya sebiji telur yang sempurna dan seekor sperma yang sempurna yang mana kedua-dua ciri ini ada kat kami berdua suami isteri. Saya letak harapan setinggi gunung untuk saya mengandung pada cycle kali ni.Tetapi perancangan Allah tu siapa boleh sangkal.Pada bulan Jun 2012 juga saya tidak berjaya mengandung walaupun segala nasihat dan tunjuk ajar dari doktor saya ikut.


No comments: