Sejak saya meletak entry mengenai menyusukan anak angkat, ramai juga yang menghubungi saya untuk menanyakan berbagai-bagai soalan mengenai penyusuan anak angkat. Tak sangka rupanya ramai orang memilih untuk mengambil anak angkat dengan bermacam-macam sebab dan sebab yang paling banyak ialah kerana belum diberikan rezeki oleh Allah S.W.T untuk menimang anak sendiri.
Saya nak share kat sini soalan-soalan yang ditanya kepada saya untuk rujukan rakan-rakan dan diri sendiri di masa hadapan. Jawapan bagi semua persoalan ini adalah datangnya dari diri saya sendiri bukannya jawapan dari pakar namun sebelum memberikan jawapan saya terlebih dahulu melakukan sedikit research saya sendiri melalui internet atau pun bertanya kepada doktor.
1) Saya merancang untuk mengambil anak angkat dan bercita-cita untuk menyusukannya sendiri. Saya tidak pernah melahirkan anak dan tidak pernah mengandung. Boleh ke saya mengeluarkan susu badan?
Jawapan saya : Tidak pernah mengandung atau melahirkan anak bukan masalah untuk mengeluarkan susu badan. Semua wanita mampu mengeluarkan susu badan dengan bantuan perubatan. Namun jika korang ada masalah PCOS, Fibroid ataupun endometriosis, adalah agak mustahil untuk mengeluarkan susu. Jadi sebelum mengambil langkah mengeluarkan susu badan sila pastikan diri bebas dari semua ni.
2) Saya bakal menerima anak angkat pada bulan januari tahun 2014. Saya cuma ada masa kurang dari 2 bulan. Macamana saya nak keluarkan susu dengan cepat?
Jawapan saya : Jangan risau. Pertama sekali positifkan fikiran. Jangan terlalu terburu-buru nak cepat keluarkan susu sebab nanti jadi stress. Kalau stress susu memang susah nak keluar. Kalau ada masa 2 bulan tu anda kira bertuah sebab ada masa untuk keluarkan susu sebelum baby keluar. Selagi baby belum berusia 2 tahun masih sempat untuk keluarkan susu.
3) Anak saya dah berusia setahun lebih. Sempat tak saya nak keluarkan susu?
Jawapan saya : (Lebih kurang macam kat atas juga) Selagi baby belum berusia 2 tahun, ibu angkat masih ada masa untuk keluarkan susu badan dan menyusukan anak. Positifkan fikiran. Jangan bebankan fikiran dengan fikir tak ada masa. Tanamkan tekad untuk menyusukan anak angkat at least dapat 5 kali kenyang sebelum dia berusia 2 tahun.
4) Adakah kaedah suntikan hormon lagi cepat bantu saya untuk keluarkan susu badan?
Jawapan saya : Melalui kaedah suntikan hormon ni bergantung kepada individu tersebut. Ada yang mendapat hasil positif dan ada yang langsung tak keluar susu walaupun terdapat tanda-tanda breast bengkak. Saya tak galakkan ibu-ibu sekalian mengambil suntikan hormon. Sebab salah seorang kenalan saya mengalami bengkak di pangkal rahim akibat suntikan tersebut. Ini disahkan sediri oleh doktor yang dia temui selepas dia mengalami period teruk (dalam sebulan cuma kering 2,3 hari sahaja). Dia mendapatkan rawatan dari hospital sebab menyangka dia mengalami fibroid. Malah dia dimarahi oleh doktor yang merawat dia kerana mengambil suntikan mengeluarkan susu badan. Jadi sebelum buat keputusan untuk mengambil suntikan, fikir elok-elok dan dapatkan nasihat dari doktor dari hospital kerajaan. (saya tak galakkan tanya doktor dari klinik swasta sebab mungkin ada doktor yang hanya mementingkan perniagaan)
5) Apakah cara selamat untuk mengeluarkan susu?
Jawapan saya : Memadai dengan pemakanan.
6) Betul ke ada orang cakap kalau saya keluarkan susu badan, saya mampu untuk mengandung?
Jawapan saya : Yang ni saya tak berani jamin. Hehehe Bergantung pada rezeki masing-masing. Ikhlas lah dalam menyusukan anak angkat bukan semata-mata untuk mengandung. Sebab tujuan kita nak menjadikan anak angkat kita sebagai mahram, tak batal air sembahyang dan yang paling penting mengenai persoalan aurat. Jangan tersasar dari tujuan.
7) Saya merancang untuk mengambil anak angkat. Bila waktu yang paling sesuai untuk saya mula mengeluarkan susu badan sebab saya merancang untuk menyusukan dia sebaik sahaja dia lahir.
Jawapan saya : Bagus kalau merancang macamni. Boleh rujuk pada entry yang pernah saya pos DI SINI. Kat situ ada panduan lengkap mengeluarkan susu badan jika ibu mempunyai banyak masa sebelum bayi lahir. Namun pendapat peribadi saya, saya tak galakkan keluarkan susu sebelum bayi lahir. Sebab sebelum bayi lahir macam-macam boleh berlaku. Antaranya bila bayi lahir si bio mum berubah fikiran tak jadi nak bagi anak kepada bakal ibu angkat dan macam-macam lagi. So lebih selamat jika keluarkan susu badan setelah segala urusan dokumen pengangkatan selesai. Ini hanyalah pendapat peribadi saya. Terpulang pada korang jika nak keluarkan susu badan lebih awal yakni sebelum baby lahir.
8) Saya telah mengambil pil hormon dari klinik dan susu saya dah keluar tapi terlalu sikit. Ada setitik dua je. Puas saya pam sampai berdarah tetapi susu masih sikit. Apa milk booster yang bagus untuk dapatkan susu yang banyak?
Jawapan saya : Pil atau suntikan hormon dari klinik memang hanya membantu kita mencetuskan susu. Alhamdulillah jika berjaya cetuskan susu. Walaupun hanya setitik pada permulaan itu adalah petanda yang sangat baik. Apabila susu dah keluar start ambil milk booster. Bagi saya, milk booster terbaik adalah dari Shaklee. Set yang paling basic saya rekemen pada rakan-rakan ialah ESP Shaklee dan Alfalfa Complex. Namun jika korang mahukan hasil yang lagi meletop boleh tambah Vita Lea dan B Complex. Jika korang membeli set menyusu ni dari saya, saya akan bantu korang mengeluarkan susu badan untuk menyusukan anak angkat korang.
Ini antara soalan-soalan yang ditanya kepada saya. Jika terdapat ibu-ibu angkat yang memerlukan bimbingan untuk mengeluarkan susu badan boleh lah menghubungi saya. Saya tak jamin 100% korang akan berjaya susukan anak angkat korang tetapi saya boleh berkongsi pengalaman saya sendiri menyusukan anak angkat saya. Saya juga berbesar hati untuk berkongsi langkah demi langkah, petua-petua, amalan-amalan dan lain-lain dengan ibu-ibu angkat di luar sana. Syarat untuk mengeluarkan susu ni mudah. Macam yang saya beritahu pada semua yang menghubungi saya iaitu korang mesti berdisplin dan mempunyai azam yang kuat. Tak boleh hangat-hangat tahi ayam. Tak boleh berputus asa.
Sebaik sahaja korang memutuskan untuk menyusukan anak angkat, samada bayi tersebut masih dalam kandungan atau sudah lahir, jangan malu-malu untuk menghubungi saya. Saya akan bantu korang dari segi konsultasi untuk mengeluarkan susu badan. Hubungi saya untuk mendapatkan tawaran istimewa set penyusuan anak angkat.
*** Kenyataan atau produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau
mencegah sebarang jenis penyakit..Hubungi saya di 019-9084549
(call/sms) atau email razfura@gmail.com untuk sebarang pertanyaan dan
maklumat lanjut.***
14 comments:
Salam..
sye menginginkan baby dalam kandungan or dah lahir 6bulan ke bwh utk d jadikan anak angkat...x kira apa taraf or jantina sekalipun....sesiapa ada info dr biomum yang mencari keluarga angkat di minta menghubungi saya melalui wassap/wechat/sms 017 7883240
maklumat yang bagus. tapi saya nak komen tentang bahasa, kalau boleh jangan terlalu bahasa pasar.. contoh seperti " Korang". Mohon gaa bahasa yg lebih sopan sikit sebab mungkin ada yang bertanya umurnya lebih tua dari tuan/puan
salam
nak tanya, kalau pernah mengidap endometriosis tak boleh keluarkan susu ke?
Also waiting for the answer. Sy ada PCOS & queries dgn jwpn tu
Sy pun penghidap endometriosis..alumdullh susu kuar tp kuantiti tak byk
Sila hubungi saya sekiranya ingin mencari ibu angkaft kpd seorh bayi 0139281462
Sila hubungi saya sekiranya ingin mencari ibu angkat kpd seorg bayi 0139281462
assalamualaikum dan selamat sejahtera...terima kasih sebab tinggalkan komen di sini.kepada anonymous pertama,terima kasih atas teguran.sebab saya selesa menggunakan perkataan korang tersebut sebab tu saya guna.ketika menulis blog ni saya tak ada draf kat tempat lain hanya taip je jadi saya maklum mungkin banyak kesalahan bahasa di blog saya.kalau saya sibuk dengan bahasa mungkin ayat saya akan jadi lebih tunggang langgang.namun maaf jika ada pembaca yang xselesa dengan perkataan tersebut.
soalan seterusnya mengenai penghidap endometriosis dan pcos...saya seorang ibu yang menyusukan anak angkat saya dan bukannya doctor atau pakar dalam bidang ni.saya cuma berkongsi pengalaman saya menyusukan anak angkat saya di samping membantu ibu-ibu angkat yang berhasrat utk menyusukan anak angkat mereka.alhamdulillah dah ramai yang saya bantu.dalam ramai-ramai yang saya bantu ada yang berjaya dan ada yg tidak.
ikut pengalaman saya,saya BELUM BERJAYA membantu mereka yang mempunyai penyakit ini untuk menyusukan anak angkat mereka.tapi nasihat saya,TAK SALAH untuk mencuba.saya berbesar hati untuk berkongsi pengalaman saya dengan sesiapa sahaja.jangan mudah mengalah.tengok...ada yang drop komen di atas tu yang mampu keluarkan susu walau menghidap endometriosis.jadikan inspirasi
Saya pun penghidap endometrosis..dh buat pembedahan laparotomi..skrg tgh berusaha mengeluarkan susu..alhamdulillah susu kuar tp kuantiti skit..
Saya pun penghidap endometrosis..dh buat pembedahan laparotomi..skrg tgh berusaha mengeluarkan susu..alhamdulillah susu kuar tp kuantiti skit..
Hey tony! Nama saya Julia, terima kasih atas ketenangan maklumat yang anda bagikan mengenai Dr. Iyabiye mengenai penyembuhan hepatitis, dia dalam keberkahan saya menghubungi dia dan saya sembuh selepas memohon rawatannya. Beliau menghantar saya ubat melalui khidmat kurier DHL yang mudah untuk saya dapatkan dan mengambil ubat selama 4 minggu dan saya pergi ke hospital selepas itu untuk ujian dan negatif. Saya datang ke sini untuk memberitahu anda bahawa anda betul-betul di mana-mana ubatnya, semuanya baik dengan saya sekarang. Terima kasih banyak - banyak. Hanya sekiranya ada sesiapa di luar sana yang ingin menghubunginya, di sini adalah kenalannya: iyabiyehealinghome@gmail.com Panggilan / Whatsapp: +2348072229413
Saya sudah mengambil anak angkat kembar perempuan.malangnya isteri tak dpt meyusukan anak angkat saya.baru2 ini.isteri saya mengandung 5 bln..soalan saya.adakah anak saya nanti jadi ibu susuan.sedangkan umurnya dah masuk 2bln setengah menyusu isteri saya.
Ĺwietna sprawa. Pozdrawiam serdecznie.
Salam..sy ada menggambil anak angkat dan sekarang telah berumur 1 tahun...puas saya cari pakar laktasi utk mendapatkan nasihat penggambilan ubat hormon..dengan keadaan pkp skrng nie sy tak blh nk gerak jauh utk dptkan nasihat..sy ada bc blog ibu2 lain..sblum sy ambil anak angkat sy ada rujuk di klinik swasta tp doktr hanya memberi pil dan tidak menerangkan lebih lanjut. Blh beritahu sy pil hormon apa yg selamat, cara pengambilan pil tersebut dan berapa lama sy perlu makan pil tersebut utk pergi ke fasa seterusnya utk menghasilkan susu..tlg bantu sy..
Post a Comment