Saturday 16 August 2014

Pengalaman Seorang TTC Untuk Mempunyai Zuriat Sendiri-Sesi Mengimbau Kenangan Part Akhir

Salam kepada pengunjung blog ni...

Entry ini adalah sambungan dari Part 4

Setelah saya tidak berjaya meneruskan prosedur IUI dan tidak berjaya mengandung secara semulajadi,semangat agak down sikit.Tapi kami suami isteri memang bertekad akan meneruskan rawatan next cycle kitar haid saya.

Entah dari mana rezeki saya datang,(saya dah tak ingat tarikhnya) tiba-tiba saya ditawarkan seseorang untuk mengambil anak angkat yang bakal lahir pada bulan Julai 2012.Setelah berbincang dengan suami,kami setuju untuk mengambil bayi tersebut sebagai anak angkat kami.Keluarga saya dan keluarga suami memang tak berapa setuju kami mengambil anak angkat dengan alasan usia perkahwinan kami yang masih muda.Tetapi diorang takde lah menentang habis-habisan.Cuma menasihati kami supaya bersabar memandangkan kami pun tengah dalam perjalanan untuk buat IUI.Namun kami tetap dengan pendirian kami akan mengambil bayi tersebut sebagai anak kami.Yelah...rezeki Allah kan.Jika ditolak tak tahu bila lagi rezeki macamni akan datang lagi.

Satu hari 24 Jun 2012 tiba-tiba saya dihubungi oleh keluarga bakal anak angkat kami.Berita yang kami dapat ialah bakal anak kami telah lahir!!Awal dia keluar.Saya memang seronok sangat.Jadi kami berjanji akan berjumpa untuk urusan pengangkatan pada 3 Julai 2012 di Ipoh,Perak.

Penghujung bulan Jun 2012,period saya datang (menandakan saya tak berjaya mengandung dengan sebiji telur yang besar dan cantik tu).Maka saya dan suami ke Hospital Umra untuk meneruskan dengan rawatan kami.Kali ini doktor membekalkan saya dengan Clomic dan Gonal F pulak.Saya tak sempat nak ambil gambar Gonal F yang doktor bekalkan masa tu sebab terlalu sibuk dengan persiapan untuk menimang anak angkat kami.

Macamni lah rupa Gonal F yang pernah saya ambil
Clomic diambil dengan cara menelan manakala Gonal F pulak dengan cara menyuntik pada perut.Gonal F ni mesti disejukkan tapi jangan pula dibekukan.Doktor membekalkan kami dengan ice box polisterin yang diletak ais supaya kami tak merosakkan Gonal F tu memandangkan perjalanan kami yang jauh dari Shah Alam ke Raub.Harga Gonal F ni pula sangat mahal mencecah hingga RM500 lebih.Itu harga pada tahun 2012.Mungkin tahun 2014 ni harganya dah naik.Saya ambil kedua-dua ubat ini ikut arahan doktor.Tugas suami ialah jadi tukang inject Gonal F tu.Walaupun jarumnya sangat pendek,namun bagi si penakut macam saya memang mustahil untuk saya inject sendiri.

2 Julai 2012,kami bertolak ke Ipoh,Perak untuk urusan pengangkatan bakal anak angkat kami.Kami terpaksa bawa Gonal F sekali sebab memang tak nak skip sehari pun.Selain barang-barang bayi dan barang-barang kami (memandangkan kami kena bermalam di Ipoh),kami juga bawak ice box yang berisi Gonal F (penuh kereta).Dalam perjalanan yang agak jauh tu,setiap sejam bila kami jumpa kedai atau Seven Eleven,kami akan beli ais dan tukar ais yang ada dalam ice box tu yang semakin mencair.Gigih kan?Sampai di Ipoh,misi kami mencari hotel yang ada peti ais di dalam bilik.Hehehe mujur lah sekarang kebanyakkan hotel memang menyediakan peti ais kecik jadi tak menjadi masalah besar untuk kami.

Dipendekkan cerita,keesokkannya kami selesai dengan urusan berkaitan membawa pulang anak angkat kami.Dan kami terus bergerak balik ke Raub.
Permata hati kami yang diberi nama Umar Yusuf
Hari ke-10 kitar haid saya selepas mengambil Clomic dan Gonal F sekali lagi kami ke Shah Alam untuk scan telur.Anak kami tinggalkan dengan ibu mertua saya.Doktor melakukan TVS untuk ukur telur saya.Di sebelah kiri ada 3 biji telur yang berukuran antara 11-12 mm manakala di sebelah kanan juga ada 3 biji telur yang berukuran antara 4-7 mm.Doktor bagitau yang sebelah kiri tu mungkin tak sesuai untuk IUI.Harapan hanya bersandarkan pada telur-telur yang berada di sebelah kiri.Hati saya berbunga-bunga.Ada harapan untuk buat IUI nampaknya.

Hari ke-12 kitar haid,kami sekali lagi ke Shah Alam.Kali ni anak kami tinggalkan dengan mak saya.Kali ni kami tak minta cuti.Kami bergerak dari Raub jam 5 petang sehabis waktu kerja suami.Sekali lagi TVS dilakukan untuk ukur telur sebelum buat IUI.

Namun malang bagi saya apabila doktor ukur kesemua telur saya membesar bagai johan termasuklah yang sebelah kanan.Ukuran keenam-enam telur tersebut berada dalam lingkungan yang amat sesuai untuk IUI.Doktor Karamjit bagitau saya yang IUI tidak boleh diteruskan bimbang kesemua telur tu menjadi.Dia nak sekurang-kurangnya 2 biji telur atau maksimum pun 3 biji sahaja sedangkan saya ada 6 biji telur yang sangat berpotensi untuk IUI.Masa tu saya hilang kewarasan berfikir.Tak fikir panjang saya pujuk doktor untuk teruskan IUI.Saya cakap,"Kalau jadi kembar 6,boleh kan doktor suntik embrio tu tinggalkan 3 atau 2 je" huhuhuhu (jangan lahar saya ye dengan statement bodoh saya masa tu).Doktor Karamjit ketawa je sambil geleng kepala.Dia tegur saya,"U orang Islam kan?Itu dah macam menggugurkan janin.Berdosa.U kena terima takdir tuhan.I takkan buat kalau U mintak macamtu" Zasssss....rasa macam kena tumbuk je kat muka ni.Malu bila ditegur non-muslim.Hehehe terima kasih doktor sebab menyedarkan saya.Hihihi

Itulah last saya pergi ke Hospital Umra.Bukan kerana saya tak suka dengan servisnya.Servis yang saya dapat dari Umra memang sangat terbaik.Saya sangat puas hati dengan layanan dari doktor dan kakitangan Umra.Saya tak lagi berulang ke Shah Alam untuk rawatan sebab terlalu sibuk dengan Umar.Dengan adanya Umar dalam rumahtangga kami,kami macam terlupa yang kami TTC.Namun saya dan suami pernah berbincang yang kami akan start semula rawatan kesuburan bila Umar berusia 2 tahun.Umur yang sesuai untuk menimang adik.Biarlah dalam tempoh sebelum Umar mencapai umur 2 tahun,kami fokus pada Umar je.

Ketika Umar berusia 3 bulan,saya mula mendapat idea untuk menyusukan dia dengan susu badan saya.Pengalaman menyusukan dia ada saya cerita di SINI  

1 comment:

zool said...

UPT tester murah(rm1.00) dan OPK tester murah(rm1.20/pc), boleh pm atau layari blog saya kit-ujian-kehamilan-murah.blogspot.com/
(cara penggunaan pun diberi sekali), produk sy ini menguji adakah anda hamil-(upt) dan mengetahui masa subur anda dalam usaha mendapat zuriat(opk) secara amnya,
SMS/WASSUP 0148004302