Saturday 22 June 2013

Menghadapi Anak Mengamuk (Tantrum)

Si budak Umar nie memang suka nangis dan jerit kuat-kuat sejak dia kecik lagi

24hb Jun 2013 ni genaplah umur Umar setahun. Anak yang comel ni memang seorang anak yang lasak dan bijak. Selama 12 bulan ni berbagai-bagai ragam Umar tunjukkan dan setiap ragam baru tu menjadi hiburan saya dan suami. Dalam usia semuda ni Umar masih belum pandai bercakap walaupun mulutnya tak henti-henti membebel bahasa bayi yang hanya dia je faham. Satu yang konsisten pada Umar ialah sikapnya yang suka menjerit, menangis kuat-kuat, mengamuk dan marah-marah hehehehe. Agaknya perangai anak sulung memang macamni sebab saya dan suami memang individu yang perengus hehehe cuma bila Umar hadir dalam hidup kami, saya dapati sikap perengus kami berdua hilang sama sekali. Semua turun kat Umar agaknya huhuhu.

Nangis sampai senget-senget baju dia

Walaupun Umar suka mengamuk tetapi satu kelebihan dia ialah dia sangat mudah dipujuk. Yelah, senang nangis, senang pulak pujuk. Seminit dia ketawa seminit kemudian dia nangis pastu ketawa semula. Cara saya pujuk dia pun mudah. Saya cuma peluk dia sambil tepuk-tepuk lembut belakang dia. Saya juga akan ubah kedudukan contohnya kalau masa dia tantrum tu saya tengah pangku dia secara duduk, saya akan berdiri. Kalau tengah berdiri, saya berjalan. Yang paling saya suka masa dukung dia akan letak kepala sambil tersedu-sedu kat bahu saya. Manjalah tu hehehe. Tapi saya rasa cara ni cuma berkesan jika saya yang buat sebab bila suami yang buat, Umar akan semakin kuat menjerit. Jarang sekali tangisan Umar tak berjaya dipujuk. Mungkin sebab dia masih kecil jadi amukan dia belum tahap di luar kawalan saya.

Mengapa Anak Mengamuk?
Kanak-kanak tak mampu menahan pergolakan emosi. Oleh itu, apabila dia marah, kecewa atau putus asa dia akan meluahkan dengan menangis, menjerit dan menghentak-hentak kaki. Ada juga kanak-kanak yang menahan nafasnya hingga pengsan. (Alamak! Scary nyer kalau sampai tahap ni) Tetapi sebenarnya apa yang dilakukan oleh kanak-kanak itu adalah sebahagian daripada perkembangannya untuk mengawal diri sendiri. Mereka akan bersikap marah-marah ketika berusia antara setahun hingga tiga tahun. Menjelang usia empat tahun sikap mereka yang suka meradang ini akan berhenti dengan sendirinya.

Punca kanak-kanak mengamuk:
  • Dia keliru kerana tidak memahami sepenuhnya apa yang diminta atau apa yang dikatakan oleh ibu bapanya.
  • Dia kecewa kerana orang lain tak memahami apa yang cuba disampaikan.
  • Dia tidak tahu bagaimana untuk menjelaskan perasaan dan keperluannya.
  • Dia mengalami kesakitan atau masalah fizikal lain.
  • Dia mungkin lapar tetapi tidak mengetahuinya.
  • Dia mungkin letih dan tak cukup tidur.
  • Dia mungkin rasa gelisah dan tak selesa.
  • Dia mungkin berasa tertekan dengan perubahan di persekitarannya.
  • Dia mahu lebih perhatian.
  • Dia tidak mampu melakukan apa yang dia mahu.
Bagaimana Menghadapi Anak Yang Mengamuk?
Anda mungkin terkejut jika anak anda hanya akan bersikap demikian di hadapan anda sahaja. Kanak-kanak berasa lebih selamat bersikap demikian di hadapan orang yang dipercayainya.

Patutlah Umar hanya akan tantrum kat rumah atau dalam kereta je. Belum pernah dia mengamuk di luar rumah. Sebab tu ramai orang memuji Umar sebagai budak baik hehehe (Don't judge Umar by his 'cover' huhuhu)

Bila anak mengamuk penting untuk ibu bapa bertenang dan mengawal kemarahan. Menjerit atau memukulnya hanya akan memburukkan keadaan. Anak akan jadi pendendam. Selalunya apa yang terbaik untuk anda dan anak ialah suasana senyap tanpa ada yang mengalah padanya. Dia akan diam sendiri bila dia tak berjaya menarik perhatian anda.
  • Jangan marah sebaliknya cuba bertenang dan senyum 
  • Fahami punca si kecik mengamuk
  • Alih perhatiannya 
  • Dakapnya, belai rambutnya, tenangkan dia
Tiada cara atau kaedah mengelak anak mengamuk tetapi masalah ini boleh ditangani dengan menggalakkan sikap positif kepada anak.

  • Konsisten – Adakan rutin harian yang tetap bagi memudahkan jangkaan anak seperti waktu tidur mengikut waktu ditetapkan.
  • Buat perancangan awal – Jika perlu membeli-belah barangan keperluan, lakukan seawal mungkin iaitu pada waktu pagi ketika anak tidak lapar atau keletihan. Bawa sekali bekalan snek atau permainan untuk anak jika ada kemungkinan anda perlu beratur panjang.
  • Kreatif – Galakkan anak anda bercakap. Jika dia masih belum boleh bertutur, gunakan kreativiti anda dengan mengajarnya bahasa isyarat ringkas dan mudah difahami bagi merujuk perkataan seperti ‘Saya Mahu’, ‘Cukup’, ‘Sakit’ dan ‘Penat’. Lebih mudah komunikasi anda dan anak, lebih kurang anda berdepan masalah anak mengamuk.
  • Buat pilihan – Benarkan anak kecil membuat pilihan bagi membolehkannya berasakan dia juga boleh memilih. Ini seperti menyuruhnya memilih antara baju warna putih atau biru, jenis buah-buahan yang diingininya atau mainan pilihan.
  • Beri pujian – Pujilah anak anda jika dia berkelakuan baik seperti berkongsi mainan, patuh dan mendengar arahan.

  • Selamat berjaya menghadapi anak yang mengamuk dan selamat mengembalikan senyuman pada wajah anak kesayangan anda.
    Wajah ceria anak adalah wajah yang paling menenangkan hati ibu


    *** Kenyataan atau produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit..Hubungi saya di 019-9084549 (call/sms) atau email razfura@gmail.com untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut.***

    1 comment:

    aqmal faiz said...

    Tantrum ni kalau orang luar tgk kadang-kadang rasa comel ye dak..tapi kalau kita yang hadapi..memang kena sabar banyak-banyak...satu cabang parenting gak ni..heheh